Assalamualaikum wbt.
selamat hari khamis.
yang hujan di pagi hari,
dan cerah di tengah hari.
hari ni merempit ke tempat kerja.
dibonceng suami.
terima kasih suami kerana sentiasa sudi
menghantar isteri ke tempat kerja bila suami bercuti.
masa cuti je suami boleh hantar
sebab kalau hari kerja memang takde can
nak bersama2 ke tempat kerja.
suami kerja di hulu, isteri kerja di hilir.
dan hari ni pertama kali naik motor dalam hujan.
dah nak sampai ofis kot,
eh hujan pulak.
basah dan sejuk.
memang jiwa kental semua riders yang mengharungi
jalan dengan pelbagai cuaca.
hari ni nak hupdate cerita hari sukan sekolah kaklong.
sejak akhir2 ni kaklong selalu,
"mak, cerita la masa kaklong kecik".
dan mak yang lemah ingatan ni,
terpaksa memerah otak untuk bercerita tentang
kaklong masa kecik 6 tahun yang lalu.
"kaklong baca blog mak la. semua cerita ada kat situ."
kejam sangat jawapan mak kan.
ada la cerita2 yang mak ingat mak cerita.
ayah tambah sikit2.
jadi,
marilah kita menepek kenangan disini untuk tatapan anak2 mak
dan tatapan mak jugak.
hari sukan kaklong ni berlangsung pada...
mak tak ingat.
kalau tak silap bulan mei - jun kot.
ke ?
yang pasti hari sabtu.
diadakan di Sri Nipah, Bachak Kelantam.
Pada pagi itu,
pada pukul 7.30 pagi mak ayah dan imanis menghantar kaklong
ke sekolah.
kerana kaklong dan kawan2 dan teachers akan menaiki
bas dari sekolah ke Sri Nipah.
seronok katanya naik bas dengan kawan2.
walau kaklong memang takde ekspresi ceria atau bahagia pun.
kaklong tak tunjuk sangat perasaan dia.
dia wat lek jer.
pada pukul lebih kurang 9 lebih,
mak ayah dan imanis tiba juga di Sri Nipah.
kaklong dan kawan2 dah selamat tiba.
ini khemah pasukan kaklong.
tadika khalifah unggul kb.
pasukan ijo.
tema khemah adalah ala2 kampung.
itu sabut2 kelapa adalah sejenis props untuk tema ini.
bukan sampah ye.
cer cari kaklong di mana, di mana.
tu dia, senyum sikit.
itu adalah teacher aini.
guru kelas kaklong yang merangkap
cikgu untuk mengajar semua subjek.
guru tadika memang hebat.
semua subjek dia boleh ajar.
dan untuk mengajar budak2 tecit bukanlah tugas yang mudah.
kat nun disana adalah gelanggang permainan.
kat sini memang sesuai sangat nak buat family day untuk office ke,
untuk big family ke.
kat sini ada chalet dengan macam rate.
dan paling best, pantai dekat je.
dan cantik dan boleh mandi manda.
itu dia dak noya.
masa ni acara ucapan2 dan perasmian dan persembahan.
syabbasss betteh boleh tahan panas.
itu teacher kecik bawak rotan nak rotan sape tu.
tunggu turn nak main.
acara sukan tahun ni agak menarik.
sebab anak2 kena buat acara sukaneka dengan parents.
jadi bila ada penglibatan parents,
sangatlah bagus.
takdelah mak ayah datang tengok je.
moment bermain2 dengan anak tu sangatlah bermanfaat.
ada game lari dalam guni, puzzle, bawak bola dalam sudu, tarik upih,
dan... mak lupa.
gambar masa tengah enjoys bermain takde dalam simpanan mak.
ada dalam tepon ayah.
jadi nanti mak hupdate tambah gambar2 itu ye.
dak imanis datang bagi support.
support la sangat kan.
sport shoes fink pastinya bergambarkan frozen.
elsa dan anna.
mencari baju hijau untuk kaklong sangat sukar.
takde baju gegel kale ijau.
terpaksa beli yang boboi punya.
boleh la dari takde.
wanita2 ayah.
hi ayah.
tengah beratur untuk amik hadiah.
hadiahnya adalah botol air dan jajan.
herm...
tapi hadiah tak penting.
yang penting kita boleh luangkan masa bersama2.
kan...
set debbey !
tamat cerita hari sukan sekolah kaklong untuk tahun 2016.
nanti kaklong baca ye.
yang tahun 2015 nanti mak gali gambar2.
insyaallah mak akan hupdate jugak.
xo.
sek debbey tok tehe...hahahaha
ReplyDeleteDOH MUko sore2 ketat jah.
Deletewa langsi lu langsi. gitteeww...