Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Tuesday, January 15, 2013

real slim shady is back ?

assalamualaikum w.b.t
sayang2ku sihat ke ?
semoga bertambah rahmat dariNya.

hari ni dapat teguran dari bos.

sebenarnya jarang bos aku bagi teguran.
memang sangat jarang.

kadang2 ada jugak masa2 aku terleka bila buat kerja,
lambat respond apa yang dia nak,
memang tade nya dia nak tegur.
marah2 apatah lagi.

aku pon heran apsal bos aku ni.
silalah tegur.
sebab bila selalu ditegur,
kita akan rasa lebih berhati2 di kemudian hari.
teguran tu lebih kurang untuk peringatan la.
kan ?

tapi yang penting cara kena betul.
baru berkesan.
dan tak perlu nak menjatuhkan maruah orang.


amacam ?
segak tak bos aku ?

yang ni ala tomei2 sikit.


teguran bos tadi adalah berbunyi,
" su napok koho kuruh loni. bakpo ?"
subtitle : su nampak makin kurus sekarang. kenapa ?

ala bos ni, 
itu pulak yang ditegurnya.

bos aku ni adalah dari kalangan insan2 yang sangat mementingkan kesihatan.
nampak staff berisi sikit, mula la suruh kuruskan badan.
aku yang kurus slim shady ni, pon kena tegur jugak.

hadeesss....

sangat caring bos aku ni.
caring la sangat.
al maklum la sebagai pegawai perubatan, 
kesihatan insan2 disekelilingnya haruslah dijaga.
kan ?

walaupun, 
dia sendiri ada penyakit tidak berjangkit.
heheee...

dan sebenarnya...
ada jugak member2 aku yang pernah tegur tentang tahap kekurusan aku.
ummi pon selalu je cakap aku makin kurus.

siap suruh aku makan pil perancang lagi.
sebab ada sesetengah orang bila makan pil perancang 
berat badan meningkat dan berisi.

tapi sebenarnya ia bergantung kepada hormon seseorang.
dan aku pula manusia yang memang tak nak berkawan dengan ubat.
makanya memang aku takkan telan apa2 ubat 
jika ianya tidak perlu.

-aku tau ummi hanya bergurau dan bukanlah serius dengan cadangannya itu.
walhal dia bimbang aku bersalin tiap2 tahun.
tiap2 tahun kena mengasuh anaknya yang berpantang.
hehee..


so, 
motip aku untuk entry hari ni,
aku kurus. 

dan
bukanlah aku meminta2 untuk menjadi kurus begini.
(sedih tak ayat ni ?).








Monday, January 14, 2013

jalan2 sambil belajar : planeterium negara

assalamualaikum w.b.t
salam sayang untuk anda semua 
yang cantek dan kacak =)


seperti biasa,
let's pictures do the talk !
haahaa!!!
(kes malas nak berceloteh panjang. 
nanti korang bowrink pulok...)


dewasa ini, novya memang tak suka bagi kerjasama untuk bergambar
berlagak diva ye sekarang !



"you cant wrap love in a box,
but you can wrap a person in a hug"


gigih mendaki tangga.
yang penting, sangat berdikari.
langsung tak nak mak atau ayah pimpinkan tangan.


olo comey-comey...
(gambar terbaik untuk hari tersebut- kerjasama)



ayah novya yang bahagia.
sebab dapat pegi planeterium.
drive sendiri from putrajaya with love...

naseb baik ada GPS.
dan GPS tersebut sangat membantu sebenarnya dalam 
merealisasikan perjalan kami ke KL.
dan ke destinasi yang tak pernah kami pergi.
ambo ore KB, mano beyso ngan jale kolupo.

walaupun,
ada jugak tersalah masuk lorong dan keliru,
tapi alhamdulillah selamat sampai ke destinasi cinta.
hehee...

walaupun... (yang ke2),
kena sekat oleh pak polisi,
sebab masuk jalan yang tak boleh masuk.
nasib baik tak dapat surat cinta.
polis hanya pesan,
bawak anak leklok ye bang.
mayb dia tengok plat kete D kot.




sekak2 nok naik turun tangga.


angkasawati kepala kecik.






peek-a-boo !


ambik feeling duduk dalam kapsul soyuz.



ayah nak masuk jugak...






ambik feeling buang air dalam kapal angkasa.



muka berak sembelit.
hahaah!!!






gaya dah ada.





comey je novya. 
kalau zip dari bawah sampai atas mesti lagi comey.
hehee...
tak nampak apa.






hanya di planeterium.
sila bayangkan angkasawan/wati
masuk tandas pakai sut tu.
mesti kesian kan ?
dan lawak. 



masa turun tangga masih lagi berdikari.
tanak mak atau ayah pimpin tangan.
mungkin novya rasa hari tersebut adalah hari 
yang hebat baginya.
jalan pon macam orang dah besar.




terima kasih 
atas kesudian mengikuti lawatan ini. 

oh ye,
masuk ke sini adalah percoma.
cuma kalau nak masuk teater kena bayar tiket.

kami tak masuk teater dan tak sempat ke balaicerap planeterium =(
sebab novya terlalu kerap menjerit2 (dengan nada suara tertinggi) 
kat dalam planeterium.

sampaikan staff yang kat dalam tu bertanya semasa kami nak keluar,
dia ke yang menjerit2 tadi? (dengan muka mesra).













Sunday, January 13, 2013

laporan mingguan januari 2013

assalamualaikum w.b.t
salam sayang untuk korang.

13 hari tak hupdate rasa macam sebulan, 31 hari.
nak menjengah blog korang pon kurang sempat lagi ni.

awal tahun yang agak sibuk.
sibuk ?
aku sebagai orang yang sibuk ?

bukanlah sibuk sangat. 
sebab suami aku cakap perkataan sibuk hanya sesuai untuk orang yang betul2 sibuk.

aku bukanlah betul2 sibuk pon.
minggu pertama di tahun 2013,
capaian internet kat opis sangat mangkuk tingkat.

so, 
untuk menghupdate blog memang tak besh.
kejap2 ok, lepas tu terus tak ok.
sampai la waktu balik.
lagi pun,
aku perlu dahulukan tugas sebagai kuli kerajaan terlebih dahulu.

minggu ke2 2013,
aku bercuti.

walaupun hati tak berapa nak ikhlas dengan percutian ini.
(tapi dah ikhlas dah. sebab kalau tak ikhlas, sia2 saja pengorbananku ini.
lillahita'ala).

bukanlah bercuti sangat pon.

sebagai isteri yang baik,
maka kita perlu mengutamakan suami.
baik tak statement isteri ini ?

suami aku kena gi kursus kat sungai buloh, 
so suami aku ajak gi jalan2 putrajaya.
(putrajaya memang pebret place.
sangat2 suka.)

minggu ke3 2013
dah masuk kerja balik. 
capaian internet pon dah ok.

so mampulah luangkan masa kejap meluahkan rasa hati 
dalam blog kasih sayang untuk novya ini.

tapi aku taleh nak berlama kat sini. 
perlu selesaikan tugas yang masih belum selesai.
dan memang takkan selesai2.

ada saja kerjanya.

misi utama hari ni nak setelkan LNPT, via Hrmis.
yang sentiasa bermasalah sejak kewujudannya.

good luck untuk aku.