Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Tuesday, December 18, 2012

suaramu yang merdu, membuatkan hatiku ghindu

assalamualaikum w.b.t.
salam sayang untuk korang.

alhamdulillah aku dah selamat sampai ke Demong.
mata ngantuk nak tido ni.
sebab terlampau kenyang.

on the way tadi, singgah makan dekat pantai irama.
betul2 dekat pantai irama, bachok.
ada satu kedai makan superb best.

budu, ulam, ikan bakar, kari kepala ikan, gulai kawah.
sangat best.
3 kali aku tonggeng nasik tambah.
heee...

memang pebreto aku la budu dan ulam ni.
ada ikan cukup la.
dah tak perlu ayam bandar, udang ketam.

cukup sekadar itu saja. 

alhamdulillah... bertambah selera bila orang tolong bayarkan.
semoga pembayar tersebut dilimpahkan rezeki dari Allah...

sekejap tadi bertelepon dengan suamiku sayang.

dan pastinya ananda sayang nak cakap dengan mak.

dan... suara kamu sangat comel bila dalam talian.

tibe2 mak rasa sebak.
(eleh,  mak sokmo gitu.
feeling lebih )

baru setengah hari tak jumpa.

semalam novya tak berapa sihat.
tengah2 malam bangun tido, termuntah.
kesian mak tengok.

rasanya perut kamu tak selesa, kembung.
mungkin sebab kamu makan buah duku.
walaupun sikit, kesannya sangat hebat.

so, beringatlah mak, lepas ni jangan sesekali bagi novya makan duku.

mak yang dah tua ni pon terasa kesan kekembungannya.

sori sayang...
mak janji tak wat lagi lepas ni.

jumpa ari khamis ni ye sayang.

In shaa allah. 





No comments:

Post a Comment