Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, August 11, 2013

tangisan di pagi raya, sekali lagi

assalamu'alaikum w.b.t
selamat hari raya untuk korang !
macamana raya korang ? meriah tak ?

mesti seronak kan dapat kumpul ramai2 di hari raya. makan masakan ibunda, gelak tawa bersama adik beradik sedara mara.

dapat duit raya $)
tahun ni aku masih dapat duit raya.
setiap tahun, dari tengoh-my great sister.
walaupun tak banyak pon... tapi syukur.
sebagai tanda ingatan beliau pada adik beradik.
semoga allah mengizinkan lagi untuk kita meluangkan masa bersama insan2 yang kita sayang.

raya aku tahun ni... alhamdulillah. masih diberi kesempatan beraya dan bermaafan dengan insan2 yang aku sayang amat2.
tapi jika dilihat pada tajuk entry, macam sedih je kan ?
yup ! sangat sedih.
tomok pernah berkata "sejarah mungkin berulang...".
dan benarlah seperti yang dikatakab dikatakan tomok.

novya mengulangi kesayuan dan kesyahduan di pagi raya seperti tahun2 sebelumnya.
seperti diceritakan dalam entry hari raya novya delisha munawwarah
dan juga di entry tangisan di pagi raya 2012.
jika tahun sebelum ni novya meragam sebab berjaga malam, raya sebelumnya itu sebab demam, raya tahun ni pulak kerana... bak kata novya "adik takut oye (orang)".
please novya. alasan awak terlalu rapuh. tapi mak terpaksa terima dengan kelat alasan itu. kerana novya langsung tiada tanda untuk beralah.

pagi raya pertama untuk tahun ni kita beraya ke rumah nekma. tahukah novya, belum pun lagi mak mencecahkan kaki mak yang bersaiz 6 ke tanah di laman rumah nekma, awak dah menjerit2 "occei tuyun (turun). nok bayek (balik/pulang)".
malas melayan karenah awak, mak dukung awak yang menjerit2 bawak naik ke rumah nekma.
awak masih menjerit2, nak bayek, nak turun.
akhirnya selepas turit telinga mak menadah jeritan awak, mak bawak awak turun.
pagi raya pertama awak beraya di laman.



sepupu sepapat novya beriya2 naik main sama2 ngan novya.
tapi novya macam tu la, buat kerek.
malu2 kucing konon.




novya yang cuba melarikan diri dari mengambil gambar beramai2.

petang raya pertama mak bawak novya gi beraya ke rumah kawan atok.
sadis betul rasa bila novya langsung tanak masuk rumah kawan atok.
sudahnya mak terpaksa bergilir2 dengan mama untuk menjaga novya.
sementara tu mak masuk minum air dan jamah kuih raya.
mujurlah juga berdekatan rumah tu ada surau. novya leka bermain disitu bersama sepupu sepapat sementara mak dapat jamah nasik 2 pinggan.
rugi pulak tak tambah 1 pinggan lagi.
lauk memang terangkat - dendeng minang air tangan orang minang. terangkat sangat.




puteri yang sangat teringin nak main dengan novya. dan novya macam biasa jual mahal.
kesian puyi...



hari raya ke 2.
sekarang kalau nak amik gambar bukan reti nak duduk diam.




novya budak baik, cuma kurang keyakinan diri untuk berkawan.
tahun depan nak kena pergi sekolah.
novya pon memang semangat nak ke sekolah.
tiap kali lalu depan sekolah mesti "mak, adik dah betar nok gi cekoyah".
tapi yang pasti hari pertama dan kedua dan mungkin ketiga dan keempat,
mak terpaksa ambil cuti rehat, memantau keadaan awak di sekolah.
sah2 menangis punya. percayalah !




novya sokmo gitu. merosakkan gambar rata raya dengan muka masam mencuka.




mak bersama maklong.
yang nampaknya berdagu dua.




1/4 dari ahli keluarga.




scary mary je tengok novya dalan gambar ni.

malam raya ke2 novya main bunga api.
sorang2.
amik kaw.
tanak kawan sangat kan ?
main lah bunga api sorang2.

sebelum raya novya dah request kat tok abah. raya ni adik nak main bunga api.
tok abah pulak lupa nak beli...
satu hal pulak tok abah mencari bunga api untuk cucunda di hari raya.
sampai tak lena tido kata tok abah.
nasib baik ada lagi orang jual bunga api.



teruja sangat kan ?







*hupdate tak berapa feel sebab hupdate via phone. aku lebih suka via komputer. komputer meja. bukan komputer riba.
posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. ci.bakpo sulong napok lain?ngandung ko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishk.. dok eh. ngandung ko tok ngandung ko lagu tu sokmo. haaha !

      Delete
  2. Ooooo,kamu ngupak ko kami dih!!!kami meme gemuk.tok lalu make...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ore kalu tok lalu make jadi kurus. buke jadi koho gemuk.

      Delete