Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, October 28, 2013

aidiladha 1434h

Assalamu'alaikum w.b.t
apa khabar mu di sana ?
lama sudah tak berjumpa.

hai,
lama tak jumpa.
rindu sangat nak mengomel kat sini.

minggu lepas asik keje luar opis je.
tak sempat nak hadap PC.

minggu ni alhamdulillah dapat hadap PC.
tapi internet pulok buat hal.

dah la seminggu tak berapa lekat kat opis,
masuk2, internet pulok selok.
haisshhh....
mengganggu emosi dan mutu kerja betul.
prestasi tahunan belum isi lagi.
ni la masalahnya bila sume benda nak buat online.
kena submit sebelum 31oktober, konon untuk penuhi KPI pengarah.

agak2 kalau aku sorang je yang tak submit sebelum tarikh tu,
terjejas tak KPI pengarah ?

hrmis tak boleh bukak,
tapi blogger boleh bukak.
makanya, marilah kita manfaatkan peluang yang hado ni untuk hupdate 
apa yang perlu.

untuk kali ini aku nak hupdate pasal raya aji baru2 ni.
kebetulan ada beberapa helai gambar yang sempat di snap.
so, itu amat membantu memudahkan aku
untuk mengulas.
* tips hupdate : masukkan gambar2 yang nak dikongsi, 
dan tambahkan caption berdasarkan gambar.
tak perlu nak kerah minda muda memikir banyak sangat.

tips sangat !

seperti biasa,
lets pictures do the talk !

tak seiring dan tak sejalan.
marilah menunaikan solat, marilah menuju kejayaan. 

kesayanganku : ciksu dan ummi.

pulang, marilah pulang, marilah pulang bersama2.
berkurung merah dan berbaju melayu biru : sepupu aku.
berjubah putih : adik aku.
berbaju biru dengan tudung pepel : ummi ku.
berbaju pepel dengan tudung fink : cik su ku.
berbaju pepel berkopiah puteh : jiran aku.

2 orang budak yang sedang meningkatkan kadar kebulatan wajah masing2,
dan mungkin juga kadar berat badan.
stress study kot.
bila stress makan pon tak hingat donia.
akhirnya inilah jadinya.

ini adik bongsu daun keladi aku.
bersama salah seekor kucin beliau - hitam. 
eh, ye ke hitam. bukan bulat ke.
entah. aku pon kompius.
nampak lebih kurang je anak2 kucin beliau.

anak bongsu daun keladi, lagi.

gambar keluarga yang tak berapa nak jadi gambar keluarga.
tahap kesempurnaan untuk melengkapkan bilangan ahli keluarga
untuk bergambar ramai2 di pagi raya makin menurun bila masing2 
dah ada rumah kedua - mertua.
ini hanyalah seciput dari bilangan keseluruhannya.
oklah dari takdo.

gambar keluarga kecik aku pon takde.
ayah novya memang kureng bab2 bergambar ni.
aku pun sebenarnya lupa nak amik gambar kami bertiga. 
hehe...

-ye, aku dah makin membulat.
mungkin kerana faktor senyuman aku atau mungkin jua 
kerana faktor tudung awning yang aku sauk 
selepas memikirkan "malasnya nak iron tudung bawal...".
atau juga memang ye, aku dah gemuks !

sebelum berangkat ke tempat penyembelihan haiwan qorban,
kami isi perut dulu dengan kek harijadi sepupu aku.
yang sebenarnya hari jadinya pada 7 Sept lalu.
konon ibu beliau iaitu ciksu nak seperais2 la. 
dan seperaisnya memang menjadi.
siap nangis2 lagi sepupu aku tu.

makan kek dan mehhun je la kami pagi raya tu.
mujurlah ada jugak ketupat, sebagai tanda pagi raya.

berbaju biru tu sepupu aku. sebaya dengan adik bongsu daun keladiku.
beliau anak tunggal tade adik beradik. 
so berkawan dengan adik2 aku la. 
asik duk umah ummi je.
kalau hari cuti, pagi sampai malam duk lepak umah ummi.
kadang2 tido pon umah ummi.
kesian pulok ibunya.
anak sorang tu je, tak lekat kat rumah pulak tu.
nasib baik umah ngadap depan je.
apa2 hal boleh laung2 je.

mokteh ommei2 melayan novya main playdoh anak tuan lembu.
aku dah rasuah RM10 kepada mokteh untuk temankan aku gi tempah penyembelihan. 
muwahahaa !!!
sebab aku tade geng.
mereka yang lain2 ke rumah tengoh kerana ummi amik
lembu qorban dengan mertua tengoh.

setelah habis gaya dan masa menanti dengan gundah gelisah, sedari pukul 9.30 pagi,
pukul 12 tengahari barulah tiba tukang sembelih.
kerana beliau terpaksa memenuhi 4 permintaan penyembelihan pada hari tersebut,
di lokasi yang berbeza2.
sabor je lah...

yang berbaju kelabu berkopiah putih tu,
tu tukang sembelih.
cikgu ajar aku mengaji masa kecik dulu, juga saksi masa aku kawin dulu,
pok su loh nama beliau.

novya menyaksikan proses penyembelihan dan yang pasti beliau 
balik bercerita pulak kepada nekma dan tok abah.
siap dengan gaya meniru cara pok su loh sembelih lembu tersebut.

seekor lagi yang telah berjaya dikorbankan.

ini suasana di tempat penyembelihan umah mertua tengoh.
ini adalah wajah ibu dan anak yang sedang selfie sambil tunggu lembu dikorbankan.

selfie lagi, tengoh bersama mak uda.

rahmatul rifhan, si bongsu daun keladi tengoh.

si bongsu daun keladi ummi ku, lagi.

mak uda, kamu memang semakin membulat sekarang.
kunasihatkan dirimu agar menukar falsalafah stress mu,
"bila stress akan makan banyak" kepada 
bila stress bagi orang lain makan.

mak uda dan syuhada, anak tengoh.
budak rajin dan ringan tulang tolong orang.

belah petang raya kedua,
kami pergi serbu umah tengoh untuk makan sate.
apakan daya, lambat sangat sampai,
sate tade, yang ada hanya nasik impit dan kuah kacang.

sambil itu,
kami feeling sore sedap dengan layan karokss.
sekodar suka2 dengan family.

usai hupdate entry ni,
perut aku terasa lapar.
sedangkan pukul 8.30 tadi aku dah menjamah 
sepinggan nasi dengan ikan bakar.

akhir2 ni aku memang mudah rasa lapar.
cepat rasa lapar dan mulut asik nak mengunyah je.

jom cari makan !

2 comments: