Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Wednesday, January 25, 2017

resepi Basic Butter Cake yang sangat sedap


Assalamualaikum dunia !
bangunlah semua !
marilah bekerja. 

banjir masih lagi melanda bumi kelantan . 
untuk tahun ini, 
kami telah menjadi salah satu mangsa banjir. 
hah, mangsa ke ? 

mangsa la kot. 
sebab terasa kedaruratan semasa banjir tu. 

cerita dalam entry lain aku post. 
kang lari tajuk pulak. 
ini nak tepek resepi kek mentega confirm sedap. 

ari sabetu lepas suami nak makan kek. 
"sila buat kek dengan bahan yang ada. masa di berikan adalah 20 minit. "
masterchef sangat -_-

nak bakar kek saja dah 40 minit.

nak kena check dulu tepung mentega telur semua cukup ke idok. 

maka demi mencapai redha suami, 
membaking lah aku di hari itu. 

check stok tepung cukup, 
telur ngam2 ada 5 bijik, 
marjerin ada, 
butter ada la seketul kecik baki yang entah bila ada dalam peti tu. 
boleh la kan. 
lain2 bahan semua ada, 
kita bakor le. 

aku guna resepi dari kak ita masam manis.

Bahan A


250 gm margerine planta
50 gm butter
150 gm gula halus atau gula kastor (kurangkan ke 100g)
100 gm gula icing
(mohon kurangkan kuaniti gula jika
tak suka kek yang manis letting)



Bahan B


250 gm telur ~ Tanpa kulit (-+ 5 biji telur ayam gred A/B)
1/4 sudu teh esen vanilla



Bahan C


250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

* Satukan bahan ini dan ayak


Cara :

1. Satukan bahan A dalam mangkuk. 


2. Pukul adunan bahan A hingga creamy atau putih pucat.

3. Masukkan telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.
Tambahkan esen vanilla gaul rata.

4. Tuangkan tepung yang sudah di ayak sedikit demi sedikit dan 
kauk balik perlahan-lahan hingga sekata.

5. Bakar dalam loyang (aku guna loyang 10x10 - ini je loyang yang ada :'[)
selama 30 minit. 
lepas tu aku tambah lagi 10 minit sebab nak bagi hangit2. 
huwahahaa !!

pastikan oven telah dipanaskan k.
jangan sesekali lupa ini setiap kali membakor kek/biskut/apa saja. 

kalau korang nak jimat tenaga dan masa, 
boleh bancuh dengan mixer. 
aku ni jenis "rajin", 
goncang dengan tangan aje. 
naik sador la jugak lengan mak ni
nak memutihkan adunan butter ngan gula. 

untuk resepi yang cantik, 
rujuk link di bawah :
http://www.azlitamasammanis.com/2016/09/basic-butter-cake-yang-sangat-sedap.html


belum sempat disejukkan dah terpotong. 

kaklong cakap, 
"tak sedaplah kek ni mak"
 -_-

takpe....
suami mak cakap sedap =p


ini cerita minggu lalu.
memenuhi kemahuan suami yang nak makan kerang. 

bukan setakat kerang. 
bermaciam maciam lagi yang dimahu. 
aku pun dah penin mana satu nak penuhi dulu. 

selamat mencuba dan membakor. 
dan menggimbarakan  menggembirakan insan kesayangan =)

No comments:

Post a Comment