Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Wednesday, August 6, 2014

Artikel : Kahak Pekat Untuk Zionis


Kolumnis : Muhamad Mat Yakim.

DALAM dunia kanak-kanak, mungkin kita pernah jumpa watak seorang adik yang manja tetapi jahat lagi berperangai pembuli. Sebagai anak manja, tiap kemahuannya mesti dituruti, tidak boleh dibantah atau dilarang. Kalau dia mahukan hak orang, pun juga mesti diberi.

Jika tidak, dia akan rampas, pukul atau buli. Akan tetapi apabila mangsanya bertindak balas, dia akan segera berlari mendapatkan abangnya, berlindung di bawah ketiak si abang dan akan mereka-reka cerita konon dia yang disakiti.

Dalam dunia hari ini, itulah Israel, satu bangsa dan kini negara (tiada negara bernama israel di muka bumi ini) yang boleh berbuat apa sahaja kekejaman yang di luar batas kemanusiaan terhadap orang tetapi tidak boleh dibalas.

Hanya jika jarinya sahaja yang dilukakan, balasannya adalah bunuh dan pembunuhan itu tidak hanya melibatkan si pelaku bahkan seluruh keluarga, bangsa dan negara orang yang melakukannya.

Bagi mereka, orang lain adalah goyem atau binatang tetapi jangan sekali-kali bangsa mereka dikritik atau ditegur, sekalipun perbuatan jahat mereka yang lakukan itu terang-terangan.

Sesiapa yang mengkritik mereka, pantas dituduh anti Semitik dan seluruh dunia yang sudah dipengaruhi oleh 'adik manja' akan mengecam orang itu semahu-mahunya. Tun Dr Mahathir antara yang pernah jadi sasaran mereka!

Semitik merujuk kepada kelompok bangsa yang menjadi asas kepada kelahiran bangsa lain di seluruh dunia. Mengikut Genesis (5:32, 6:10 dan 10:21) Semitik adalah daripada keturunan Shem bin Nuh, seorang daripada tiga anak Nabi Nuh AS. Daripada keturunan inilah bersambungnya zuriat manusia yang bertebaran ke seluruh dunia hingga hari ini. Dan Semitik bukannya bangsa Yahudi sahaja bahkan juga bangsa Arab dan beberapa bangsa teras lain.

Namun kerana bongkak dan takbur Yahudi, dunia hari ini diajar dan dipengaruhi untuk terima hanya orang Yahudi sahaja bangsa Semitik dan sebarang kritikan terhadap mereka dianggap sebagai anti Semitik, seolah-olah sesiapa yang mengkritik itu kurang ajar atau menderhaka kepada satu bangsa mulia yang jadi penyambung zuriat manusia.

Atas sebab itulah, sesiapa yang menentang mereka, boleh dibunuh begitu sahaja. Goyem atau binatang kepada orang yang bukan daripada kaum mereka bukan sekadar tanggapan atau gelaran tetapi menjadi akidah dan pegangan.

Yahudi adalah bangsa, juga agama. Orang daripada bangsa lain tidak boleh menganut agama Yahudi kerana mereka berpegang bahawa hanya bangsa mereka yang manusia dan paling istimewa. Bangsa pilihan tuhan. Itulah satu-satu yang seumpamanya di dunia!

Tetapi orang Yahudi, ada juga yang menganut Kaballah, satu pegangan baharu yang bermula ketika era Perang Salib I. Kaballah bertuhankan Lucifer iaitu Iblis dan didakwa sebagai mazhab baharu dalam agama Yahudi tetapi pegangan dan sembahan mereka berbeza dengan Yahudi Ortodoks. Zionis adalah cabang kepada Kaballah sama seperti Iluminati.

Jika Yahudi hanya untuk bangsa Yahudi, Kaballah sebaliknya terbuka untuk semua kaum. Orang Islam sendiri ada yang menyertai Kaballah sama ada dalam keadaan sedar atau tidak melalui ritual yang disamarkan menerusi jenama Freemason.

Kesemuanya memperjuangkan Yahudi Zionis sebagai penguasa dunia melalui gagasan Israel Raya atau The Heretz Israel sebagai negara mereka. Mereka bermula di Palestin yang kononnya tanah yang pernah dijanjikan oleh tuhan untuk mereka (The Promises Land).

