Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, June 1, 2014

ganjaran untuk pelanggan astro : astro circle

Assalamu'alaikum w.b.t

Salam kekakak kekabang kekadik.
haish... terliur sangat nak beli skewwrt abunk kawasan yang hot tu.
tapi apakan daya asik tak berdaya je.
time dia bukak sale via whatasapp, tak kena pulak ngan timing kita.
nak gi sopping kat butik dia, 
huh, entah bila la kan.

2 3 hari lepas beliau wat sale, 
murah giles menangis tepi bucu katil iolss (tiru ayat glemer beliau).
RM50 hokkei...
tapi minimum kena beli 3 lai.
tapi kalau dah rege RM 50, berbaloi2 amatlah nak beli 3 lai pun.
halahai... bilalah dapat beli skewwrt abunk kawasan nih. 
huhu... hanya mampu lap air mata ngan bucu tudung bawalku.
oh ashhannas.

habis citer pasal skirt, nak cite pasal astro.
siaran telebisen berbayar yang pamos amos di tanah malaya.

sekarang ni astro dengan baik hati nak bagi reward kat pelanggan dorang.
yelah, bertahun2 kita langgan siaran dorang kan,
bayar bulan2, time hujan tak boleh tengok.
tapi rasanya sekarang ni dah tak terganggu sangat time hujan.
dorang dah tambah baik dari segi tu.

ok, berbalik kepada ganjaran itu.
jika korang perasan, untuk bil bulan lalu,
dorang ada lampirkan sekali yang benda alah macam kat bawah ni. 

lebih kurang gini la benda alah tu.
kalau korang perasaan di bil korang tu ada ruangan rewards summary.
kat sini tercatit dah berapa riban ganjaran astro bagi kat korang
selama korang setia melanggani astro.

dengan mata ganjaran tu, 
korang boleh tebus hadiah2 ohsem dari astro.

untuk paham dengan lebih lanjut,
silalah klik link di bawah ni.

dan aku dengan terujanya nak tebus ganjaran tu walaupun 
mata ganjaran takdelah mewah mana.

belek punya belek kat katalog astro circle tu, 
berkenan lah kat beg ipad yang ohsem ni.
beg ohsem ni bernilai 150 mata ganjaran.

dengan teruja isi form siap masuk alamat untuk pos seme,
last2 keluar warning error.
lebih kurang macam tak dapat ditebus wat masa sekarang.
kuciwa diriku.

dah teruja sangat nak dapat barang free,
pilih benda2 lain yang memang banyak.
tapi yelah, mata ganjaran aku ciput je, 
dapat pun benda yang so so je la.

main klik2, seme tak dapat.
error, pastu takde stok.

tetibe masa aku klik kat tupperware astro tu,
try klik submit,
eh jadi pulak.
aku ingatkan bila klik submit tu, ada lagi butang nak kena klik.
akhirnya, aku tertebus bekas tupperware 4 beradik.
huh, tak cool langsung.

tapi... yelah, redhowww je la.
habis sume mata ganjaran aku.
dah tak dapat try beg ohsem tu.

itu lah gelojoh sangat,
kan bagus kalau simpan dulu sume mata ganjaran tu,
simpan sampai banyak2,
baru best, dapat redeem benda yang lagi ohsem dari tupperware 4 beradik tu.

ape pun,
aku redhowww dengan ketentuan ini.
nangis bucu kerusi batu pun dah tak guna.


tadaa !!!!
inilah tupperware 4 beradik itu. 
fink kaler lagi.





silalah jemput menebus mata ganjaran korang bersama astro.

