Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Thursday, May 15, 2014

from penang to kelantam with love

 Assalamu'alaikum w.b.t.

2 3 hari berehat hupdate blog, 
bila nak start balik, menjadikan ia
satu tugas yang amat berat.

nak2 perut dah kenyang amat telan
nasik kerabu, solok lada, kuih sagu, 
sebekas ubi kayu rebus cicah kelapa parut. 
burrpp... alhamdulillah.
pengat pisang masih ada menanti untuk dibaham.
muwahahaha !
hari khamis memang heaven memborong makanan dan kuih.
sebab pakcik makcik tu menjual harga memang tiptop murah.

hari ni aku berusaha untuk habiskan entry 
perjalanan kami dari pulau pinang ke kelantam.

sementara ingatan aku masih ok.
kot2 nanti dah lupa kang susah pulak nak
cite balik kat anak2.
motip ?

sebelum balik sempat singgah pusing2 
komtar dulu.
tapi tak de apa pun kat komtar. 
macam idup segan mati tak mau je.
fyi, komtar ni adalah bangunan tertinggi di pulau pinang.

ape2 pun selpot dulu sekeping
dengan tudung selebet ditiup angin aircond.

noya ngan mak uda dan mak uteh.

melepaskan dahaga di komtar.

usai berlegar2 di komtar dan membeli kacang butir 
(entah apa motipnya membeli kacang butir di komtar),
kami menuju ke pelabuhan untuk naik feri.

alhamdulillah pada hari tersebut tak payah beratur panjang
untuk tunggu giliran naik feri.
kebetulan hari masih awal tengahari kot.
dan hari tersebut adalah hari bekerja.

datang naik jambatan, pulang naik feri.
macam sama je dengan trip sebelum ni.
nak wat cano2, ketua rombongan yang sama.

paipai...


ummi ngan anjenye dan cucunya.

ciku...cak !


keep calm and serious. 
macam serius amat je gambar famili ni.

masa kedatangan sebelum ni novya tido lena amat 
masa naik feri.
kali ni tak tido, dapatlah tengok laut.
memula tanak turun kete.
lepas tengok orang lain eksaited,
baru nak turun dari kete.

paipai penang.



selpot lagi.
tak abis2 selpot.

kami bukan selalu dapat nek feri.
so nampak agak jakun dengan bergambar bagai.

tengoh and the girls.

sampai seberang, kami singgah masjid apa ye lupa.
tunggu kaum lelaki2 solat jumaat sementara kaum2
wanita  dan kanak2 makan tengahari.

usai selesai solat dan makan, 
sambung perjalanan balik ke kelantam.
sepanjang perjalanan cuaca redup dan 
satu dua tiga tempat ujan.
ujan turun agak lebat bila kami sampai di 
jalan berbukit.
hinggakan tak nampak jalan.
alhamdulillah selamat sampai di puncak titiwangsa
dalam pukul 6 kot.

kaum lelaki behenti solat asar dan perjalanan diteruskan.
papa cakap nanti kita singgah makan kat jeli la.
open table, papa belanja. 
aku dah verangan nak makan tomyam.

keciwa tak dapat makan durian balik pulau, 
dapat makan tomyam best pun dah ok.

kusangkakan luka telah tiada,
rupanya berdarah untuk kali kedua.

tak sempat nak singgah jeli sebab sampai jeli dah masuk 
waktu maghrib.
akhirnya meneruskan sajo perjalanan sampai ke rumah.
ku keciwa lagi.

apa pun, 
alhamdulillah selamat sampai rumah ummi 
7.45 malam dengan selamatnya.
sampai rumah aku lupa pukul berapa 
sebab lepak2 makan2 dulu kat rumah ummi.

trip kali ni agak penat bagi aku.
tapi seronok sebab dapat jalan sensama ngan familia.

tapi kuciwa jugak tak dapat masuk escape,
tak dapat makan durian balik pulau 
dan tak dapat makan tomyam bes.

apa pun syukur alhamdulillah.

