Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Wednesday, December 14, 2016

solat sunat dhuha

mak, 
nanti kaklong ajar mak solat dhuha. 
macam mana solat dhuha tu kaklong ? 
kena baca surah apa ?
mak baca je surah apa2.

untung la kecik2 dah pandai solat dhuha. 
siap nak ajar mak lagi. 

mak dulu kecik2 tau main lompat getah, 
main kejar2, main kawen2 je. 

hihu...

entry kali ni mak kopi pasta entry dari blog 

dalam banyak2 entry yang mak jumpa rasanya ini paling informatif. 
dan sila lah rajin2kan baca di ruangan komen. 
dalam tu banyak soalan2 yang mungkin bermain dibenak kita
dan dijawab oleh penulis. 

semoga menjadi ilmu yang dimanfaatkan.





Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba 
kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran
dan umat Islam amat dituntut melakukannya.

Abu Hurairah pernah berkata: 
“Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan
puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: 
“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah
untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah,
setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir
adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga
adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat
dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat.
Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAW  bersabda: 
“Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan
empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

.
.
.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik.
Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan
merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, 
iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit,
maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha
adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter),
lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba,
di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha.
Baginda bersabda;
 “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah,
iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.
Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat 
sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh
 Rasulullah ialah lapan rakaat.

.
1.  Niatnya:
.

.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.     Solat sunat Dhuha dua rakaat:

i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.     Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;

i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.

.
5.  Berdoa

Fadhilat Solat Dhuha

 

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana
ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya,
dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT,
murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda:
“Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah
nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”

Rasulullah SAW  bersabda:
“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’.
Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru:
“Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha;
Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,
“Allah berfirman:“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
.

وسلام

By; shafiqolbu

No comments:

Post a Comment