Tuesday, May 20, 2014

parti hari ke tua bulan mei

Assalamu'alaikum w.b.t

ini cerita seminggu lepas. 
hari selasa minggu lepas yang cuti umum hari wesak. 
mekaseh uteq kerana sudi jemput kami bermain di pasiran pantai
sesama ngan familimu. 
terpaksaku menolak atas tuntutan hal lain. 

dah jadi macam acara wajib dalam kalendar keluarga pulak.
sambutan hari jadi geng2 lahir bulan mei dalam family kami.
kebetulan sebab ramai, so jimat buat sekali harung je.

nak kata ramai taklah ramai sangat,
tapi compare dengan bulan2 lain, bulan mei yang paling ramai.

sambutan takde la hebbak pun.
biase2, makan2 je. janji dapat kumpul ramai2 makan sesama.

tahun lepas order kek dengan cik eiqa manis.
tahun ni shuben kita nak tukar selera.
order secret recipe.
nama macam hebat, tapi tengok kek tu,
huh, sakit pulek hati kita.
buat macam acuh tak acuh je.
senget benget.
tapi rasa memang tiptop.
so sakit hati tu hilang bila rasa sedap.
chocolate chip walnut.




menu tahun ni bertemakan laksa.
laksa penang, laksa dan laksam kuah lemak.
sume hal2 laksa dan laksam dari air tangan tengoh.
aku hanya rebus telur dan celur laksa kering je.
dan umi buat nasik impit dengan kuah kacang.
dan jugak popia sira buatan tengoh.

bukan semua yang di atas adalah kelahiran bulan mei.
budak baju kale pink tu sibuk nak potong kek.
tak sabar2. hari jadi awok lambat lagi ye.





gegor2 pulak gambar. 



sebelum makan baca doa dulu.
baru setan tak amik rezeki kita.

semoga kita semua panjang umur, murah rejeki, sihat walafiat, bertambah iman.

kek yang tak berapa meriah.
rasa macam sodeyyh je tengok kek ni.

sepupu sepipi novya.

nak jugak...

doa dah makan, kek dah potong, 
so moh le kita mamam.
lapar gilos hokkey. 

nampak tudung aku dengan tudung ummi hampir sama ?
time kaseh daun keladi mak uda.
bab2 beli hadioh awak memang terer.

kuah laksa penang tengoh memang tiptop.
shuben kita memang hantu laksa penang.
bermangkuk2 tambah.
siap tapau bawak balik makan dengan mihun pulak.

laksam tengoh memang tak mampu disangkal lagi.
champion.
gebus dan kuah secukup sesedap rasa.
noya yang tak makan banyak boleh abis lebih banyak dari biasa.

so, bila aku nak berguru ngan tengoh?
krik krik, krik krik.

ni jemputan luar dari guest lists ni.
geng bas sekolah mak uda.

dah kenyang makan, jom tido !
makin hari makin montel budak gendut ni.

itu sajo paparan sambutan hari jadi bulan mei untuk tahun ni.
insyaallah rezeki tahun depan kita buat lagi.

kekal muda, kekal vogeh !

Monday, May 19, 2014

18 mei : malang bagi novya


Assalamu'alaikum w.b.t

salam hari senin yang indah berseri diwarnai cahaya pelangi =)
pagi tadi masa on the way nak gi keje,
terserempak ngan cik pelangi.
tetibe pepagi buta takde ujan muncul pelangi.
cantik.

hari bertambah indah bila shuben hantar pergi kerja.
mekaseh ye shuben.
patut dapat MC rehat2 kat rumah je.
tapi dah orang nak hantar,
rejeki yang datang jangan ditolak.

semalam punya citer bersambung hari ni.

untuk ingatan novya bila dewasa nanti ye.
ekoran dari ayah hantar mak pergi kerja,
opkos balik pun ayah jemput.
sesama ngan awak yang memang teruja nak naik lif kat opis mak.

tapi....
jeng... jeng... jeng...
lebih kurang pukul 4 petang lebih sikit,
ayah telepon mak.
suara bunyi semacam je. 
nada slow dan permulaan bicara ada er..er...
"dukacita ni", kata ayah.
dalam pikiran mak dah macam2.
kete eksiden ke, jadi apa2 kat noya ke, kat ayah ke.

