Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Thursday, December 5, 2013

novya, kucing dan kucing ekor ketot.

Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ni hujan yang hari2 sebelum ni
turun dengan lebat tanpa ingin berhenti,
telah reda.
cuaca di kota bharu hari ni ceroh jilloh.
mentari dengan mesra memancarkan sinar cahayanya.


sensaje nak tayang muka budak sangat minat dengan kucing.
suka sangat kucing, ditengok2, digosok2, disyium2.

ikut perangai mak memang suka kucing.
kalau ikut perangai ayah, tak berapa gemar ngan kucing.

sebenarnya seronak main dengan kucing ni.
kita boleh belai dia, manjakan dia.
cakap atau berbual2 dengan dia.

mak aku siap membebel2 lagi kat kucing.
kadang2 paham jugak kucing tu apa yang mak aku cakap.

dulu masa aku kecik2, aku ada pelihara kucing.
ada sekor ni, nama dia kelabu.
sebab bulu dia kelabu, lebat.

pada satu hari, kete ayah aku rosak.
dalam 2 3 orang kawan ayah aku tolong tolak kete tu nak bagi idup.
kan biasa kalau kete tak idup, kita tolak dulu.
pastu insyaallah idup la kete tu.
kebetulan masa dorang sedang menolak kete tu,
 si kelabu ni duk bawah kete.
tengok2 dia dah terpenyet, terpijak dek tayar kete ayah aku.
rupanya dia duduk betul2 dengan kedudukan tayar kete tu.

terkesima aku melihat beliau masa tu.
tak terkata apa2. 
aku hanya mampu panggil ummi aku dengan sore nak keluar tanak keluar je.

sedih beb, hewan peliharaan kita mati depan mata kita.
walaupun hanya sebagai hewan peliharaan, 
tapi kita rasa dia macam kawan kita.

sejak 2 minggu lalu,
ada sekor kucin ni duk main depan umah aku.
comel je, ekor ketot, bulu gebus2.

tak tau kucing sape. 
aku syak mesti kucing orang pelihara, sebab tengok pada 
kecantikan bulu dia tu.
kot2 tuan dia dah buang dia. kesian...

berkenan nak jaga, tapi suami aku memang takleh masyuk sangat 
ngan hewan2 berbulu ni, terutama kucing.
kang dia berak, kencing merata2 dalam rumah. 
susah jugak.

dalam ketidaksukaan beliau tu,
ada jugak belas kasihnya.
suami aku suruh aku letak kotak kat luar, 
letak kain bagi dia tido dalam tu.

hari pertama aku tengok tak terusik pun kotak tu.
mungkin kucing tu dah ada port tido kat tempat lain.
23 hari selepas itu, aku tengok kain yang aku alaskan dalam kotak tu
dah lunyai. 
bermaksud dia dah tido dalam tu la kot.

oh ye,
ada satu hari tu,
rupanya kucin tu dah berjaya masuk umah kitorang masa 
suami aku sedang tutup pintu umah.
entah waktu bila dia menyelinap masuk kitorang tak perasan.
waktu pagi buta yang tak berapa buta masa kitorang nak gi keje.

belah petang, 
sampai umah tengok2 ada sekor makhluk berbulu yang shomel
duk mengintai dibalik langsir pintu sliding umah kitorang.
alolo... kesiannya. 
8 jam terperangkap dalam umah tak dapat keluar.

dan yang pasti dalam tempoh 8 jam tu,
sempatlah dia melabur dalam umah tu.
haishh... suweii betol.
nasib baik kucin ni pandai cari port.
elok je melabur kat tepi sinki.

dan sape lagi yang sanggup mencuci pelaburan itu
selain dari aku.

semalam pun kucing tu ada lagi depan rumah.
kesian pulak aku tengok. 
rasa macam nak jemput dia tido dalam rumah,
tapi suami aku tak kasi.
tapi,
kalau ada sangkar ok kot.
kurung dia dalam sangkar, 
nanti tade la dia gi melabur merata2 dalam rumah.
kan ?
boleh dipertimbangkan kot cadangan tu.


4 beradik sedang tidur lena dalam dakapan masing2.
yang baju kuning tu bukanlah mak kucing.

apsal mata awak gitu novya ?
macam entiti je. huuu...
rambut pulak ala2 kak limah.

jari jemari tu memang tak reti duk saja2. 
kejap 2, kejap 4, kejap 0.

hujan2 ni suhu sejuk.
stokin awak tak bawak, 
sauk sarung kaki mak. pon boleh.
sharing is caring.

masih budak yang sama dengan kucing2 yang sama.

anak2 piko yang dah besar2. 
kejap je dorang besar.
dan yang best,
dorang dapat adik2 baru.
4 ekor jugak.
tecik2 lagi.
masik dikuarantinkan.
mak aku cakap anak2 kucing baru lahir taleh wat main terus.
nanti mata dorang tak terbukak,
pastu bulu mudah luruh.

murah rejeki ko piko. 
diam2 mengandung.
aku ni belum ada rejeki lagi nak tambah anak.
huhu...

eh, tiba2.
piko join sekaki tido ngan anak2 dia. 
dah sama besar anak2 piko dengan piko.

bukan 6 ye, 5 je.

hujan2 ni memang best sangat dapat peluk makhluk berbulu ni. 
pemanas semulajadi.

sweet...
suka main sama2, tido peluk2.
bak kata pepatah melayu,
air dicincang tak akan putus.

aku jumpa satu (lebih) fakta menarik tentang kucing.
yang akan membuatkan pencinta kucing makin cinta pada kucing.

"Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka. Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya."





2 comments:

  1. Oloh, lucu pulok nengok novya pakai sarung kaki tu :))

    Molek la bela kucim... jadi 15tahun umurnya compare stray cat hanya buleh idup 8-9tahun jah (silap haribulan buleh idup 9menit jah huhuhu).

    Ado sekor stray cat kaler kelabu mari umoh kak... kecik lg.. tp termenandung le pulok... doh la jahat, kito wi make.. nyo kekoh kaki / tange kito.. sero nok gi tohok jah tp culas tuannya.. nok ngengkos ore sokmo. Anok2 nyo 5hekor.. cumel gilos, tp sayang nyo idup atas bumbung.. ado ruput bekalih atas bumbung tu hu hu hu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. survival nyo dio duk atas bumbung. entah2 siap ada penthouse atas tu. ahaahaa !

      Delete