Sebelum menduduki Palestin, Zionis yang dimulakan oleh Theodore Herzl di Basel, Switzerland pada 1897 telah diberi pilihan oleh Menteri Luar British pada masa itu, Lord Arthur Balfour sama ada mahu berpindah ke Argentina, Palestin atau Uganda dan mereka memilih Palestin untuk dikaitkan dengan cerita The Promises Land.

Sejak itu, umat Arab yang menghuni bumi Palestin dihalau, diburu dan dibunuh sampai sekarang. Akibatnya, hari ini lebih 1,5 juta orang Arab yang asalnya memiliki tanah di Palestin dipaksa hidup dalam keadaan terhimpit di Gaza yang sangat sempit.

Mereka dipencilkan dengan tembok untuk hidup dalam sebuah penjara terbuka siang dan malam.

Dan hari ini, mereka terus dibunuh untuk satu tujuan - supaya bangsa Palestin terhapus sama sekali dari muka bumi bagi membolehkan Israel menguasai sepenuhnya bumi Palestin yang tinggal sekangkang kera itu.

Sebab itu, mereka tiada sedikit pun rasa kemanusiaan untuk membunuh anak-anak Palestin yang jika dibiarkan hidup, mereka tahu akan menentang mereka apabila besar kelak dan melambatkan lagi proses penaklukan.

Sekarang 90 peratus tanah asal Palestin sudah dikuasai. Jika dibiarkan, ke mana lagi orang Palestin ini boleh pergi.  Cuba letak diri kita di dalam kasut mereka!

Timbalan Menteri Agama Israel, Eli Ben Dahan baru-baru ini membuat kenyataan: "Palestinians are not human beings. They don't deserve to live dan they're nothing but animals." (Orang Palestin bukan manusia. Mereka tidak sepatutnya hidup. Mereka bukan sesiapa, hanya binatang)

Bayangkan sahaja jika kenyataan ini terbit dari mulut orang yang bukan Yahudi, seluruh dunia akan segera mengutuknya. Adakah lagi kata-kata yang lebih rasis daripada ini. Namun kerana dia Yahudi Zionis, seperti tidak ada apa-apa!

Sebabnya kerana Yahudi Zionis adalah adik manja yang akan sentiasa dilindungi abang besarnya, Amerika Syarikat. Kerana pengaruh Amerikalah, dunia dipaksa untuk melihat yang hitam sebagai putih, yang cerah sebagai gelap dan yang mangsa sebagai pemangsa. Hatta kanak-kanak yang tidak mengenal dunia, tanpa dosa, dibunuh dan dicederakan kerana dianggap mengancam keselamatan warga Israel.

Demikianlah pemimpin dan masyarakat yang serba maju hari ini diperbodohkan!

Walhal, untuk menilai kekejaman rejim Zionis di Gaza, seseorang tidak perlu jadi orang Islam atau orang Arab, cukup hanya sekadar menjadi manusia.

Saya tidak ragu-ragu untuk mengatakan, sesiapa - termasuk yang berada di negara ini - yang  masih tega untuk tidak berasa apa-apa, menganggap kekejaman Israel terhadap orang Palestin hanya pertelingkahan politik sesama mereka, konflik antara dua bangsa yang bermusuhan dan sangat jauh dan tidak ada kena mengena dengan kita, periksalah semula diri anda, apakah anda manusia dalam erti kata yang sebenarnya?

Apa yang berlaku di Gaza melangkaui batas sempadan kemanusiaan. Penduduk asal sebuah negara yang sudah zaman berzaman, akibat percaturan penjajah yang diharubirukan dengan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917, dihalau keluar dari tanah air mereka yang sah, diburu dan dibunuh hingga hari ini tanpa ada kesudahan. Setiap anak yang lahir daripada bangsa Palestin seboleh mungkin cuba dibunuh kerana dibimbangi akan jadi ancaman kepada Yahudi Zionis pada masa hadapan.

Justeru, apa yang berlaku ini bukan peperangan tetapi ethnic cleansing atau pembersihan kaum. Itu yang dunia dipengaruhi Amerika tidak mahu terima. Undang-undang perang sejak zaman berzaman menetapkan bahawa takrif peperangan hanya antara tentera dengan tentera. Tetapi di Gaza, orang awam yang berlindung di dalam rumah sendiri malah di hospital, dibedil dan dibom tanpa berkira. Anak-anak kecil dipijak hingga hilang nyawa!

Inilah pengecut yang sebenarnya. Sedangkan apabila berdepan dengan tentera yang sebenar, mereka menjerit ke seluruh dunia minta bantuan. Mereka menyebar propaganda kononnya Hamas menggunakan kanak-kanak sebagai perisai manusia. Mereka memfitnah konon mereka sendiri yang hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza - rujuk FB Netanyahu - tetapi dihalang oleh Hamas.

Mereka bom, bunuh orang awam kemudian mereka mengaku pula hantar bantuan kepada orang yang mereka bom itu- dakyah yang selayaknya dibalas dengan kahak yang paling pekat!

Ketika inilah muncul abang besar membuka ketiak untuk melindungi adik manjanya dengan bantuan AS$225 juta (RM718 juta), juga dua ribu anggota tentera yang kononnya menjalankan kerja bomba di Gaza. Betapa lelaki kulit hitam yang telah diperbodohkan itu cuba memperdaya seluruh dunia!





boikot penyumbang kepada zionis

assalamu'alaikum w.b.t
salam syawal yang indah.

sebulan yang lalu aku terperasan entry 
tentibe naik jadi yang terhangat di paparan.
ye, sekarang musim boikot. 
kalau kita masih ingat, pada penghujung  tahun 2012 tanah palestin telah diserang oleh zionis laknatullah.
dan ramadhan tahun ni berlaku sekali lagi serangan kejam rejim zionis terhadap rakyat palestin.
dan rentetan dari itu, isu boikot memboikot kembali hangat diperkatakan.

kalau nak cakap pasal isu boikot ni,
terlalu banyak faktor yang perlu difikir dan dikupas. 
kerana melibatkan terlalu banyak pihak dan peringkat.

tapi, itu bukanlah alasan untuk kita berhenti jadi pemboikot tegar.
kerana peringkat yang paling mudah yang mampu kita lakukan adalah 
peringkat diri kita sendiri.

pertama, 
kita perlu faham apa yang kita perjuangkan bersama2 dengan 
saudara kita di palestin dan kenapa kita perlu melawan zionis laknatullah. 
korang boleh google je. 
berlambak2 maklumat pasal ni. 
contohnya seperi ini :

salah satu post yang aku rasa mudah untuk difahami - basic.

" Ok, kenapa kena pertahankan Al Aqsa, penting sangat ke?

Sebab Al-Aqsa kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah. Secara analoginya, kalau Masjidil Haram kena serang dan orang-orang sekitar mati dibunuh dengan kejam, kau marah tak?

Cuba bukak Al-Qur'an suratul isra' ayat 1 . Kat situ ada sebut nama Masjidil Aqsa kan ? Ada dalam Qur'an sebut nama masjid kat kampung kamu? Tu maknanya memang sangat penting masjid Al Aqsa ni, juga sebagai masjid ke 3 paling suci buat semua umat Islam sampai Allah sebut dalam Qur'an, . Tapi taklah bermakna masjid kat kampung kamu tak penting, ok?

Dulu kau sekolah ada belajar kan nabi berniaga ke Syam? Kalau kau ingat lagilah. Ok, Syam skang dah tukar nama jadi Al Quds sejak Islam memerintah kat sana , ia adalah kota lama di Palestin. Nama lain Al Quds adalah Baitul Maqdis. Secara matematik nya, Syam = Al Quds = Baitul Maqdis. Aku rasa buku teks kat sekolah kena terang pasal nilah. Hisy.

Akhir zaman nanti, Baitulmaqdis akan dijadikan ibu negara umat Islam, dan kemajuannya akan membawa kepada tanda-tanda akhir zaman.
Sabda Nabi, "Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana diserang wabak)", hingga akhir hadith, kamu carilah. Diriwayatkan oleh Nuaim b Hammad, salah seorang syeikh kepada Imam Bukhari.

Kota ini kota suci kita teman, dan Yahudi juga beranggapan ia adalah kota suci mereka. Mereka berjuang untuk dapatkan tanah ini, tapi kita masih blur blur lagi, langsung tak buat ape-ape. Aku pun tak faham.."


yang aku faham kenapa puak zionis laknatullah ni nak sangat
kuasai tanah palestin, sebab
puak zionis ni penyokong tegar dajjal.
dan dorang nak bina temple of solomon untuk menyambut ketibaan dajjal
di tapak masjid al-aqsa.

