Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Wednesday, August 6, 2014

Artikel : Kahak Pekat Untuk Zionis


Kolumnis : Muhamad Mat Yakim.

DALAM dunia kanak-kanak, mungkin kita pernah jumpa watak seorang adik yang manja tetapi jahat lagi berperangai pembuli. Sebagai anak manja, tiap kemahuannya mesti dituruti, tidak boleh dibantah atau dilarang. Kalau dia mahukan hak orang, pun juga mesti diberi.

Jika tidak, dia akan rampas, pukul atau buli. Akan tetapi apabila mangsanya bertindak balas, dia akan segera berlari mendapatkan abangnya, berlindung di bawah ketiak si abang dan akan mereka-reka cerita konon dia yang disakiti.

Dalam dunia hari ini, itulah Israel, satu bangsa dan kini negara (tiada negara bernama israel di muka bumi ini) yang boleh berbuat apa sahaja kekejaman yang di luar batas kemanusiaan terhadap orang tetapi tidak boleh dibalas.

Hanya jika jarinya sahaja yang dilukakan, balasannya adalah bunuh dan pembunuhan itu tidak hanya melibatkan si pelaku bahkan seluruh keluarga, bangsa dan negara orang yang melakukannya.

Bagi mereka, orang lain adalah goyem atau binatang tetapi jangan sekali-kali bangsa mereka dikritik atau ditegur, sekalipun perbuatan jahat mereka yang lakukan itu terang-terangan.

Sesiapa yang mengkritik mereka, pantas dituduh anti Semitik dan seluruh dunia yang sudah dipengaruhi oleh 'adik manja' akan mengecam orang itu semahu-mahunya. Tun Dr Mahathir antara yang pernah jadi sasaran mereka!

Semitik merujuk kepada kelompok bangsa yang menjadi asas kepada kelahiran bangsa lain di seluruh dunia. Mengikut Genesis (5:32, 6:10 dan 10:21) Semitik adalah daripada keturunan Shem bin Nuh, seorang daripada tiga anak Nabi Nuh AS. Daripada keturunan inilah bersambungnya zuriat manusia yang bertebaran ke seluruh dunia hingga hari ini. Dan Semitik bukannya bangsa Yahudi sahaja bahkan juga bangsa Arab dan beberapa bangsa teras lain.

Namun kerana bongkak dan takbur Yahudi, dunia hari ini diajar dan dipengaruhi untuk terima hanya orang Yahudi sahaja bangsa Semitik dan sebarang kritikan terhadap mereka dianggap sebagai anti Semitik, seolah-olah sesiapa yang mengkritik itu kurang ajar atau menderhaka kepada satu bangsa mulia yang jadi penyambung zuriat manusia.

Atas sebab itulah, sesiapa yang menentang mereka, boleh dibunuh begitu sahaja. Goyem atau binatang kepada orang yang bukan daripada kaum mereka bukan sekadar tanggapan atau gelaran tetapi menjadi akidah dan pegangan.

Yahudi adalah bangsa, juga agama. Orang daripada bangsa lain tidak boleh menganut agama Yahudi kerana mereka berpegang bahawa hanya bangsa mereka yang manusia dan paling istimewa. Bangsa pilihan tuhan. Itulah satu-satu yang seumpamanya di dunia!

Tetapi orang Yahudi, ada juga yang menganut Kaballah, satu pegangan baharu yang bermula ketika era Perang Salib I. Kaballah bertuhankan Lucifer iaitu Iblis dan didakwa sebagai mazhab baharu dalam agama Yahudi tetapi pegangan dan sembahan mereka berbeza dengan Yahudi Ortodoks. Zionis adalah cabang kepada Kaballah sama seperti Iluminati.

Jika Yahudi hanya untuk bangsa Yahudi, Kaballah sebaliknya terbuka untuk semua kaum. Orang Islam sendiri ada yang menyertai Kaballah sama ada dalam keadaan sedar atau tidak melalui ritual yang disamarkan menerusi jenama Freemason.

Kesemuanya memperjuangkan Yahudi Zionis sebagai penguasa dunia melalui gagasan Israel Raya atau The Heretz Israel sebagai negara mereka. Mereka bermula di Palestin yang kononnya tanah yang pernah dijanjikan oleh tuhan untuk mereka (The Promises Land).

Sebelum menduduki Palestin, Zionis yang dimulakan oleh Theodore Herzl di Basel, Switzerland pada 1897 telah diberi pilihan oleh Menteri Luar British pada masa itu, Lord Arthur Balfour sama ada mahu berpindah ke Argentina, Palestin atau Uganda dan mereka memilih Palestin untuk dikaitkan dengan cerita The Promises Land.

Sejak itu, umat Arab yang menghuni bumi Palestin dihalau, diburu dan dibunuh sampai sekarang. Akibatnya, hari ini lebih 1,5 juta orang Arab yang asalnya memiliki tanah di Palestin dipaksa hidup dalam keadaan terhimpit di Gaza yang sangat sempit.

