Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, December 11, 2016

happy blessday novya dan sephia 2015

Assalamualaikum wbt. 
salam kecantikan dan kekacakan untuk semua. 

hari ahad hari ini 
kebanyakan orang di kelantan mengambil cuti. 
kerana ia adalah hari kerja yang berkapit dengan hari cuti. 

paham tak ?
kami panggil cuti kappek = kapit = kepit.
kahkahkah !
entah pape la.
jumaat, sabtu - ujung minggu dah memang cuti.
ahad - 11.12.2016 - hari bekerja. 
senin - 12.12.2016 - cuti umum - maulidur rasul
selasa - 13.12.2016 - cuti peristiwa bagi rakyat jelata negeri kelantan sempena 
pertabalan sultan muhammad V 
sebagai Yang diPertuan Agong ke 15.
jadi kan hari ahad tu terkepit, 
dia je yang tak cuti. 
itulah maksud cuti kappek.

ada pahem ?

okeh, 
lapang sikit hari ni.
bos cuti aku tak cuti.
so, 
meh la kita hupdate blog. 
tepek kenangan kat sini.

ini kenangan tahun 2015.
cuti hari jadi sultan kelantan agaknya.

keluar makan malam. ayah pik lanjer. 
ayer@8, putrajaya. 

budak noya bosan tunggu order sampai. 
nak main takde geng. 
adik tido. 

@ petrosains 
gi melawat haiwan peliharaan. 
dah lama tak jumpa. 
rasanya kali terakhir jumpa masa berjalan bedua je dengan suami.
kami memang suka dating kat muzium, planeterium, petrosainsium - nak jugak bagi senada. 

tido aje budak iman ni ye. 

suami sedang menutupi rasa terujanya.  

impian nak bawak excavator akhirnya tercapai. 
yang mainan pun takpe lah. 
kira ok jugak dapat main yang skala besar cani.

 
masa untuk istero pula yang teruja.
lego besaw.

dak iman dah kenapa mulut macam tu. 

kaklong sedang berusaha mengurung dak iman. 


ini masa kat atas kapal. 
kapal pam minyak.
ini antara makanan2 untuk pekerja2 atas kapal.
mewah jugak makanan dorang.
tapi, nasik takde ke ?

tiba2.
muncul gambar kek. 
ini kek hari jadi novya dan sephia pada tahun 2015.
yang berkaitan dengan tajuk. 
kek yang cantik, menawan, dan paling penting kesedapan. 


jimat belanje. 
gabungkan hari jadi anak2 dalam satu kek. 

dak iman geram tengok lilin. 

kaklong mana ?
kaklong sedang melepet malu2 nak tiup kek.

kek dah cantik sangat2.
tapi besday girl mood x berapa cantik. 
huhu...


butter cake inside.
yang sangat sedap. 


gigih angkat kek nak keluarkan kek dari kotak sebab sayang kotak tu cantik. 
tapi akhirnya kotak tu dikoyak jugak. 
sayangkan kotak, tapi lagi sayang kek yang cantik tu. 

sedap sangat....



tok abah. 
ramai orang rindukan tok abah. 
semua orang rindukan tok abah. 
iman pun bila di tanya tok abah,
dia jawab, 
adik nak rindu sangat2 tok abah.
kaklong pun sama. 

tok abah lah yang paling banyak 
abiskan duit belikan mainan untuk kaklong terutamanya.
basikal 3 bijik, kuda merah sekor, 
mainan masak2 entah berapa set, memang banyak sangat.
bola, kerusi kecik, buku2, macam2.
ada je mainan yang dibelikan. 

dan iman pun dapat jugak.
cuma tak sebanyak kaklong. 
sebab mainan kaklong masih elok lagi,
sayang nak buang. 

tapi tok abah mungkin kesian tengok iman main mainan
kaklong yang dah lama, 
tetap belikan jugak.

makan minum untuk anak cucu tak berkira.
pantang kaklong sebut, nak makan itu ini,
mesti diusahakan.
beli ke, suruh nekma masak ke. 

semoga allah mengampuni dosa tok abah dan 
melipat gandakan pahala atas kebaikan yang tok abah lakukan. 

[Tidak akan terputus kebahagiaan dan rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa ikhlas terhadap kedua orang tuanya setiap hari. Lakukanlah segala yang terbaik untuk mereka yang telah menjaga, memelihara dan mendidik kita dengan penuh kasih sayang sejak dari kecil.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu daripadanya yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.”
(Hadis riwayat Muslim 1631, Nasai 3651, dan yang lainnya.)

Pemberian yang paling berharga dan ditunggu-tunggu dari anak-anak oleh roh arwah ibu bapayang telah pulang ke rahmatullah adalah doa yang berterusan daripada mereka. Oleh kerana itu, jangan sesekali meninggalkan doa dan sedekahkan kepada mereka berdua.
Doa seorang anak soleh kepada arwah bapanya adalah amalan yang dapat membantu dan boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh.
Berikut adalah doa untuk arwah bapa. Dibaca dan diamalkan selalu oleh mereka yang bapanya telah meninggal dunia sebagai amalan harian terutama pada setiap kali selepas solat 5 waktu :

No comments:

Post a Comment