Sunday, May 11, 2014

bukit bendera untuk kali kedua

Assalamu'alaikum w.bt

entry ini dan entry sebelum ni adalah 
entry penyamaran.
taip minggu lepas,
ari ni baru sempat post.

sambung perjalanan lepas hantar dorang gi escape, 
kitorang menuju mencari jeruk madu pak ali.
aku beli di salah satu cawangannya di teluk bahang.
yelah, sejak mengandung ni, 
keterujaan nak amik gambar memang takde.
so, 1 keping pun takde gambar jeruk madu pak ali.
tak payah gambar, sume orang dah kenal kan ?
usai memborong jeruk (kecur liur terbayang jeruk2 itu),
menujulah kami ke bukit bendera.

singgah solat di masjid negeri yang memang 
dah dekat sangat dengan bukit bendera.

macam biasa, nak naik ketapi kena beratur dulu.
tapi kali ni tak sepanjang yang masa datang sebelum ni.
tapi dalam ketapi tetap bersesak2.

ketapinya boleh tahan laju.
terasa gayat ye.

kunjungan kali ni sempatlah untuk aku meninjau2 kat atas
bukit bendera.
sebenarnya tak larat. 
tapi dah alang2 naik, seret je la kakiku dengan saki baki
tenaga yang ada.

suhu pada hari tu tak berapa nak sejuk.
sampai je atas, suami aku ajak makan dulu.
memang lapar sebenarnya sebab kitorang sarap ngan mehhun je.

kitorang singgah makan kat foodcourt. 
harga not bad.
takde la mahal sangat.
dalam rm 6 untuk nasik goreng ayam.
rm 4 untuk laksa penang.
tapi, yang laksa penang tu, 
kureng rasa. rasa macam yang aku buat lagi best.
heh...

kat situ ada jugak jual cenderahati dan mata.
harga pun takde lah mahal.
rasa macam sama je dengan kedai kat bawah sana.
fridge magnet rm 10 untuk 4 pcs.
ok la kan ?
aku tak beli sebab masa datang dulu kan dah beli.
sekali cukup la kot.

kat bahagian atas foodcourt ada macam tempat tinjau2.
pastu ada pagar, pastu ada pulak pesen tiru style korea ke hapa,
yang tulis nama kat mangga pastu manggakan mangga tu kat pagar tu.
yang macam kengkononnya ololo sweet...
gambar tidak disediakan.

nam setengah, nam setengah !
sape ingat skrip iklan apa ?
aku pun lupa.
tapi dalam iklan tu ada pasal kuda hitam, kan ?

lepas kenyang makan, 
kitorang sambung menapak tinjau2 kawasan.
kat atas bukit ni disediakan khidmat sewa buggy car.
rm 50 untuk 1 kete = 6 orang.
kalau tak silap aku la.
orang mengandung memang mudah lupa.
hehe...

papa nak belanja naik, pusing2 kat bahagian atas.
so takyah la nak menapak.
kete ni pusing dalam 4km. 

kete dah ada, sume naik, 
novya pulek buat hal.
menangis tak nak naik.
huk aloh, 
sume orang naik kecuali aku, novya dan suami.
beriya2 aku suruh suami aku naik.
ye la, bayar untuk 1 kete tapi naik tak cukup 1 kete.
rugi la.
suami aku pulak dengan beriya, biar lah, biarlah.
haih.
katanya kalau dia naik, takkan dia nak tinggalkan aku
ngan novya je kat situ.
betul jugak.
tapi mak ok jeww...

buggy car ni bawak korang pusing bahagian atas bukit.
dapat tengok rumah orang2 kayo yang buat rumah kat atas ni.
seperti banglo tan sri ananda krishnan.
rumah banglo lama zaman british pun ada.
agak2 time malam2 rumah tu angker tak ?
hu....hu...hu...

sesambil tunggu mama dan atok dan pacik2 round, 
novya isi minyak dulu.


tua2 pun masih isap botol susu.

bukan tertido, kebetulan masa snap terpejam mata.
yang kat bawah pokok bunga kertas, 
ada payung tu, kat situlah
tokey buggy car duduk.
nampak masyuk betul bisnes dio.
ada sorang lagi tokey.
yang tokey satu lagi tu takde ofis macam dia.
tapi dua2 nampak masyuk.

dibalik kepala suami aku tu, 
adalah pejabat pos.

polis stesen bukit bendera.
since 1920 something.


yesss !
inilah yang dicari2 oleh novya.
dapat main ni maka lengkaplah perjalanan makan angin novya.
playgoround ni bersebelahan dengan kuil, dan di belah atas sikit,
ada masjid.
atas lagi ada lagi tapi aku tak larat nak menapak.
maka takat ni je perjalanan aku.

haih, ruginya tak dapat naik buggy car tu.

untuk makluman
ketinggian bukit bendera ni adalah 735 dari aras laut.
so kalau nak naik saja2 lepas ni rasanya tak lah kot.

