Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Showing posts with label islam yang indah. Show all posts
Showing posts with label islam yang indah. Show all posts

Wednesday, December 14, 2016

solat sunat dhuha

mak, 
nanti kaklong ajar mak solat dhuha. 
macam mana solat dhuha tu kaklong ? 
kena baca surah apa ?
mak baca je surah apa2.

untung la kecik2 dah pandai solat dhuha. 
siap nak ajar mak lagi. 

mak dulu kecik2 tau main lompat getah, 
main kejar2, main kawen2 je. 

hihu...

entry kali ni mak kopi pasta entry dari blog 

dalam banyak2 entry yang mak jumpa rasanya ini paling informatif. 
dan sila lah rajin2kan baca di ruangan komen. 
dalam tu banyak soalan2 yang mungkin bermain dibenak kita
dan dijawab oleh penulis. 

semoga menjadi ilmu yang dimanfaatkan.





Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba 
kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran
dan umat Islam amat dituntut melakukannya.

Abu Hurairah pernah berkata: 
“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan
puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: 
“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah
untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah,
setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir
adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga
adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat
dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat.
Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAW  bersabda: 
“Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan
empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

.
.
.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik.
Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan
merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, 
iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit,
maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha
adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter),
lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba,
di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha.
Baginda bersabda;
 “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah,
iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.
Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat 
sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh
 Rasulullah ialah lapan rakaat.

.
1.  Niatnya:
.

.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.     Solat sunat Dhuha dua rakaat:

i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.     Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.

.
5.  Berdoa

Fadhilat Solat Dhuha

 

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana
ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya,
dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT,
murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda:
“Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah
nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

Rasulullah SAW  bersabda:
“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’.
Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru:
“Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha;
Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,
“Allah berfirman:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
.

وسلام

By; shafiqolbu

Thursday, November 3, 2016

kebergantungan kepada Al Baaqii

assalamualaikum wbt.
salam penuh kasih sayang. 
untuk sesiapa yang membaca.
semoga rahmat dan kasih allah sentiasa bersama kita. 

kasih allah terlalu banyak pada kita, hambaNya. 
terlalu. 

kita sebagai manusia yang mempunyai hati,
ingin dikasihi dan disayangi. 

dan yang kita cari adalah kasih sayang dari kalangan kita sendiri - manusia. 

walau kita tahu, 
manusia sama saja seperti kita. 
tidak kekal lama. 
apa saja yang ada pada manusia takkan kekal lama.
takkan sesekali. 

orang tua yang kita sayangi akan pergi selamanya. 
entah mereka, atau kita dulu yang akan pergi. 

anak2 yang kita kasihi akan tinggalkan kita, 
bila masanya tiba. 

suami/isteri yang saling mencintai, 
juga akan pergi.
berpisah hidup, berpisah mati. 

kawan2, saudara2 kita, 
yang saling sayang menyayangi, 
suatu hari akan pergi, 
takkan selamanya ada bersama kita. 

kita tahu pada satu masa, akhirnya 
yang ada hanya aku, diri aku. 

tapi kenapa kita masih mendambakan sesuatu dari yang bernama manusia ?

kasih sayang manusia takkan kekal lama. 
kita tahu, 
hati manusia berbolak balik, 
berbelah bagi.
mungkin juga boleh berpaling tadah. 

kita juga tahu, 
- tapi mungkin kadang kita terleka atau terlupa, 
yang kekal pastinya Allah. 
Allah itu sendiri bersifat kekal - baqa'.

dan kita juga tahu, 
kasih sayang Allah terlalu banyak. 
ya rahman, ya rahim.
maha pengasih, maha penyayang. 

berapa banyak nikmat yang Allah selalu berikan pada kita dengan penuh kasih sayang ?
terlalu banyak. 
dan kita, terlupa untuk bergantung harap padaNya. 

sedangkan Dia yang menakluki segala2nya. 

bergantunglah sepenuhnya pada Allah.
bermohon meminta dan berdoa padaNya. 

isikan ruang kosong dalam hati kita hanya untukNya. 
kerana ruangan kosong itu dicipta sememangnya untuk kita isi 
dengan iman dan ketakwaan
kepadaNya. 

catatan ini untuk aku sendiri. 
#siscuba

Wednesday, October 12, 2016

Duhai Hati, Hentikan Tidurmu!

