Assalamualaikum wbt.
selamat hari ahad yang bekerja.
2 hari coti duk bertepek dengan anak2 dan suami di rumah, je.
hari ni nak catat kenangan tido atas jambatan masa banjir ari tu.
banjir di bulan januari 2017.
check in 20.1.2017 (10 malam)
check out 21.1.2017 ( 1. 30 petang)
mujurlah rumah kami takde masuk air.
cuma jalan nak masuk ke rumah dipenuhi air.
itulah pasal yang menjadikan kami
terpaksa tido atas jambatan.
selama kami tinggal disitu lebih kurang 7 tahun,
ini kalilah, kali pertama banjir lain macam.
menurut penduduk asal melor,
kali terakhir banjir kat pasar melor dan kawasan sekitar
adalah 12 tahun dulu.
sangat2 tak tersangka.
oleh kerana tak sangka,
aku slumber je pulang kampung pagi jumaat,
walau hujan dari belah malam belum berhenti.
sebab tak sangka nak naik air sampai jalan nak masuk
rumah tak boleh lalu kan...
huhu....
itu budak suka kacau kaklong.
tapi suka manja2 ngan kaklong jugak.
ini pagi masa nak balik machang.
singgah buang sampah.
tempat pembuangan sampah - air bertakung sampai buku lali.
tak pernah2 tengok air sebanyak ini kat sini.
selain masalah perparitan yang tak berapa lancar,
aku rasa faktor taburan hujan yang banyak jugak
menyumbang kepada takungan air yang banyak ni.
air dalam kebun getah tu memang dah biasa macam tu.
ujan lebat sikit, memang jadi kolam la dalam kebun tu.
cuci tayar.
ini depan sekolah menengah agama melor.
kat sini memang biasa air bertakung kat tengah jalan.
muka muncung lepas kena marah ngan mak
lepas dia tarik rambut kaklong dia.
pandai sepah, pandai2lah kemas ye.
kaklong as always, feeling queen.
baju hijau tu kakak puteri,
baju merah tu comey.
bila duk kat rumah, tiba2 teringat,
mula lah dak iman menanya.
mak, mana kakak puteyi?
mak, mana comey?
kadang2,
mak, mana mama ?
mak, mana mokteh ?
mak, mana atok ?
mak, mana che nor ?
mak, mana che nor ?
mak, mana ? mana ?
sapa2 yang dia tiba2 teringat.
ini salah satu laluan masuk ke rumah umi.
masa ni nak keluar anta ayah chik pergi solat jumaat.
air dah melimpahi jalan.
dan laluan ni memang dah biasa sangat banjir.
sampai ke pinggang pun tak pelik kalau kat sini.
sawah padi tu bersebelahan dengan sungai.
ketiduran.
sekarang ni manjew semacam.
pantang mak takde depan mata mencari2 mak.
time duk rumah umi lagi la.
hadoi...
nak masuk toilet pun nak ikut.
motherhood sangat.
budak2 jaman sekarang.
selpie, selpie.
selpie lagi.
kaklong dak malas layan.
muka iklas dah tak kuasa nak selpie.
selpie punya selpie,
tak sedar hari dah malam.
takdelah,
memang kami selalu balik umah bila dah malam.
alangkah tanjatnya kami bila tengok air melimpah2 di atas jalan.
ini depan sekolah rendah ketereh.
kedudukan sekolah ini agak rendah,
jadi memang airnya agak dalam.
ini di depan masjid ketereh.
tak pernah terjadi depan masjid ini air banyak macam ni.
meredah jugak kami dalam kerisauan.
tiba di melor,
air depan sekolah menengah agama melor memang macam biasalah.
mengharung dengan kerisauan.
situ memang air akan melimpah.
walau hujan tak lebat pun.
itu depan kedai wink wink tu tak pernah2 banyak air.
memang tak pernah ada air macam tu.
bahagia budak2 tu duk berenang2.
masa ni dah terfikir macam mana la rumah kitorang.
tak sabar nak sampai rumah.
ini sebelum traffic light shell melor.
air sebelah kiri agak dalam berbanding sebelah kanan.
kerana sebelah kiri kedudukannya rendah sikit.
sikit je la gi nak sampai rumah.
air dimana mana.
air agak laju, terasa hanyutannya.
laju dan agak dalam.
tanah lapang yang selalu buat funfair memang saujana mata memandang
dipenuhi air.
nun dihujung sana, sampai ke sini airnya.
ke depan sana tu jalan ke rumah kami.
tengok air memang tak berani nak lalu.
laju.
nak patah balik,
air yang mengharung tadi pun diharung dengan
penuh teragak2 dan tawakkal.
andai kami tahu,
kami singgah bermalam rumah ma je.
itula,
tak terfikir langsung air akan naik macam tu sekali.
tak terfikir nak update ngan jiran tetangga.
kiri duri, kanan pun berduri,
arah mana ke mana...
ternyanyi pulak...
kiri air kanan air,
nak u turn tak berani.
menujulah kami ke depan.
itu pun meredah air jugak.
tawakkal mintak2 kete takde apa2.
husband parking di atas jambatan.
yang satu2nya tempat terdekat yang tade air.
tunggu situ sementara hujan reda dan air reda.
masa tu baru terasa nak bertanya jiran tetangga.
jiran cakap tak payah balik.
