Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, December 9, 2012

kb burger bakar - kota bharu

assalamualaikum w.b.t

hai sayang2 kuh.
sihat kah korang semua ?
semoga kita sentiasa beroleh rahmat dariNya.

malam jumaat yang lalu,
kami 3 beranak keluar berdating. 

1 jak 2 3 menjak ni.
tiap2 malam jumaat berdating.
=)

alhamdulillah...

kali ni suamiku sayang nak 
acu cuba try test
burger bakar. 
yang dah lama glemer, dari kl, ke kb.
sume dah try dah.
kami je yang slow sikit.
naik ketapi wap. 
nak wat cano...


baiklah, 
maka berangkatlah kami menuju ke 
foodcourt nasik air hidang poksen 24 jam. 
terletak mengadap guardian, pizza hut dan sebelah bangunan kwsp, kota bharu.
kalau tak jumpa jugak, 
cari hotel sabrina court, atau klinik balkhis yang glemer satu kelate tu.



masa kami sampai tu orang tak berapa ramai lagi.
dalam pukul 8.15 mlm.
maybe dorang tunggu solat isya' dulu kot.

so, kami pon 
mencuit waiter untuk memesan makanan.

bagi mengelakkan ananda
mengganggu ibubapanya nak menikmati burger bakar nanti,
makanya, 
mak order la nasik goreng cina untuk ananda.

dan, 
untuk memesan burger bakar,
perlulah kita pergi order sendiri.

sistem kat sini macam food court la.
ada banyak pilihan makanan.

tapi yang len2 boleh order kat waiter,
burger bakar je kena korang gi order sendiri kat gerai dia.

dengan rasa ingin berbakti kepada suami,
aku pergi order burger bakar.
sangatlah berasap2 di situ.

pakcik yang amik order tu tanya, 
kena tunggu setengah jam ni, boleh ke ?

oleh kerana suamiku sayang dah lama berimpian nak makan burger bakar, 
so aku cakap ok lah. 

amik nombor dulu.

tapi aku order hanya untuk beliau sahaja.
tak sanggup den nak nunggu setongah jam dengan perut kosong nih.
lagipun aku tengok burger agak besar dan cam tak best je.
heeee...
sos meleleh2.
aku tak gomar burger pesen gitu.

orang nampak macam tak ramai,
tapi rupanya dah beratur panjang order burger bakar.
order via mobile kot...

kerana tak jadi makan burger bakar, 
aku order nasi air pokseng.
dan sila ambil maklum, 
nasi air itu sangat sedap.
recommended.

nasik goreng untuk novya dah sampai,
bagi mengelak beliau bosan, 
mak bagi can novya makan dulu.


sedap jugak nasik goreng ni.

nasik goreng memang pebret novya.

sementara tu, 
nasik air aku pulak sampai, 
so apa lagi.
makan dulu...



burger bakar masih tak siap2 lagi.

novya dah mula kenyang dan tanak abiskan nasik goreng.
dan sudah mula menunjukkan tahap kebosanan beliau.

ayah terpaksa bawak novya amik dan keluarkan angin 
sementara mak habiskan nasik air yang sedap tu.

nasi air aku dan abis,
novya dan pon abis amik dan keluarkan angin,
burger bakar masih belum siap jugak.

bergilir pulak mak melayan novya.
bawak novya 
cuci mata dalam guardian.

dan, habis cuci mata kat guardian, 
burger bakar masih belum siap.

baiklah, 
aku pergi tanya dan katanya sedang membakar.
"bungkus deh. tok jadi make sini".

dan, 
lebih kurang selama 45 minit menanti, 
akhirnya burger bakar pon siap.

ini yang size biasa2 saje. 
7.70 + cheese.


bertahan menahan perut yang lapar, 
sampai rumah terus suamiku sayang ngap.
dan komen beliau, 
" biaso jah, mace beger mc d. 
doh la sos meleleh2. payoh nok make.
kesimpulannya, beger bakar biasa sahaja."
sedap burger pasar malam lagi.

aku pon merasakan hal yang sama.
tiada yang special.
ku sangkakan dagingnya yang special dan lembut, 
atau rasa superb yang tiada dalam burger lain,
tapi lebih kurang macam burger mc d dan dagingnya agak berurat.

so, 
apa sebenarnya yang orang kata best tu ?

3 comments:

  1. tgk pun muok doh, penuh dgn sossss. habih ni dae kenye 3hari.kihkih

    ReplyDelete
  2. lebik baik make hok ni la pade mcd.kito ke sek boikot israel kam?keno posola mcd.ko guaner?hehe

    ReplyDelete
  3. lamo doh x make mc d. boikot jange x boikot.
    lain kali kena pastikan ramly, baru beli.

    ReplyDelete