Duhai Hati, Hentikan Tidurmu!

 





Awak,

Pernah tak rasa macam dah putus asa?

Tak nak teruskan hidup?

Saya selalu rasa macam tu. Selalu sangat. Suatu hari, saya semak satu hadis Qudsi. 
Saya dihadiahkan satu perasaan indah. Saat itu, saya rasa, saya lebih memerlukan 
Allah SWT dalam hidup. Nikmat sungguh ‘rasa’ tu. Awak nak dengar hadisnya? 

Rasulullah SAW bersabda,



 "Allah SWT berfirman, 

Wahai hamba-hambaKu, setiap daripada kamu itu sesat kecuali yang Aku berikan hidayah, maka memintalah petunjuk kepadaKu, nescaya Aku beri kamu petunjuk. 
 
Wahai hamba-hambaKu, setiap kamu lapar, kecuali yang Aku beri makan, maka mintalah kepadaKu, nescaya Aku beri kalian makan. 
 
Wahai hamba-hambaKu, setiap kamu itu telanjang, kecuali yang aku beri pakaian, maka mintalah pakaian kepadaKu, nescaya Aku beri kamu pakaian. 
 
Wahai hamba-hambaKu, setiap kamu bersalah siang dan malam, sementara Aku mengampuni segala dosa, maka mintalah ampun kepadaKu, nescaya Aku ampuni kamu. 
 
Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu tidak akan mampu mencapai kemudharatanKu sehingga kamu membahayakanKu, dan kamu juga tidak akan mampu mencapai manfaatKu sehingga kamu memberi manfaat kepadaKu. 
 
Wahai hamba-hambaKu, kalaulah seluruh generasi awal dan generasi akhir kamu, serta seluruh bangsa manusia dan bangsa jin kamu adalah seperti hati orang yang paling bertakwa di antara kamu, maka itu pun tidak akan memberi tambahan apa pun terhadap kekuasaanKu. 
 
Wahai hamba-hambaKu, kalaulah generasi awal dan generasi akhir kamu, serta seluruh bangsa manusia dan bangsa jin kamu adalah seperti hati orang yang paling nista di antara kamu, maka itu pun tidak akan membuat kekuasaanKu berkurang.

Wahai hamba-hambaKu, kalaulah seluruh generasi awal dan generasi akhir kamu, serta seluruh bangsa manusia dan jin kamu berdiri di atas sebuah bukit, kemudian kamu meminta denganKu, lalu Aku beri setiap orang apa yang ia minta, maka apa yang ada disisiKu tidak akan berkurang sedikit pun kecuali sebagaimana sebatang jarum mengurangi air samudera ketika dicelup ke dalamnya.” 

[Riwayat Muslim, al-Tarmizi, dan Ibnu Majah]

Allah SWT tak perlukan saya. Tapi saya perlukan Dia.

Dia Maha Kaya. Banyak nikmat yang datang tanpa perlu dipinta. Cahaya, air, oksigen. 
Saya tidak pernah berdoa untuk memilikinya tapi Allah bagi juga. Baik kan Dia?

Itu nikmat yang tak dipinta. Dia bagi dengan Pemurahnya. Nikmat yang dipinta, sudah tentu Dia 
lagi bersegera mahu memenuhinya.

Siapakah sebenarnya Sang Pemberi yang begitu dermawan?
Salah satu namaNya, ‘Al-Karim,’ yang bererti Zat Yang Memberi Tanpa Diminta.

Awak, bagaimana mahu pastikan hati saya sedar sentiasa? Terasa ingin 
mengoncang-goncang hati sendiri. Sedarlah wahai hati dan bersegeralah berdoa kepada Allah SWT .

