Assalamualaikum w.b.t
apa akan jadi bila anak banyak bercakap ?
bagus la kan ?
banyak perkara boleh dikongsi bersama.
jika anak seorang yang pendiam,
pasti susah nak korek rahsia hati si anak.
jika anak remaja,
pastinya dapat merapatkan lagi hubungan antara anak dan mak ayahnya.
jika anak kecil yang banyak bercakap,
pasti banyak persoalan yang diajukan.
dan mak atau ayah akan penat untuk menjawab.
(penat tapi bahagia).
setiap 1 - 2 minit akan ada soalan yang ditanya.
kadang2 soalan yang sama.
dan sebagai seorang mak atau ayah yang baik,
harus memberi respon kepada pertanyaan anak.
(=^-^=)
seharusnya,
mak atau ayah perlu utamakan pertanyaan atau panggilan dari anak.
biasanya yang aku selalu tengok,
bila mak2 atau ayah2 duk sibuk berbual ngan member,
pastu si anak ni pulak sibuk nak itu ini dari mak ayah,
so mak ayah dorang biasanya akan marah anak tu.
"heehhh... budok ni, ore sibuk nok kecek, dio pon nok gotu goni.
gi main jauh nuh. ngaca ore tuo kecek".
ada jugak style buat cara halus.
dicubit sedikit perut atau di mana bahagian tubuh anak.
sebagai tanda amaran - JANGAN GANGGU.
mesti anak2 ni rasa kecik ati kan?
pernah korang melihat situasi ini?
kesian si anak.
silalah beri respon terbaik kepada anak bila anak perlukan kita.
kerana bila anak2 dewasa,
belum tentu lagi kita akan sentiasa dapat dengar suara mereka
memanggil2 kita.
kot ye pon tanak anak ganggu masa kita becakap,
bagitau la elok2.
insyaallah anak akan faham.
contohnya :
"mak ada bendo nok kecek nga ayoh ni.
meta deh... adik gi main dulu deh"
tone suara harus lembut dan berhemah.
sentiasa bagitau anak2
supaya tak mengganggu mak ayah
bila mak ayah bercakap dengan kawan atau sedara mara
atau perbualan yang serius.
mesti anak kita faham dan tak berkecil hati.
mak harap novya boleh jadi anak yang bertoleransi ye.
+- 7 bulan dewasa.
gambar jaman mude...
sape ni ?
budak ni sangat banyak bertanya dan bercakap.
suka copy paste cakap orang lain.
bila naik kereta,
sepanjang jalan akan bertanya dan bercakap.
jumpa lampu, lori, traffic light,
pokok, jejantas,
kereta, bas,
bla...bla... bla...
mesti akan tanya mak.
"nih ?"
mak kena jawab la.
selagi mak tak jawab selagi itu akan ditanya
"nih ?"
mak tak jawab jugak,
mesti nanti dia akan cakap macam ni,
" mak... nih ?"
sambil cuit2 mak.
walaupun dia sebenarnya dah tahu apa benda yang dia nak tanya tu.
begitulah novya
sepanjang perjalanan
from putrajaya to kelantan
with lots of words.
suka hati tok abah dengar novya bercakap tak henti,
berhenti sekejap bila isap susu dan tidur.
sabar la ye ayah.
sebab time ayah nak bercerita ngan mak,
novya pon sibuk nak bertanya dan memanggil2 mak.
nak wat cane,
sel2 otak tengah berhubung la kata kan...
No comments:
Post a Comment