Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, April 21, 2013

novya request kasut tumit tinggi ?

Assalamu'alaikum w.b.t
salam kasih dan sayang.

macamana hari2 korang ?
harap2 semuanya baik2 aje. 

hari ni rasa rindu kat anak. 
hari2 sebelum ni pun rindu jugak. 
hari ni rindu lebih sikit.
biasa la 2 hari cuti, masa dihabiskan bersama.
banyak kerenah dan celoteh yang buat mak rindu dendam bila tak de depan mata.

perkembangan terbaru novya untuk minggu ke 4, april 2013,
banyak sangat. 
sebab dah lama tak hupdate bercerita pasal awak.
(sekarang mak akan guna ganti diri novya sebagai awak. 
sebab ada ibu berpesan pada mak, jangan bercakap kamu aku dengan anak2).

terbaru, 
novya mintak kasut dengan mak.

"adik nok kacut" 
mak tanya, "nak warna ape ?".
novya cakap " nak warna pingkeh (pink)".
"adik suka warna apa ?", mak tanya.
"adik suko wane pingkeh (pink)". katanya....

mak tanya lagi, "adik nak kasut macamane?".
"nak kacut tumik tingi (tinggi)", katanya lagi...

hamboi2, kasut tumit tinggi la pulok.
mana la pulak kenal kasut tumit tinggi nih.
hatttooii...
stylista sangat novya.




perkembangan yang bagus sebenarnya.
sebab novya tahu untuk buat keputusan sendiri.
tahu apa yang dia nak.
tapi perlu di bawah tapisan dan pemantauan mak ayah. 

sekali sekala ibu bapa perlu bagi peluang kepada anak2 untuk 
membuat keputusan sendiri bagi membentuk
keyakinan diri dalam diri anak2.


cakap tak payah cakap lah.
cakap memang banyak cakap.

yang best, sekang ni dah pandai karox.
artis kegemaran, maher zain.
track 1 - 4 dah boleh sing along, together ngan maher zain.

boleh dikatakan, ke mana saja pergi, dekat ke jauh ke,
cd maher zain memang kena pasang.
baru je naik kete, belum apa2 lagi,
"nok pase mahher jeng".

for your info ye novya,
awak takut pada :

1. blender 
2. mixer
3. mesin kelapa rumah mama, yang kat rumah nekma takpe.
4. toto/comfoter
5. tag jenama di kolar baju, seluar, tuala, alas kaki atau dimana2 saja.
6. televisen yang tiba2 mati. contoh macam kalau astro ken, time ujan lebat biasanya
siaran tade, jadi tv tiba2 jadi gelap/no signal.
yang time tu la novya akan nangis atau melarikan diri ketakutan.

bunyi macam pelik, tapi itulah novya.
catatan ni untuk ingatan novya bila dewasa.
kot2 mak dah tua, 
terlupa apa yang indah2 di masa kecil awak.
so mak catat kat sini ye.

setakat ini saja lah untuk kali ni.
bila ingat nanti mak hupdate lagi ye. 














2 comments:

  1. no. 5 tu peting.bkpo dio tkt.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa. tahu la mak uteq. mok pon tok pehe bakpo.
      harap2 tidok pelik sapa besar la.

      Delete