"bakpo ?"
"noya jatuh di tanggo takdi, teratuk palo".
gitulah lebih kurang statement dari ayah.
masa tu dalam pikiran mak,
aduuuuhhhh.... sakitnya.
dah terbayang2 dalam kepala mak, 
kepala noya penuh darah, dan menangis abis suara.
adui... sakit amat.

tetibe je dalam kepala masa tu terkeluar lagu latar arjuna beta.
tetibe. hehe...
"ngeri tak terbayang mata, bonda takkan ada sentiasa..."

ayah kata habis muka dan baju awak pakai 
kena darah.
berjejes2 keluar darah.
uih, kalau aku dalam situasi tu opkos lah panic room.
gelabah beb bila tengok banyak darah keluar.

ayah cakap rasa macam nak amik gambar masa kejadian tu,
tapi macam tak rasional pulak anak tengah sakit,
sibuk nak amik2 gambar.
maka takde gambar masa kejadian dan mak perlu 
guna imaginasi kejadian tersebut.

tapi lepas ayah cite, 
rasa lega sikit.
dah bawak gi klinik, doketor cakap luka luar je.
tapi walaupun luka luar, opkos bengang sampai dalam otak masa terhantuk tu.

doketor pesan kalau ada muntah2 atau demam,
terus bawak pergi sepital.

nasib baik tak payah jahit2.
ayah cakap MA sapu gam je.
tu pun meraung2 noya.
"shuh... shuh..shuh", kata awak pada MA tu 
masa MA nak bagi rawatan.
hadoi, tak baik betul awak ni. 
mana boleh cakap macam tu kat orang.
nasib baik MA tu baik dan sabar.

jadi semalam noya datang jemput mak dengan kepala berbalut.

kata ayah sepanjang perjalanan awak diam je.
ayah tanya awak tak jawab.
cuak jugak ayah bila awak senyap je.
sampai kena marah ngan polis traffic, sebab lampu merah,
polis suruh gerak, ayah duk mengelamun tak gerak2.

masa nak sampai kat opis mak baru awak bersuara.

memula tengok muka anak mak, 
alahai... sedihnya rasa.
mata bengkak sebab kuat sangat nangis.
sayu je muka.

umur 4 tahun, kali ni dapat sakit paling sakit.
tak pernah sampai berdarah2 ke klinik bagai. 

paling teruk rasanya masa novya umur bawah setahun,
jatuh katil masa tidur.
selepas kejadian jatuh katil tu,
terus kita tak tido atas katil sayang.
tido ala2 jepun, pakai tilam sajo.

macam biasa, mak kan suka soal noya ala2 wartawan.
satu2 mak tanya, satu jugak novya jawab.
ada respon la jugak.
mak tanya sakit tak.
katanya, "tok sakit doh".
tapi doketor cakap cikit jah ni".
dengan muka confident ala2 tiru gaya doketor.

"masa sakit ingat  mak tak ?".
"ingat", katanya.

kemain MA tu balut keliling kepala. 
dah macam ninja.
gelak2 awak tengok muka awak kat cermin.
sepanjang perjalanan pulang, diam je, pastu terlelap.
penat menangis.

kepala sakit, tapi tangan tak sakit.
haiped kena ada sokmo, jadi ubat.

kepala bergesel2 dengan bantal, sudahnya 
tercabut pulak benda alah yang membalut tu.

habis susu sebotol, habis roti sekeping,
maknanya alhamdulillah keadaan awak stabil.

dah boleh peace yow peace yow tu.
ok le teww... bengkak pun dah surut.
mak tanya rasa sakit tak.
awak kata tak.

yang ni drama air mataku bercucuran bagai hujan dimusim tengkujuh.
ni bukan apa, 
mak nak bukak balutan kat kepala tu nak tengok keadaan luka tu.
bukannya sakit pun.
cuma sakit sebab gam salotep tu melekat kat reroma di dahi.
yang sedih lelebih tu sebab takut, tahap kegerunan awak tinggi sangat.

sekali sekali boleh sakit, 
barulah dapat tahan sakit.
bak kata pepatah melayu,
alah bisa, tegal biasa.

ape pun, muka mesti kekal manis dengan senyuman ikhlas dari hati.

ni gambar pagi tadi. 
semalam sapu ubat luka 
kale kuning yang standard klinik kerajaan selalu bagi.

tadi dah beli gel gamat. 
harap2 takde la tinggal parut sangat.
kalau tak ala2 harry potter la awak ye.

pengajaran untuk kejadian hari ni,
sila berhati2.
malang sememangnya tidak berbau.
dan ketahuilah, dunia ini penuh dengan kesakitan.
kuatkan hati, kentalkan jiwa.

always be strong bebeh !