Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, April 13, 2014

anak september 16 minggu, anak november yang dirindu

Assalamu'alaikum w.b.t cecantik dan kekacak semua. 
hari ni ada baik kah ? 
semoga semuanya baik2 aje. 
sihat walafiat dan urusan kekorang dipermudahkan.

minggu lepas 4 hari aku bercuti dan berselebet  di rumah,termasuk 2 hari 
pada jumaat dan sabetu, kecuali keluar sekejap pada petang sabetu mencari gahar 
untuk novya. 

apakah itu gahar ? rehal.  yang wat letak al-quran tu. dalam kes ini untuk novya letak iqra'.
dalam kes ini mencari yang kale kuning, sebab novya request nak kale kuning. sebab katanya, "adik suko kaye kuning". 

2 hari bercuti pada hari kerja sangatlah heaven. tapi untuk kali ni tak berapa nak heaven sangat. sebab aku amik cuti kerana tak sihat. bukan boleh buat apa2. berselebet je dengan novya kat rumah. 

entah kenapa mengandungkan anak kedua ni, dah 3 kali aku tak sihat. selsema batuk demam kekura. tapi memang tak larat. yang tak menahan time nak bawa kete. jadi eloklah kiranya aku berehat di rumah. dan untuk hari khamis, pergi klinik dan doketor bagi MC. 

MC ni satu hal. kalau ikutkan aku memang malas sangat nak ke klinik. memikirkan untuk menunggu berjam2 di klinik ( dalam kes ni untuk klinik kerajaan). setengah hari dah habis masa tersadai di klinik untuk dapatkan rawatan dan MC, setengah hari je dapat bersadai di rumah dengan selesa.

kalau terdesak sangat, barulah aku pergi klinik. tu pun selepas suami aku mengajak berkali2 dan memikirkan sayang pulak nak habiskan cuti tahunan awal2 tahun ni. tapi kerana kemalasan menunggu lama2 di klinik kerajaan, adalah baiknya ke klinik swasta. walaupun, memang sayang jugak nak habiskan duit. kalau klinik swasta, RM50 memang tak berbaki la. 
mujurlah suami aku boleh claim balik dengan opisnya. 

habis cerita bercuti 4 hari.
sekarang sub cerita pasal anak pulak.

anak september;

minggu lepas 8/4/2014 pergi check up bulanan seperti biasa.
kata misi awak baru masuk 16 minggu ni.
misi jamah2 perut sikit. katanya kecik lagi ni.
Hb bulan lepas 12. bulan ni turun 11. 
halamak, menurun nih. kena berjaga2 lah untuk next TCA. 
kalau boleh untuk kali ni aku nak stiker di buku merah aku warna puteh sampai bersalin.

masa novya dulu, kale hijau. tu pun sebab Hb kurang 9 je. 

tapi kekadang terpiki, elok jugak kalau kale ijau. misi2 dan doketor akan lebih mengutamakan kes kita kalau2 apa2 terjadi. kan ?

sejak 2 minggu lalu aku dah mula rasa perut mengeras.
selalunya masa nak tidur dan awal pagi time bangun tidur.
dan selalunya beliau menonjolkan diri pada sisi sebelah kiri.

kalau nak dibandingkan dengan masa kandungkan novya dulu, 
sangatlah lambat aku nak merasa kewujudan beliau.
masuk 7 bulan baru merasa.
seperti yang pernah aku cakap sebelum ni, mungkin kerana aku masih naif.

hari ni datang keje terjengket2, urat kaki rasa sakit. 
entah kenapa ianya terjadi. kerana terlalu rajin di rumah atau kerana terlalu rakus minum ais. 
nasib baik belah kiri. kalau belah kanan boleh excuse amik cuti pulak. sebab tak boleh drive.
hehhe... halasan sangat ye.
dah buat appoinment ngan opismate nak mintak tolong dia urutkan.
harap2 tahan sikit sakit ni.
kalau tak memang susah nak bergerak. nak2 kalau duduk lama2 pastu nak bangun berdiri.
sakit di sendi lutut. 
dah rasa macam orang tua pulak. 
hadehh...

semoga baby mak sihat walafiat dalam kantungnya. 
membesar dengan sihat dan sempurna sifatnya. 
jumpa awak september nanti sayang.

anak november ;

4 hari berturut2 duk berselebet di rumah bersama novya memang heaven. 
walaupun kadang2 ada jugak jam2 yang tidak heaven. 
biasa la budak2. time ngengada nak itu ini. mak pulak tak berapa sihat.
tapi apa yang boleh disimpulkan, jam2 yang heaven adalah lebih banyak berbanding jam2 yang tak heaven.

sudahnya, hari ni rasa rindu lebih pada budak noya tu.

bermula 4 hari lalu, amatlah beliau rajin tolong mak kat dapur. 
kerja paling disukai adalah cuci pinggan.
mak sabunkan dan novya bilaskan.

bunyi seperti meringankan kerja mak, sebab 2 tugas mak, menyabun dan membilas dibahagi kepada dua orang.
tapi kadang2 memberatkan jugak. sebab novya sangatlah slow membilas pinggan itu.
tapi takpela, at least beliau nak tolong. 
dan mak bagi basuh pinggan mangkuk sesudu yang ringan2 je.
sekarang ni memang sinki sentiasa clear.
tengok ada pinggan mangkuk dalam sinki terus ajak basuh.

tolong mak kupas bawang. 
tapi, lebih kurang 5 minit di dapur, dah give up.
bukan sebab tak dapat kupas bawang, tapi sebab panas duk kat dapur.
"mak wat ya(la). adik nok tubik. panah". 
pulok. 

novya jugak seorang hantu donat.
bila tetibe datang selera nak makan donat,
maka donatlah yang dia nak.
nasib baik rajin tolong mak menguli donat. 
tapi aku bagi cenonet je untuk novya uli je. 
dengan bangga gitau ayah, "ayah, adik wat donat !".
bila makan memang beriya. sangatlah hantu donat.

semalam duk main2 dengan novya, 
tiba2 novya berkata, " yucu (lucu) ya(la) mak ni". 
tiba2 aku terkesima dan tergelak2 hingga mengalirkan air mata dan rasa nak selok.
sebab aku pulak yang rasa novya tu lucu dengan statement macam tu. 


wajah hantu donat baru bangun tido.

No comments:

Post a Comment