Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Tuesday, September 24, 2013

kejutan hadiah hari jadi

Assalamu'alaikum w.b.t

6 September 2013 adalah hari penting suami aku.
selamat ulang tahun kelahiran untuk suami aku, yang aku sayang.
sayang hokkeii... rugilah kalau tak sayang suami.

tahun lalu, 
bagi hadiah special sikit sebab aku memang tak pernah bagi
hadiah hari jadi untuk suami. 
kedekutkah aku ?


boleh request untuk buat engraving untuk barangan apple, 
yang dibeli online dari web apple.
cuma, barang lambatlah sikit kalau beli online ni.
aku menanti lebih kurang 2 minggu untuk terima barang.
al maklumlah, barang dari kilang di obersi.


boleh jugak request untuk giftpackage,
tapi kena tambah RM 19.00.
siap ada kad. 
di kad tu aku tulis (bukan aku tulis, dorang cetak mengikut apa yang kita nak),
"Happy BirthdayS sayang"
happy birthdayS sebab combine semua birthday sebelum2 ni.
boleh kan ?
gambar kad tade sebab kotaknya dah tersimpan kedap malas nak cari. 
heee...

tahun ni tade celebration.
save budget sebab terganggu dengan kenaikan harga petrol.
- alasan semata2.

aku tade plan nak buat apa2 persediaan untuk menyambut hari jadi suami bagi tahun ni.
kerana biasanya orang tua2 ni dah tak celebrate hari jadi.
duk diam2 je la. muhasabahkan diri yang dah semakin kertu.
heheh...

aku bukanlah tergolong dalam insan yang pandai merangka sesuatu acara.
so kalau macam nak buat party ke, sambutan apa2 ke memang tak reti.
biasanya memerlukan bantuan sokongan dari orang tua.
samada ibu bapa atau ibubapa mertua.

3 hari sebelum hari jadi suami, 
aku baru terfikir,
apa kata kalau buat sesuatu yang berbeza tahun ni.
macam kejutan ke, bagi rasa lain sikit.
kot2 nanti boleh jerit, suprise !!! macam eric leong.
tapi yang pasti bukan party hari jadi.

aku terfikir nak bagi hadiah,
dengan cara yang suprise !!!

so, 
langkah pertama,
mencongak2 apakah hadiah yang ingin diberikan.

langkah kedua,
mencongak cara2 untuk menyeperaiskan (perosak bahasa)
suami.

langkah ketiga,
laksanakan dengan penuh kerahsiaan, 
agar tidak terkantoi dengan suami.

untuk suami, 
kesahnya macam ni.
isterimu ini membuat keputusan minit2 terakhir untuk membuat kejutan
ini kepadamu.

hari rabu, 4 sept 2013 - 2 hari sebelum hari jadi mu.
mencuri masa ke kb mall untuk membeli hadiah. 
keputusan untuk membelikan hadiah ni pon dibuat dalam tempoh yang singkat.
dalam kesuntukan masa yang ada,
isterimu ini terkeliru untuk membelikan hadiah apa padamu.
sebelum ke kb mall, sempat jugak berpusing2 ke parkson untuk mencari2 hadiah yang 
kena dengan impianmu.
setelah hadiah selesai dibeli,
merencana pula bagaimana untuk memastikan hadiah itu tidak dikelihatan oleh mu.
mujurlah, tak kantoi awal.

hari khamis, 5 sept 2013 - sehari sebelum hari jadi mu.
habis waktu kerja, tergesa2 dari kota bharu ke pasir tumboh 
untuk menjemput kek yang dah ditempah lebih kurang sebulan lalu.

usai menjemput kek,
terus menuju ke rumah untuk menyimpan kek dalam peti sejuk.
takpe kot jika terkantoi nampak kek dalam peti sejuk,
sebab dah terbagitau awal nak belikan kek hari jadi sebelum ini.

dalam keadaan tergesa2 sambil berlari2 orang dewasa di dalam rumah, 
melaksanakan misi kejutan untukmu.

naik turun tangga menyusun klu petunjuk untukmu.
mengah la jugak. 

sebab tanak terkantoi kenapa lewat sampai umah nekma untuk jemput novya,
dan ketemu kamu di sana. 
(sebab dari ofis kami akan sama2 menuju ke rumah nekma, 
supaya kami boleh balik sama2 ke rumah).

klu2 tu pulak kena pastikan tidak mudah kelihatan oleh kamu,
juga oleh novya. 
kalau tak nanti kantoi la.
hancus plan mak.

maaf kerana isterimu ini mengejutkanmu 
awal pagi sebelum subuh di hari cuti.

tapi nampak muka memang teruja sangat bilamana
menerima nota pertama.
terkejut kan ?
tiba2 isterimu menyelit nota kecil di celah jari
pagi2 buta.

harap2 dirimu suka dengan kejutan dan hadiah ini.
terima kasih sayang.


cadangnya bilangan nota tu nak dibuat mengikut bilangan umurmu.
tapi, macam banyak la pulak kena cari tempat untuk menyelit nota2 kecil ni.
dengan masa lebih kurang 15 minit untuk menyelit semua tu, rasanya tak sempat.
maklumlah, umur dah banyak, maka banyaklah notanya.
heehoo....


klu dah berjaya ditemui.
salah satunya adalah kotak berbungkus cantik.
terima kasih kepada rakan sepejabat yang bagi guna pembalut hadiah dia.
mak dah nyanyuk, gi kedai beli hadiah tapi lupa nak beli pembalut hadiah.


ini pun salah satu klu. 

keterujaan semakin terserlah diwajahmu bila jumpa kotak cantik ni.
ha, kesian kan ?
ingatkan hadiah ada dalam ni tapi tade pon. 
hehehe...

taddaaa !!!


 
terima kasih sebab suka hadiah ni.
walaupun, rupa2nya yang satu lagi menjadi pujaan hatimu. 
*kalau tak suka, boleh bagi isterimu. (eh, nanti buruk siku).


kek red velvet air tangan cik eka. 
sama untuk kek hari jadi mei.
terima kasih cik eka manis

hai,
inilah beliau, en. hisham saya.
7 years ago.

i miss you dear. 



update 2 okt 2013 : rasa terugi pulak terbeli note 2
bilamana wujudnya note 3.
itu la, gelojoh sangat.






2 comments:

  1. Yak romantika nyo sumbim...tak sengke...nk la adioh ratek..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. saya pon tak sengke. tiba2 jadi romantika. awk nok sy wat seperais jugok ko ?

      Delete