dorang ada satu kitab, nama kitab Talmud, 
kalau tak silap aku.
dorang berpegang pada kitab ni dan kalau korang baca sikit2 pasal kitab ni,
puak zionis ni memang tegar nak sambut kemunculan dajjal.
dan dorang adalah satu puak manusia yang angkuh sebenarnya.
sebab tu bunuh nyawa orang tak bersalah adalah sesuatu yang biasa bagi dorang.
dorang percaya dorang adalah bangsa manusia yang terpilih dari Tuhan. 
jemput google ye. =)

jemput baca artikel dari Sinar Harian ni.
korang baca pun nanti kompem rasa macam nak ludah je kat israhell tu.

kedua,
apa kebenda yang kita nak boikot -
kita boikot produk/perkhidmatan dari syarikat2 yang menyumbangkan keuntungan dorang kepada israel.
kenapa ?
sebab duit2 yang dorang sumbangkan tu akan jadi dana pembangunan untuk puak2 zionis.
samada pembangunan untuk infrastruktur, kemudahan dan jugak pertahanan dorang. 
semakin kita membeli dari dorang, semakin banyak untung maa...
semakinlah banyak dorang dapat salurkan sumbangan dana kepada zionis laknatullah ni.

kenapa dorang menyumbang kepada zionis laknatullah, walhal dorang tahu puak2 jahat ni membuat kejahatan terhadap rakyat palestin ?
sebab, kemungkinan dorang jugak adalah sekutu2 atau pejuang bersama dasar2 puak zionis laknatullah ni.
kalau tak takkanlah dorang baik ati sangat nak bagi duit kat orang jahat kan ?
kita boleh cari maklumat tentang syarikat2 yang dengan tegarnya menyumbang kepada
zionis laknatullah ni.
siap dapat pengiktirafan dan penghargaan dari zionis lagi.
takkan masih taknak percaya ?

ketiga,
kita perlu faham kenapa kita perlu menjadi pemboikot.
kita nak boikot ni bukan sekodar boikot je. 
kita harap dengan tindakan pemboikotan (pemunah bahasa),
dorang akan merasa terjejas. 
bila kita berhenti beli barang dorang, keuntungan dorang berkurang,
bila berkurang, dana dorang kepada zionis laknatullah ni pun akan berkurang.
insyaallah gitu lah.

tengok ni bukan main berlagak lagi dorang. 
cabaran untuk kita ni. 






kalau dipiki2 memang sangatlah susah nak start boikot ni.
sebab kebanyakan produk dorang ni dah sebati amat dalam hidup kita.

dan aku akui, 
aku pun tak berapa berjaya untuk istiqamah dalam isu boikot ni.
macam yang masa gaza diserang pada 2012 tu ari, 
memang berkobar2 semangat nak boikot.

pastu bila israhell dah stop serang gaza,
dan media dah kurang buat liputan tentang pergolakan di gaza, 
aku pun jadi lupa.

terbeli balik maggi, milo, 
sopping sakan kat tesco.
mentakedarah balik beger mcd - walaupun tahu makanan tu tak sihat.

haishh... tak bagus sangat.
harap2 kali ni berjayalah.


dan tolonglah, janganlah kita nak kondem usaha orang yang nak boikot ni.
kalau rasa kita tak mampu nak boikot, jangan pulak kita rendah2kan usaha orang lain.

dan kita janganlah nak sound2, marah2 orang sesuki hati 
kalau ada orang yang belum berjaya jadi pemboikot. 

silalah sampaikan mesej boikot ni dengan bijak dan berhemah. 


ini aku copy past dari instagram Yatt Hamzah.
harap membantu kita memahami perjuangan boikot. 

#Repost from @yatthamzah with@repostapp —
[Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya] 
BOIKOT DENGAN ILMU. BOIKOT DENGAN AKHLAK. 

Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel. 

1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya. 

2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.

 3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.

4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.

5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu. 

6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat. 

7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna. Inilah pendirian PEMBOIKOT BERAKHLAK & BERETIKA.


berita terbaru yang diterima semalam, 
israel dan hamas bersetuju untuk menerima cadangan genjatan senjata selama 72 jam.
atau mungkin israhell nak coverline je menerima cadangan genjatan senjata tu,
walhal sebenarnya dorang dah rasa tak mampu nak melawan 
kekuatan mujahiddin al-qassam.

dan harap2, kalau ye pun serangan ke atas gaza dihentikan dalam masa terdekat ni,
kita takkan lupa untuk boikot.
kerana selagi israhell tak nyah dari bumi gaza, selagi itu gaza tidak bebas.

selamat berjaya untuk kita. 

semoga bermanfaat. 

untuk sentiasa dapat perkembangan terbaru tentang bumi palestin, 
sila follow page Aman Palestin Offiicial 

-huih, penat otak buat entry berilmiah camni.
(ilmiah kerr).