untuk naik bukit bendera dengan kete, ada laluannya.
tapi hanya kete yang ada pas je yang boleh naik.
yang pasti kita2 ni memang tak boleh la.



gambar last sebelum turun ke bawah. 

ku melangkah dengan penuh yakin bersama selipar jepunku.



itu sajo perjalanan untuk ari ni.
besok dah nak balik.

masa untuk menjadi muda : escape penang

ok, 
ini entry sambungan dari entry tadi.
pasal escape.
nak tau pasal escape, godek kat bawah ni.

lepas frust tak dapat makan durian champion,
sesampai di escape, hujan masih lebat.
siap dengan petir.

frust berganda untuk tengoh dan bebudak ni.
kalau hujan cane naik main aktiviti outdoor.
cari penyakit, cari sakit nanti.

kusangkakan hujan sampai ke petang,
rupanya hujan seret di tengah hari.

alhamdulillah, dapat jugak dorang main.
aku jugak yang kuciwa.



oleh kerana aku tak boleh masuk escape,
maka rombongan dipecahkan kepada 2 kumpulan.
1 kumpulan masuk escape,
1 kumpulan misi cari jeruk madu pak ali 
dan amik angin di bukit bendera.

disertakan di sini beberapa keping gambar
dorang yang bergumbira dalam escape. 
huh.

aku nak cerita detail pasal review escape ni,
aku tak masuk.
so tak dapat nak cerita sangatlah perasaan bahagianya masuk escape.
tapi aku percaya, memang bahagia masuk sini.
serta merta korang dari mak2 yang lembut penyayang 
akan jadi mak2 yang gagah perkasa dan berani.

gambar adalah tidak mengikut susun atur aktiviti :

orang pertama yang lepas masuk.

oh ye, kalau ikutkan peraturan dorang, 
macam biasa la takleh bawak makanan, minuman dari luar.
tapi kenyataannya, masa kitorang ni,
takde pun pak guard tu check apa yang dibawak dalam beg.
tapi kitorang punyalah skema, 
bawak masuk baju je. 
air mineral pun tak bawak.
skema amat.
so, kalau korang berhajat nak bawak bekal,
aku rasa boleh jeww..
save budget.
makanan dalam tu macam biasa, agak mahal dari biasa.
dan kita tatau sedap ke tak. kan ?
tapi menurut kata adik2 aku, dorang kata so so je.


anje ummi yang ngengada.
memula beria nak masuk.
stand by ngan track suit.
last2 tak nak masuk pulak.





benda alah ni dipanggil tubby racer

tunggu turn.

sedia untuk pergi.




untuk naik gelongsor panjang ni,
korang kena mula dari bawah.
mengheret pelampung tu naik ke atas.

kakak cakap,
disepanjang perjalanan untuk ke atas,
ada macam kata2 semangat dipacak.
macam bagi motivasi la.
dan kenapa perlunya korang panjat dan bawak naik sendiri pelampung tu.
tapi dia tak pulak amik gambar benda alah tu.
sebab sangat berfokus untuk sampai ke atas kot.

gecko tower.
aktviti panjat memanjat.

yang ni tak tau nama apa.

selpotttt.


gayat jugak nak berjalan atas seutas tali je.
yang kat sini ni,
ada 3 stage kalau tak silap aku.
mula dari paling rendah, panjat2 sampai yang paling tinggi.
pastu korang nak turun bawah, flying fox je.

aku rasa dorang2 ni tak sampai pun stage 3 tu.



menuju puncak gemilang cahaya.
mengukir cita seindah rasa.
lalalala...
gagah sekali kakak merungkas.

tali di pinggang tu akan sentiasa dipasang pada korang
apabila korang memanjat.
untuk kesejahteraan dan keselamatan.
dan kalau tak pasang tali tu,
takdenya berani dorang2 ni nak naik tinggi.


yang ni stage rendah lagi.


indoor activities pun hado.

ni aktiviti bebudak.



yang tak budak pun boleh main.




selain yang ni, 
ada banyak lagi aktiviti untuk budak2. 
panjat, rungkas2.
cekidaut kat sini ye :

belah malam tengoh ngan kakak mengaduh.
sakit urat wooo main panjat2 ni.
itu la, tak warming up dulu.
patut buat tarian poco2 ke zumba ke dulu.
baru lah urat tak terkejut.



sesuai untuk digunakan waktu kecemasan 
ketika hujan berintik2.



mekaseh mak uda kerana belikan 
cenderamata cederahati sebagai tanda ingatan.

and watch out escape.
aku akan kembali menuntut hak aku !