Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Tuesday, March 27, 2012

mau kulit anjal ? cobalah original collagen dust !

 


tajuk entry ni dah macam iklan kecantikan pulak.  dah la tu, pakei perkataan indon lagi.
ini adalah entry tidak dibayar.  cuma review dari aku yang sekarang sedang mencoba produk yang diperkenalkan oleh blogger yang cantek manes- si hanis zalikha.
 
macamana aku mengenali collagen dust ni?
bermula apabila aku sedang berjalan2 di blog elia yang berjari runcing.
beliau me'link'kan blog si hanis zalikha dalam entry beliau yang bertajuk ? aku pon lopa tajuk apa.  dengan menggunakan jari aku yang 3/4 runcing ni, aku mengelick ke arah link yang tertera nama hanis zalikha.
 
sungguh aku tertarikh dengan cara beliau (perghh...skimanya) melontarkan kata2 dalam blog beliau.
santai dan aku jatoh chenta.  Rasa macam nak baca semua entry beliau. Buntang mata aku dibuatnya.
sambil aku terus berjalan2 di blog beliau, maka berjumpalah aku dengan entry tentang collagen dust.
 
1 hari dengan ketiadaan bos di pejabat, aku manfaatkan (manfaat la sangat) dengan mencari maklumat tentang collagen dust nih.  en. google sangat memberikan kerjasama.  banyak maklumat tentang collagen ni, dan kalo anda2 rajin, google lah sendiri ye. kahakah !!
 
dan, dengan harapan besar agar aku dapat jadi semanis hanis zalikha, semuda mak si hanis zalikha, maka aku mengambil keputusan untuk memesan collagen dust ni dengan si hanis.
aku emel kat beliau , dengan tidak berharap beliau akan terus reply.  yo la kan ,beliau kan orang yang sibuk, tak menyempat nak belek emel satu2, tidak termasuk lagi dengan spam menjual pil kuat dan ubat untuk disayangi suami, yang masuk ke inbox beliau (ini kata si hanis sendiri).
 
perlu ke aku tunjuk emel yang aku hantar kepada beliau ?
ermm... inilah emel yang aku hantar kat beliau (=`_`=)
 
Hai kakak hanis yang comel.
saya dah baca FAQ tentang collagen dust di blog2, termasuk blog akak, so rasanya tak perlulah diulang citer.
senang citer, saya nak dapatkan maklumat untuk pembelian collagen dust yang akak duk pakai tu.
harap dapat respon dalam masa terdekat.
thanx.
 
* kalau nak explain dengan lebih detail elok jugak.
 
so nantikan pembalasan dari si hanis manis tu ye.
 
* umur si hanis tu berapa sebenarnya? sesuka ati aku panggil dia akak =p

1 comment: