Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Thursday, October 4, 2012

resepi puding jantung (?)


hari ni aku nak kongsi resepi puding jantung. 
jantung ? 
makan jantung ?
jantung dibuat puding ?
yang aku tau jantung pisang, 
orang buat kerabu.
tade pulak orang buat puding.

resepi baru nih.

gambar di bawah adalah berkaitan.



search keywords : resepi puding jantung.
rasa2nya kalau google pon memang tade resepi ni.

aku nak merekacipta resepi ni pon,
rasanya tak mampu kot...

jantung pisang dibuat puding?
tak dapat nak bayang rasanya.
sedap ke ?

takkan jantung manusia kot, dibuat puding.
ishkk..ishkk...

eh, 
korang sanggup tak nak dermakan jantung korang ?
tiba2 pulak...
tukar topik.

meh kita amik tau sikit pasal pendermaan organ.
kebetulan pulak minggu depan ada sambutan
kempen derma organ peringkat jabatan kesihatan negeri kelantan.




tahukan korang, 
jantung adalah salah satu organ yang boleh kita dermakan.
tapi derma selepas kita meninggal la.
kalau derma semasa hidup, kita akan meninggal kemudiannya.

selain dari jantung, organ2 lain yang kita boleh dermakan di Malaysia adalah :

buah pinggang, hati, paru2.

tisu pon kita boleh derma jugak rupanya.
bukan tisu lap muka tu, 
tisu2 di badan kita. 
injap jantung, mata (kornea), tulang, kulit.

untuk lebih memahamani pasal pendermaan organ,
kot2 korang berminat nak derma organ.
kalau betol korang nak derma organ,
pastikan korang betul2 faham prosedur dan 
maklumkan pada ahli keluarga supaya dorang pon faham.
sebab tak semua orang boleh terima 
niat murni ni.

aku...
derma darah ok je.
buat masa ni rasanya tak la kot.
belum sampai ke tahap ketulusan hati yang betul2 ikhlas untuk derma organ.

nak tunjuk pasal search keywords, resepi puding jantung je sebenarnya.
melalut pulak sampai ke cite derma organ...














No comments:

Post a Comment