Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Thursday, October 6, 2016

resepi congo bar sukatan cawan yang pasti menjadi sedap dan nak makan sokmo

Assalamualaikum wbt.
hai si manis dan si gagah. 
semoga hari anda baik2 aje.
semoga juga orang2 di sekeliling anda adalah orang yang baik2 juga. 

semua baik2 aje ye.

hari ni aku nak save resepi ni.
supaya kalau aku dah nyanyuk atau kertas resepi tu hilang, 
aku boleh belek kat sini. 
supaya jugak nanti dak iman dan kaklong boleh baca di sini
dan semoga mereka rajinlah nak mencuba masak benda alah ini.

semasa menaip entry ni,
tekak aku dah terasa terliurr nak makan congo bar. 

baik, 
kembali kepada perkara seperti tajuk di atas.
tajuk panjang sedepa. 
saja bagi gempak.

congo bar ni sejenis kek kot, 
tapi rasa dia, subhanallah sedap dari kek. 
buttery, lemak2.
kalau makan yang panas2 suam dari oven, 
sorga. 
puas hati dapat makan yang fresh dari oven. 
kalau beli dapat makan yang sejuk. 
dia ada rasa chewy macam brownies jugak. 

seperti yang dimaklumi, 
aku bukanlah sejenis wanita rajin ke dapur untuk memasak segala mak nika 
resepi yang wujud di muka bumi.
aku adalah wanita yang cuba masak yang aku suka makan. 
dan masak yang suami aku suka makan. 
dan juga pastinya resepi yang mudah takde renyah2 nak buat. 

semalam suami dah bersuara. 
dah lama tak makan laksa penang uci buat, katanya. 
nantilah ye suami. 
isterimu ini pergi pancing ikan segar di laut untuk 
masak kuah laksa penang terbaik dari hatiku untukmu =)

baiklah, 
dah cukup cakap banyak. 
ini resepinya. 

panaskan oven 170 darjah celcius 10 minit. 

A
1 cawan butter - aku suka guna anchor (unsalted)
2 cawan gula perang
- pukul sampai butter kembang semangkuk tingkat.
pukul hingga kembang je. 
aku guna whisk je. 
sebab budak2 anti dengan bunyi mixer.
-pastikan butter dalam suhu bilik.
jangan baru je keluar dari peti sejuk terus nak buat. 
agak2 dia lembut sikit dan masih sejuk, bolehlah mula guna. 

B
3 biji telur gred A/B.
1 st esen vanilla.
masukkan terlur satu persatu, kacau rata.
masukkan esen vanila dan kacau rata. 
jangan masuk sekaligus 3 bijik, lepastu baru nak kacau.
nanti telur tu tak sempat berkembang elok. 
x cukup udara masuk nanti.
kek boleh jadi bantat.
jika anda membuat kek, 
pastikan telur yang digunakan hanyalah gred A/B.
jangan sesekali guna gred C.
nanti kek naik x cantik dan boleh jadi bantat.
sebaik2nya gunakan telur gred A.
kalau terpaksa guna gred C, maka pepandai la korang
melebihkan sukatan telur tu. 
dan pastikan juga telur dalam suhu bilik.

C
2 1/4 cawan tepung gandum
2 1/2 st serbuk penaik 
1/2 st garam
-di ayak 
masukkan sesenduk - kacau.
masukkan sesenduk - kacau.
bagi dia rata elok2.
jangan masukkan semua sekaligus.
nanti adunan susah nak bergaul mesre...
kalau korang guna salted butter, 
maka dah tak payah bubuh garam.

D
2 cawan cip coklat
aku suka guna brand beryl's

E
almond flakes dalam 2 genggam - sangai
1/2 cawan cip coklat.

cara :

1.
buat step bahan A, 
kendian masukkan bahan B - ikut step.
masukkan bahan C - ikut step. 
masukkan bahan D - gaul rata. 

2.
tuang dalam loyang segi empat size 10' x 10'.
yang dah dgris dan dilapik baking paper.
takde baking paper ?
koyak buku sekolah anak atau apa2 kertas yang rasa bersih, 
sapukan dengan butter/majerin. letak dalam dulang.
berrreh. 
wat mudoh2 jah. 
xde loyang size 10'x10' ?
mana2 loyang la. 
tapi kalau loyang tu kecik sikit, kena lebihkan masa membakar la ye.
sebab tebalkan. takut x sempat masak.
pandai2 korang la. 
dah cukup time, test ngan lidi.
kalau xde melekat maka masaklah ia. 
kalau ada meleleh2 lagi maka tak masak lagi. 

3.
ratakan adunan. 
taburkan coklat cip dan badam sesedap hati korang.
sukatan coklat cip dan almonds flakes tu aku agak2 je.
sebab selalunya aku masukkan ikut suka hati aku.

ada sesetengan orang guna almond nibs.
almond yang di cincang kecik tu.
aku tak berapa suka.
aku suka guna almond flakes sebab bila kita gigit 
ada tekstur lembut dan rangup.
kalau guna almond nibs tak sempat nak rasa rangup tu sebab dia kan kecik2 gitu.
buat lekat celah gigi je =p

4.
bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama 30-40 minit.
pastikan masa masukkan adunan tu oven dalam suhu panas. 

bertabah menunggu selama 30 minit untuk ia masak. 
baunya akan menggoda korang untuk tak sabar nak ngap.


ini versi badam melimpah2.
tapi bila nak memotong agak hazab jugak la.
silap cara boleh hancus congo bar tu.
seeloknya tunggu betul2 sejuk baru potong,
baru potongan tu cantik.
tapi sebab kita masak untuk diri kita kan.
tak cantik tape asalkan sedap. 
siapa nak tunggu congo bar yang sejuk kalau boleh nikmatinya panas2, kan?


'
ini untuk cik noya yang tak suka apa jua jenis kekacang.
suram je.
tapi tetap sedap. 
 memetik kata2 cik noya,
"semuuuuaa yang mak masak, semuuaaanya sedap mak".
manisnya kata2 mu wahai anak. 

ini masa hari raya tuari.
bawak ke rumah nekma. 
kaklong sehabis daya tulis cantik2. 
datang budak iman, 
dia tunjuk skill kora kora dia pulak.
bertabahlah kaklong. 

siap satu nota hari ni. 
=)

No comments:

Post a Comment