Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Wednesday, December 13, 2017

Nok abis tahun doh weh !

Assalamualaikum wbt.
Halahai... lamanya tak bagi salam dalam ni.
walaupun tak bersahut, tetap nak bagi salam. 
walaupun aku je yang selalu menyahut salam sendiri. 

boring2 belek blog baca catatan lama, 
rasa rindunya jejaman dedulu. 
dari anak satu (asbab blog ni wujud), 
hingga anak masuk dua. 
eh, tetibe dah nak masuk tiga pulak. 

alhamdulillah.
dah 23 minggu kalau ikutkan perkiraan manusia la.
eh, dah 5 bulan, nak masuk 6 bulan rupanya. 
ohoi, cepatnya. 

mengandung anak ketiga ni rasa macam cepat sangat 
masa bergerak. 
rasa macam eh, tetiba dah 3 bulan. 
lepas tu eh, dah 5 bulan. 
apsal cepat sangat ye ?

pergerakan baby pun cepat sangat dapat rasa. 
masuk 4 bulan dah merasa baby mengeras. 
ini dah 5 bulan lagi la. 
ketung ketung kat dalam ni. 
aktif betul.

dibandingkan dengan anak pertama dan kedua, 
masuk 7 bulan baru terasa. 
itu pun merasa mengeras2. 
yang tendang tendang timbul2 masa 8 bulan. 

maybe kulit perut dah menipis sebab dah 2 kali mengembang kan. 
logik ke ? 

alhamdulillah mengandung kali ni tade alahan sangat. 
loya, tak sedap perut tak sedap mulut, 
tak sedap bau itu ini tu ada la masa awal2. 
pening2 tu takde sangat. 
masuk bulan ke 5 makin ok. 
rasa makin selesa. 

kalau awal2 tu nak tepek apa2 kat muka tak boleh. 
nak tepek lipstik pun rasa rimas. 
bau wap iron baju pun rasa herghh... 
terpaksa iron sambil balut lubang hidung. 
macam ninja  kaklong cakap.

sesuatu yang berbeza mengandung kali ni, 
mood mengemas tersangat pelik.

semangat tu lain macam suami cakap. 
malam buta boleh berlama dalam tandas. 
suami ketuk pintu tanya buat apa. 
duk cuci tandas. 
semangat !
haha ! 

time sihat walafiat tak mengandung takde kuasa 
pulak aku nak menyental tandas malam2 buta. 

aku pun tak faham naluri ni tetibe jadi macam, 
eh tak boleh ni. sepah2 ni kena kemas. 
kotor2 ni kena lap. 
sampah2 ni kena buang. 
benda2 yang sejenis kena duduk sejenis. 

dah beberapa bulan mood ni datang. 
berbanding masa mengandungkan anak kedua, 
ujung2 tanduk masa nak bersalin mood mengemas baru datang. 


lanjer gambar mak 2 keping. 

akhir2 ni baru boleh menswafoto. 
awal2 mengandung ari tu 
kalau terbukak je front camera terus loya. 
tengok muka sendiri pun naik loya. 
kau ghase ?
main kasar baby ni. hihi...

mood bersosial di alam maya pun ke laut. 
berbulan2 tak hupdate tak de mood nak post idea dan pandangan di 
media sosial.
rasa macam menyampah dengan dunia sosial yang penuh penipuan itu. 
hahaha !
dan ada beberapa kawan yang aku terpaksa unfollow
sebab entah kenapa rasa macam loya dan tak seronok melihat 
post2 mereka. 
teruk pulak rasa sampai macam tu perasaan aku dekat orang. 
bukanlah benci, 
tapi tak tau kenapa rasa macam tu. 

ini menu yang terliur sangat musim hujan beberapa minggu lepas.
berangan nak makan ubi rebus dengan kelapa parut. 
tapi sebab takde kelapa parut, 
cicah dengan sambal lado pun dah sedap sangat2. 
ni'mat.

ini keje semalam. 
sebelum ni kalu mengemas takde pulak mood datang nak amik gambar.
semalam tentibe rasa nak amik gambar. 
terasa rindu nak hupdate blog. 
semangat sosialis sudah marriii kot. 

itu almari baju yang penyangkut bajunya dah 6 tahun tercabut dan terabai tak terbaiki. 
almari tu tak dimanfaatkan sebaiknya. 
jadi alhamdulillah allah bagi kudrat untuk hangkut kain baju yang tak terpakai kat bawah tangga tu simpan kat dalam almari ni. 
boleh la jimat sikit ruang kat bawah tangga tu. 
kemas punya kemas rupanya 1/2 barang bawah tangga tu boleh je dibuang. 

kalau yang sebelum lagi semak dari ini. 
ini pun belum sudah lagi ni. 
nanti ada kudrat nak bukak langsir tu, 
tak nak ada langsir kat situ. 
dan rak biru tu aku nak cat kaler putih. 

ini pun belum capai tahap kemahuan aku lagi. 
akan diperkemaskan lagi. 

plastik vacuum ni sangatlah bermanfaat kalau nak buat simpan baju. 
sangat2 menjimatkan ruangan simpanan. 
dari baju yang selonggok boleh jadi sepadat ini. 
rm7.30/2pcs. harga ahli cosway. 
kalau harga tak ahli rm12.
kat lazada pun belambak2 benda alah ni. 
belilah. anda pasti berpuas hati. 

tersusun cantik. 
tapi lepas tengok dalam gambar ni rasa macam ada yang tak kena. 
sepatutnya kotak bunga2 tu disusun berdekatan. 
barulah nampak seragam dan kemas. 
kan ?

baju2 dalam plastik tu saja taknak masuk kotak. 
supaya senang nak lihat isi kat dalam.

akhir2 ni keje kat ofis tak banyak sangat pun. 
hujung2 tahun ni kan. 
mood holiday. 

itu la, kalau cuti boleh menyambung keje mengemas ni. 
duk kat ofis hati kat rumah tak sabar nak balik mengemas.

duk kat ofis pun tak kurang semangat mengemasnya. 
ini pun dah takde benda yang nak dikemas di cubical aku ni. 
kalau tak memang akan aku kemas lagi sampai kemas.

terima kasih baby bagi semangat mengemas ni kat mak. 
mak rasa bermanfaat sangat. 

walau pun time nak tido malam mulalah terasa sakit urat, 
lenguh urat betis, lenguh kaki. 

esoknya semangat mengemas tetap akan kembali. 

hashtag baru,
welcomingapril2018.

hashtag
semogamakistiqomahhupdateblog.

No comments:

Post a Comment