jalan masuk ke rumah memang tak boleh lalu.
jalan alternatif yang kat sekolah melor tu pun tak boleh lalu jugak.
makanya,
berhuhu kami dalam kereta di atas jambatan.
kaklong belum sampai di ketereh dah terlena.
dak iman tak tido lagi.
maka duk melayan dak iman dulu.
selepas beberapa ketika dia pun terlena.
boleh lah mak betulkan urat.
menanya kawan2 yang rumah mereka dinaiki air.
yang mana sebelum ini tak pernah2 masuk air pun.
tak diduga betul banjir kali ni.
dah elok2 tido,
eh, tiba2 bangun pulak dak iman ni.
dekat pukul 4.30 jugak la baru tido balik.
main macam2.
boleh pulak di survive tanpa ipad malam tu.
duk melukis, main toys, nyanyi lagu didi.
mak pun kena nyanyi sekali.
morning people !!!
pemandangan pagi sabetu kami pada hari itu.
pemandangan dari pasar melor nun di sana.
penuh jugaklah jambatan tu dengan kenderaan yang terkandas.
dan pagi itu air masih lagi dalam.
malam tu aku perasan kenderaan pacuan empat roda,
bas dan lori je yang lalu.
ini dari arah pasir puteh.
air di bawah jambatan yang kami menumpang tidur.
lena betul 2 beradik ni ketiduran.
dalam suasana hening pagi nan dingin.
malam sebelum balik tu sempat singgah 7e.
husband suruh belikan roti untuk sarapan pagi.
mujurlah ada roti tu buat alas perut malam tu.
dan kekonon selamat sampai ke rumah,
aku beli eskrem panda yang baru keluar itu.
dapat harga promo rm1 satu.
maka belilah 4 - sorang satu.
taktau pulak akan terkandas macam ni.
maka kecairan la eskrem itu.
huhu...
sesusah kami yang terpaksa tidur atas kereta,
susah hati lagi mereka ini.
belakang rumah tu sungai.
ini hari dah makin cerah.
hujan pun dah berhenti.
sekali sekala je menitik.
tapi kami masih tak berganjak dari parking semalam.
ini laluan ke pasir puteh.
melihat air.
mujurlah jambatan ni sempat siap, beberapa tahun lalu.
kalau jambatan yang asal,
sempit dan rendah.
mungkin kami tak dapat bertahan di sini.
best la naik lori... boleh redah je.
ini van bawak pelancong dari china - sebab muka macam orang cina =p
dorang pun terpaksa bermalam atas jambatan ni jugak.
tak dapat rasa macamana rimasnya.
dengan satu van penuh penumpang.
sadis.
model kereta =P
yeaaayy !!
ayah jumpa nasik.
mengharung air beli nasik dan air mineral di stesen minyak berdekatan
yang turut banjir jugak.
pakai nametag mennaah !
dari ari jumaat lagi pakai nametag tu.
nak tunjuk kat atok dia.
marilah makan.
sedap jugak nasik ni.
sebab lapar kot.
hari makin cerah dah suasana makin ketat gelewat
dengan budak2 dan orang ramai yang datang nak "tengok" air.
herghh...
nampak setompok manusia di tengah2 sana ?
itulah orang2 yang keluar nak "tengok" air tu.
itulah orang2 yang keluar nak "tengok" air tu.
sangat menyumbang kepada kesesakan.
herghh..
lebih kurang 15 jam jugak kami berkelah atas jambatan tu.
tak tahan berlama2 kat situ,
aku mendesak suami untuk mengharungi air.
nampak kancil lek je lalu.
lagipun air dah makin surut berbanding malam sebelumnya.
alhamdulillah selamat jugak kami pulang ke rumah.
ini rumah nekma pada hari jumaat.
yang tak pernah bertakung air depan rumah keliling rumah.
ini terjadi berkemungkinan kerana kewujudan pagar baru kot.
ini rumah tengoh yang sememangnya banjir sokmo depan tangganya.
tahun 2014 melimpah air sampai dalam rumah.
ini tahun alhamdulillah air sampai di tangga je.
ini dalan g-orange mall.
1st time ever banjir.
bandar baru tunjong.
ini rumah officemate.
tak terjangka air akan naik.
2 bijik kete sodaqallahhula'ziimm... jadi kapal selam.
rumahnya di pasir tumboh.
ini laluan masuk ke rumah kami pada pagi sabtu.
foto ihsan jiran tetangga.
ini yang dah surut sebab hujan dah berhenti.
yang malam jumaat tu katanya hilux pun tak lepas nak lalu.
memang taburan hujan kali ni berlebih2 dari biasa.
ini wakaf che yeh pagi ahad.
air masih bertakung.
kerana air tiada arah hendakku tuju, bila hatiku rindu padamu...
eh, ternyanyi lagi.
itu sajelah catatan banjir kami.
alhamdulillah rumah kami selamat, kami pun selamat.
sehari selepas itu,
2 anak2 mak muntah2 dan demam.
mungkin kerana faktor kebersihan semasa berada di atas jambatan
memungkinkan itu terjadi.
mujurlah tak melarat muntah2 dan demamnya.
kesian jugak dak iman semalaman muntah
sampai keluar air je.
dah tak de isi nak keluar.
jangan disangka tanah yang tak pernah banjir takkan banjir.
=)
No comments:
Post a Comment