Awak, pernah dengar tak satu kisah? Kisah ini menarik.

Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad SAW dan mengatakan,

“Wahai Rasulullah SAW, adakah Tuhan kita itu jauh sehingga kita menyeruNya, 
atau Dia dekat sehingga kita cukup berbisik kepadaNya?”

Maka turunlah firman Allah SWT,
 “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): ‘Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi
baik serta betul.’”
 [Surah Al-Baqarah:186]

Subhanallah!

Pertanyaan itu mudah. Jawapan yang diajar oleh Allah SWT  pula sungguh menggugah. Deep
Terasa sampai ke tulang sum sum.

Sudah tentu baginda tahu jawapannya. Pelbagai versi jawapan boleh dicerita. 
Tapi yang ingin menjawab pertanyaan ini adalah ‘Yang Maha Dekat,’ yang akan mengabulkan 
permohonan ‘orang yang beriman, bertakwa, dan rajin beribadah serta mengerjakan solat’.

Awak rasa tak seperti yang saya rasa sekarang ni?

Cuma sayang, hati saya yang ‘kotor’ ini sering merasakannya sekejap sahaja. Kemudian, alpa semula.

Sekarang terserahlah padamu wahai hati. Kaulah yang tetap mencari masa untuk berdoa, 
kau juga yang membatasinya. Allah akan mengabulkan doa kita semua, 
tapi dengan syarat ‘apabila kita berdoa.’

Awak, hati saya sering malas. Awak boleh tolong doakan saya?


subhanallah, allahuakbar !

Allah maha mengetahui, Allah maha memberi.

lembutkan hati kami, lapangkanlah hati kami, teguhkan hati kami, 
untuk bergantung hanya padaMu.

teruskan berdoa ye sayang2ku. 

Monday, February 4, 2013

menutup yang sempurna

Assalamualaikum w.b.t
salam kasih sayang rindu dendam yang terpendam 
membara2 di dalam jiwaku yang kudus
untuk korang.
heeee...
acaner hidup korang ?
ada baik ?
semoga baik2 saje ye. 
jika kurang baik, sabarlah,
pasti akan ada titik ke arah yang baik2 nanti.
allah maha mengetahui.

hari ni mari kita menambah ilmu di dada.
ilmu tentang kita, wanita islam.

ilmu yang dikongsi di sini diharap 
dapat memberi manfaat kepada kita semua.

aku sekarang masih sedang menambah saham untuk ke sana.
jadi semoga dengan perkongsian ilmu yang baik ini,
dapat menambahkan berat timbangan amalan baik aku di sana nanti.
lillahi ta'ala.

rasa hati aku terpanggil2 untuk berkongsi tentang
isu yang agak simple sebenarnya dalam kehidupan seharian kita.

aku tatau kenapa sejak akhir2 ni hati aku selalu berfikir kenapa 
selama ini aku memandang enteng 
(waaahh... puitis pulak rasa penggunaan perkataan ini).
perkara ini.

walhal sejak dari aku akil baligh, 
ayah aku dah berpesan.
"kamu dah cukup dewasa sekarang nak, 
apa2 yang kamu buat kamu yang akan tanggung sendiri dosanya.
bukan lagi ayah, nak.
jadi jaga diri baik2, jaga pemakaian. kalau nak pakai seluar, 
pakai yang longgar, kalau nak pakai baju tshirt, pakai baju yang
labuh melepasi punggung".

lebih kurang tu la pesanan ayah aku masa hari pertama aku jadi gadis.
(kembali merasa puitis bila guna perkataan ini.)
ye, aku masih sangat ingat pesanan tu.

sejak akhir2 ni pesanan tu menjadi semakin
berulang2 dalam kepala aku.

walaupun aku dah akil baligh,
dosa yang aku buat aku tanggung sendiri, 
tapi sebenarnya tak semua dosa aku tanggung sendiri.
masih ada dosa yang aku buat, 
aku kongsi dengan ayah aku.
dosa apabila aku tidak menutup aurat.