Monday, August 4, 2014

berlalulah sudah ramadhan...

Assalamu'alaikum w.b.t
salam kerinduan seribu kemaafan ku pohon padamu di bulan syawal nan mulia.

huih, punya lama tak hupdate.

punya banyak benda nak kobar an.
tapi punya banyak malas dari rajinnya.

sobar yo la eh.
penyakit malas tu memang sebati amat dengan aku.
so, kalau dia dah menempel, 
memang susah nak buang.

sebulan lalu aku lebih seronok untuk duduk bersahaja,
menggoyang kaki bersaiz 6 ini.
atau kekadang merebahkan tubuh berbadan dua ini dan 
tido. memang sodap.

hidup tidak produktif.

adik2, jangan ikut perangai tak bagus ni ye.

ini hanya untuk ibu2 mengandung je.
biasanya disebut sebagai pembawaan budak.
ok, itu cuma halasan.

alhamdulillah tahun ni dapat bertemu dengan ramadhan lagi.
alhamdulillah jugak tahun ni ramadhan ditempuh dengan penuh 
gagah perkasa bersama khalifah kecil ni.
alhamdulillah aku sihat walafiat sepanjang ramadhan.

boleh dikatakan hari2 tolan air kelapa.
perghh... sodapnya air kelapa.
orang kata kalau nak kulit anak bersih masa bersalin,
minumlah air kelapa pada bulan2 terakhir.
orang kata la, tak tau betul ke tak.
tapi yang aku betul2 tau,
bila banyak minum air kelapa, asyik nak ke tandas je.
proses rembesan air berlebihan dalam badan meningkat.

sehari sebelum tiba bulan berkat,
nekjah pergi meninggalkan kami.
selepas lebih kurang 4 tahun sakit.
akibat penyakit kencing manis dan usia yang dah lanjut.

nekjah, bonda kepada tok abah,
nenda kepada suami aku,
moyang kepada novya.

novya agak terasa dengan pemergian nekjah.
sebab biasanya setiap hari tok abah bawak novya jenguk nekjah.
tercongok dekat katil nekjah.
"anok sapo ni ?", soal nekjah tiap kali novya datang.

anak comey dalam perut mak ni bukan main active 5 lagi,
walaupun bulan puasa.
keaktifan tu kadang2 memenatkan dan menguji tahap kekebalan urat dawai.

kalau dibandingkan novya ngan anak yang ni,
memang berbeda amat.
dengan aktifnya, dengan badan aku yang mudah penatnya.
tubuh aku dah tak sekebal semasa pregnant kan novya.

baru anak ke2, dah macam2 kan.

lepas ni kena telan akar kayu dengan batang2 kayu sekali, 
untuk kekal gagah perkasa.

itu la, masa berpantang, mengurut  2 3 kali je.
bertungku, tak payah cakap la.
aku bertungku macam tak bertungku.
seingat aku, 3 hari aku bertungku.
tetapi, ketiga2 hari tu, rasa macam tak bertungku pun.
belum sempat batu tu sejuk, aku dah surrender.
baru je mak bidan letak batu tungku, 
aku dah, addeehhh... pedih2. panas2.
tak tahan ooo panas...
macamana urat2 nak bersambung dan sihat.
mak bidan pun macam, huh, malaslah aku nak tungkukan budak ni.
haha!

haish...
ari ni entry bertema koksey kokdang ye.

nanti kalau ada kerajinan lagi, 
aku tempek gambar raya kami. 

raya tahun ni novya very good.
tapi mak ayah tak berapa bermood raya.

berselebet kat rumah je.
agak kesian novya, pungutan duit raya tahun ni tak berapa memberangsangkan.

single terbaru novya,
suasana hari raya.
"belllalulah sudah yomadan, bebuyan bepuasa.
tiba sawal kita yayakan dengan rasa gembira.
anak muda di yantauan semuanya puyang ke desa,
ibu dan ayyah keyiangan bertukur tak terkiya..."


ok lah, pinggangku yang tak berapa ramping ni dah terasa lenguh.
nak gi baring2 la jap.

XO

tempek gambar budak kesayangan mak sekeping.