Mereka dipencilkan dengan tembok untuk hidup dalam sebuah penjara terbuka siang dan malam.

Dan hari ini, mereka terus dibunuh untuk satu tujuan - supaya bangsa Palestin terhapus sama sekali dari muka bumi bagi membolehkan Israel menguasai sepenuhnya bumi Palestin yang tinggal sekangkang kera itu.

Sebab itu, mereka tiada sedikit pun rasa kemanusiaan untuk membunuh anak-anak Palestin yang jika dibiarkan hidup, mereka tahu akan menentang mereka apabila besar kelak dan melambatkan lagi proses penaklukan.

Sekarang 90 peratus tanah asal Palestin sudah dikuasai. Jika dibiarkan, ke mana lagi orang Palestin ini boleh pergi.  Cuba letak diri kita di dalam kasut mereka!

Timbalan Menteri Agama Israel, Eli Ben Dahan baru-baru ini membuat kenyataan: "Palestinians are not human beings. They don't deserve to live dan they're nothing but animals." (Orang Palestin bukan manusia. Mereka tidak sepatutnya hidup. Mereka bukan sesiapa, hanya binatang)

Bayangkan sahaja jika kenyataan ini terbit dari mulut orang yang bukan Yahudi, seluruh dunia akan segera mengutuknya. Adakah lagi kata-kata yang lebih rasis daripada ini. Namun kerana dia Yahudi Zionis, seperti tidak ada apa-apa!

Sebabnya kerana Yahudi Zionis adalah adik manja yang akan sentiasa dilindungi abang besarnya, Amerika Syarikat. Kerana pengaruh Amerikalah, dunia dipaksa untuk melihat yang hitam sebagai putih, yang cerah sebagai gelap dan yang mangsa sebagai pemangsa. Hatta kanak-kanak yang tidak mengenal dunia, tanpa dosa, dibunuh dan dicederakan kerana dianggap mengancam keselamatan warga Israel.

Demikianlah pemimpin dan masyarakat yang serba maju hari ini diperbodohkan!

Walhal, untuk menilai kekejaman rejim Zionis di Gaza, seseorang tidak perlu jadi orang Islam atau orang Arab, cukup hanya sekadar menjadi manusia.

Saya tidak ragu-ragu untuk mengatakan, sesiapa - termasuk yang berada di negara ini - yang  masih tega untuk tidak berasa apa-apa, menganggap kekejaman Israel terhadap orang Palestin hanya pertelingkahan politik sesama mereka, konflik antara dua bangsa yang bermusuhan dan sangat jauh dan tidak ada kena mengena dengan kita, periksalah semula diri anda, apakah anda manusia dalam erti kata yang sebenarnya?

Apa yang berlaku di Gaza melangkaui batas sempadan kemanusiaan. Penduduk asal sebuah negara yang sudah zaman berzaman, akibat percaturan penjajah yang diharubirukan dengan Deklarasi Balfour pada 2 November 1917, dihalau keluar dari tanah air mereka yang sah, diburu dan dibunuh hingga hari ini tanpa ada kesudahan. Setiap anak yang lahir daripada bangsa Palestin seboleh mungkin cuba dibunuh kerana dibimbangi akan jadi ancaman kepada Yahudi Zionis pada masa hadapan.

Justeru, apa yang berlaku ini bukan peperangan tetapi ethnic cleansing atau pembersihan kaum. Itu yang dunia dipengaruhi Amerika tidak mahu terima. Undang-undang perang sejak zaman berzaman menetapkan bahawa takrif peperangan hanya antara tentera dengan tentera. Tetapi di Gaza, orang awam yang berlindung di dalam rumah sendiri malah di hospital, dibedil dan dibom tanpa berkira. Anak-anak kecil dipijak hingga hilang nyawa!

Inilah pengecut yang sebenarnya. Sedangkan apabila berdepan dengan tentera yang sebenar, mereka menjerit ke seluruh dunia minta bantuan. Mereka menyebar propaganda kononnya Hamas menggunakan kanak-kanak sebagai perisai manusia. Mereka memfitnah konon mereka sendiri yang hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza - rujuk FB Netanyahu - tetapi dihalang oleh Hamas.

Mereka bom, bunuh orang awam kemudian mereka mengaku pula hantar bantuan kepada orang yang mereka bom itu- dakyah yang selayaknya dibalas dengan kahak yang paling pekat!

Ketika inilah muncul abang besar membuka ketiak untuk melindungi adik manjanya dengan bantuan AS$225 juta (RM718 juta), juga dua ribu anggota tentera yang kononnya menjalankan kerja bomba di Gaza. Betapa lelaki kulit hitam yang telah diperbodohkan itu cuba memperdaya seluruh dunia!





No comments:

Post a Comment