bila diulang tayang balik, 
rasanya jarang sekali aku 
menutup aurat dengan sempurna.

memang aku bukanlah jenis yang berpakaian cekci mekci.
aku bertudung, berpakaian normal je. 
biasa2 la.
tapi masih belum cukup untuk disebut menutup aurat.

pakai tudung pon, 
kadang2 tak menutupi dada.
ada jugak tudung yang aku pakai agak jarang,
baju kurung pon, ada jugak yang agak jarang.

aku tak pakai stokin.
walhal aku tahu kaki aku adalah aurat.
aku kan peminat setia selipar jepon.
susah la nak sarung selipar jepon bila pakai stokin.
 aku rasa lecehnya pakai stokin.
kalau hujan basah.
macam makcik2 pon hado.

ishhhkkk...
rasa teruk sangat. 

selama ni aku membebani ayah aku dengan dosa2 aku.
aku kata aku sayang ayah aku,
tapi aku bebankan dia dengan dosa aku.

aku kata aku sayang 
adik2 lelaki aku,
tapi aku bebankan dia dengan dosa2 aku.

walhal adik2 lelaki aku
masih terlalu muda untuk menanggung dosa aku 
yang dah cukup dewasa untuk tahu 
batas2 dosa.

aku sememangnya tak sanggup untuk 
terus biarkan ayah aku, adik2 lelaki aku yang aku sayang sangat2, 
untuk tanggung dosa aku. 

aku sedar,
dosa tidak menutup aurat adalah dosa besar.
malah dosa ini macam satu penyakit berjangkit.
ia akan berjangkit dan terkesan kepada orang lain jugak.

malah, 
bila aku dah kawen ni,
dosa tu akan ditanggung juga oleh suami aku.
dan jika allah kurniakan aku anak lelaki,
anak aku pun akan turut sama 
menggendong dosa aku ni.

aku tak sanggup,
ayah aku, suami aku, adik2 lelaki aku, anak lelaki aku,
menjadi penggendong dosa aku.

ya allah.










comel kan ?


-------------------------------------------------------------------------------------

alhamdulillah, 
allah permudahkan jalan untuk aku 
berusaha menutup aurat.
aku harap aku berjaya lakukan dengan sempurna.
(rasanya ada yang masih belum sempurna) 

sebenarnya, 
ada jugak bunyi2an, 
bisikan2 atau persoalan2 yang diajukan bilamana aku
berpakaian tidak lagi macam dulu. 

ada yang cakap pemakaian aku sekarang dah macam makcik2 
(akak aku cakap),
ada yang jugak bunyi2an yang macam kenapa tiba2
pakai macam ni,
pakai macam ni ada nak sorok sesuatu ke (soalan paling pelik),
 dan lain-lain.

tapi sememangya aku rasa
susah sikit nak terangkan kenapa.
walaupun mereka2 sendiri tahu jawapannya kenapa.

kerana Allah.

sudahnya,
aku diamkan saja dan tersenyum.
aku takut jawapan aku akan menyinggung hati dorang.
ikhlaskan hati moga hidup diberkati.

aku masih macam dulu,
suchi yang ting tong.
suchi yang selalu alpa dan buat silap.
dan semestinya,
suchi yang enjoy !
(sila buat gaya macam nora danish).

"ya allah,
istiqamahkanlah hati aku untuk perubahan ini.
janganlah engkau bolak balikkan hati aku. 
tekadkan hati aku, 
jauhkan aku dari bisikan syaitan.
aku tenang dengan keadaan ini, aku mahu terus begini.
tetapkan iman dan hati ku ya allah.
ku mohon keampunanmu ya allah."

sama2lah kita berubah ke arah yang terbaik 
sahabat2 ku sayang.

walaupun sukar di awalnya,
pasti akan ada manis diakhirnya.
allah maha pengasih.

~ yang bertudung tak semestinya menutup aurat,
yang menutup aurat pastinya bertudung~

XOXO
=)