nikmatilah gaya penulisan shah paskal.
0. aku tak cari - sekuel sangat kan ?
1. Assalamualaikum wbt
insan2 yang indah.
2. 2 hari pergi kerja tanpa talipon pintar memang ohsem - minggu lepas.
tangan aku tidak dirantai olehnya.
kapala aku tenang minda aku bahagia.
rupanya banyak benda yang aku boleh buat bila
talipon pintar tidak di sisi.
3. kehadiran talipon pintar dalam hidup aku
kekadang, telah aku sedari, banyak mengubah aku.
4. antara paling ketara dan jelas adalah,
buku semakin jauh dari aku.
atau aku yang menjauh dari buku ?
jelas sekali aku yang menjauh.
hahaha ! (gelak sorang2).
5. untuk tahun lepas,
dan tahun-tahun sebelumnya - 4 tahun ke belakangan.
atau mungkin lebih zaman suami dapat bantuan buku 1malaysia - tengkiyu pi-em.
ada beberapa buah buku yang aku beli.
beberapa tu kalau dicongak2 dalam 20 biji.
ke lebih ?
6. dan,
dalam kesemua itu,
satu pun aku tak dapat nak habiskan bacaan.
7. bertapa buku aku di rak buku dan di ceruk2 almari.
haih,
sangat.
sangatlah malas nak membaca.
adakah kemalasan ini berkait rapat dengan kewujudan talipon pintar,
atau otak aku dah tepu dan sukar menghadam bacaan yang memerlukan imaginasi ?
8. rindu di zaman remaja remaji.
zaman mengadap buku (baca sebagai novel) satu hari suntuk sampai ke malam.
1 hari dah cukup untuk habiskan bacaan.
semangat nak tau ending kan.
sanggup makan tak lalu mandi tak basah.
demi bersama2 harry potter dan kawan2 melawan kuasa jahat voldermort.
9. mungkin sebab dulu baca buku2 cerita cinta, novel, cerita seram,
jadi memang seksaited la nak tau ending.
memang sanggup menghadap buku tu sehari suntuk.
10. buku2 yang aku beli akhir2 ini adalah buku
berbentuk ilmiah (terasa cendekiawan pulak),
mungkin itu menjadi faktor kenapa aku malas nak habiskan bacaan. LOL.
11. untuk dijadikan ubat mengantuk,
memang mujarab sangat.
belum habis satu muka surat,
dari mata yang segar bugar,
sekejapan saja otak jadi hanyut melayang mata nak terkatup.
kejam betul syaitonnirrojim ni.
kita nak cari ilmu,
dia buat kita mengantuk.
kan ?
12. selain dari kerana buku2 berbentuk ilmiah membuatkan aku mengantuk,
kewujudan talipon pintar jugak menjadikan aku berpaling tadah.
13.ini kerana aku ada pilihan lain untuk mencari ilmu,
iaitu melalui talipon pintar,
maka buku2 dipersiakan.
ha ! ha !
sayang...! aku kau lupa, aku kau luka, tanpa kau sedar...
sayang....! (terngiang lagu projector band pulok).
14. motip entry pagi ni ?
15. azam aku bermula bulan februari (dah hujung bulan baru azam berazam),
nak kurangkan ketagihan terhadap talipon pintar, bersiar2 berlama2 di alam maya.
cuba untuk memanfaatkan kewujudan alam nyata.
16. semoga bejjaya.
saje membebel...
No comments:
Post a Comment