Assalamu'alaikum w.b.t
salam hari raya lagi untuk korang.
semoga korang sihat2 aje.
walaupun untuk musim raya ni makan memang tak hingat.
semua benda nampak sedap dan nak telan.
hujung bulan puasa, berat badan turun 2 kilo,
masuk minggu pertama raya, berat badan naik 5 kilo.
memang superb !
terima kasih kepada insan baik hati yang sudi mengklik iklan2 nuffnang.
musim raya ni tiba2 pulak graf kemasyukan meningkat dengan mendadak.
walaupun hakikatnya had untuk menebus bayaran tu masih jauh lagi.
aktiviti hari raya novya bersama sepupu sepapat -
cabaran cipta rasa : kek pasir
anak dara mak dengan gigih menyediakan hidangan cabaran cipta rasa
untuk kali ni.
berbekalkan bahan dan alatan yang ada,
semua peserta bertungkus lumus untuk menyediakan hidangan terbaik.
macam tak jadi je kek novya.
oh ye, masa ni novya berlakon konon2 tengah potong kek hari jadi.
siap nyanyi lagi.
ranting halus kat tangan tu adalah pisau.
tiba2 terkeluar dari fokus.
peserta yang berjaya menyiapkan cabaran cipta rasa.
dengan tema lautan mendalam.
nadhirah, sepupu sebaya novya.
cuma beza bulan je.
juga salah seorang peserta yang berjaya menyahut cabaran cipta rasa.
dengan tema kek adalah pulau lautan.
asyraf, sepupu tidak sebaya novya.
kami menggelarkan beliau lee chong wei.
kerana keirasan wajahnya dengan
jaguh badminton negara, Datuk LCW.
taddaaa !!! (tangan depa kedepan dengan muka teruja)
novya berjaya juga menyahut cabaran cipta rasa.
dengan tema kek - merah jambu baju dan kek ku.
cantik tak ?
tapi bukan novya yang buat pon.
mak teh yang tolong buatkan - sebab mak teh pon terliur nak
main masak2.
siap ada hiasan buah lagi.
buah merah ni kalau orang kelantan sebut buah matto yyeay.
kalau sebutan yang jelas adalah buah mata ayam.
boleh dimakan. tapi tak sedap mana pon.
dulu masa kecik2 kalau tengah main dalam semak - konon2 adventure.
pastu nampak buah ni, pakat kutip makan.
dah berkali2 hupdate pasal novya,
tapi mak selalu lupa nak bagitau pasal minat awak pada stesen minyak.
sebenarnya dah lama, masa umur setahun lagi.
bila nampak stesen minyak mesti tanya,
"mak, appe ? "
sambil tunjuk stesen minyak.
pastu mak jawab la "stesen minyak."
bila dah besar sikit, akal dah panjang,
tambah pulak dengan soalan , "stesen minyak appe ?
tiap kali lalu stesen minyak, tiap kali tu la novya akan tanya.
sehinggalah sekarang,
novya boleh ingat kebanyakan stesen2 minyak yang ada di kelantan
dengan melihat logo stesen minyak tu.
contoh,
kalau lalu depan stesen minyak esso,
dengan semangat wajanya berkata,
"mak, tu teten(stesen) minyak etto".
macam tu jugak dengan stesen minyak lain.
petronas, shell, caltex, esso, mobil.
stesen minyak BHP tak berapa ingat sebab
kat melor tade. dan jarang2 ada di sepanjang laluan novya.
sekarang ada soalan tambah pulok...
kalau lalu depan stesen minyak ,
pastu lampu stesen minyak tak bukak (sebab masih siang),
awak akan tanya,
"mak, appe dio tok pasey yappu ?".
mak jawab "sebab siang lagi."
kalau tanya waktu malam,
"mak, appe dio pasey yappu ?".
mak akan jawab, "sebab malam. baru la napok".
untuk lampu jalan pon,
soalan sama akan diajukan oleh awak.
- soalan sama seperti di atas.
jawapan mak pon lebih kurang - sama seperti di atas.
kadang2 bila dah bosan bertanya,
awak belakon konon2 amik lampu tu,
pastu suap masuk dalam mulut.
siap berbunyi - auumm !!!
siap offer kat mak ayah lagi.
"mak nok yappu ?"
mak pun main angin la... "nak ! nak !
aumm... sedapnya".
layankan aje.
ailebiubebi =]
samo naik nge mok ni main.
ReplyDeletekalu iris jupo stesen minyak dio mitok aiskrim..hehe
pandai iris. ni mesti sebab ibu sokmo beli eskrem time isi minyak.
Deletebanyak kuih & kek raya napok pesen..kikikiii
ReplyDeletejemputlah ke rumah kalu nok try. tak dok jual di kedai ni.
ReplyDelete