Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Tuesday, February 5, 2013

review produk : JSD Coklat Love Habibi

assalamualaikum w.b.t

sayang2ku sihat ?
hari ni makan apa untuk tengahari ?

aku baru setelkan sepinggan 
nasik hujan panas yang 
sedap dan sangat mengenyangkan.
alhamdulillah...

hari ni aku nak kongsi kebaikan satu produk nih.
kalau korang ada pesbuk, mungkin ada segelintir kawan2
korang yang meniaga benda ni, promote bagai nak rak kat wall pesbuk.
kadang2 rasa rimas jugak kan?
tapi nak wat cane, dia cari makan. 
sebagai kawan kita menyokong je la dari 
belakang, tepi, tengah dan atas.

kembali kita kepada matlamat asal,
jom baca review produk hebat ni.
hebat ke ?

Jamu Susuk Dara : Coklat Love Habibi

nama tanak kalah.
very da baboommsss !

Jamu Susuk Dara (JSD)  tu jenama dia.
Coklat Love Habibi (CLH) pulak salah satu produk keluaran JSD.

ni rupanya.
hitam, berempah, ada bau coklat sikkiiiit,
bau herba ada jugak. 
lembik dan mudah untuk digentel jadi bulat2.
tak boleh kena air, nanti mudah berkulat.

contoh size untuk digentel.

baiklah, 
meh kita kenali CLH ni.

apakah kebaikannya ?

- untuk melancarkan peredaran darah.

- membuang angin dalam badan. 
memang boleh percaya.  sebab lepas telan CLH, 
dengan mudahnya angin keluar dari badan.
samada sendawa atau kentut. betul...
cakap tak tipu ni. lepas tu rasa ringan dan longgar je perut.
memang rasa selesa.

- memudahkan sistem pembuangan kecil dan besar.
yang ni pon memang boleh percaya.
aku memang ada masalah sikit bab2 penghadaman dan pencernaan.
ia sememangnya agak tak bagus untuk kesihatan diri.
tapi, sejak aku amal telan CLH sebelum tido,
pagi esoknya dengan sendiri tanpa dipaksa2,
mudah saja nak membuang.
biasanya orang kata kalau makan jamu, 
boleh jadi sembelit.
tapi alhamdulillah, sejak aku makan CLH, takde masalah sembelit.
malah proses penghadaman lebih lancar dan teratur. 

- menghilangkan sakit2 badan, lenguh2 serta mengurangkan keletihan bekerja. 
yang ni ada terasa la jugak.
hari2 drive pergi balik kerja.
memang memenatkan.  urat sendi terasa lenguh.
tapi sekarang aku rasa dah kurang sikit.
kalau nampak macam letih jugak, tu mungkin sebab memang aku malas.
hehee...

- meningkatkan nafsu syahwat.
yang ni aku tak nak komen.
nak tau betul ke tak try sendiri.


CLH tidak mengandungi herba2 untuk merapatkan faraj,
tiada bahan untuk kesihatan rahim.
makanya wanita dan lelaki boleh makan.

antara bahan yang digunakan untuk 
mencipta CLH ni :

Lada pahit.
Tongkat Ali Hitam.
Mata Pelanduk.
Mahkota Dewa.
Belut.
Sarsi.
Madu

Cara makan :
ambil secubit, gentel2kan kecil2.
kunyah dan minum dengan air kosong.
atau boleh dijadikan kudapan ringan - kunyah macam makan coklat.

tapi,
oleh kerana aku memang tak berkawan dengan ubat2an 
atau makanan yang berbau ubat,
jadi untuk menguyah CLH memang sesuatu yang mustahil.
aku memang tak berapa boleh tahan bau herba, jamu.

so aku gentel kecik2,
letak atas lidah, 
telan sekali dengan 2 3 teguk air.

harga : 
RM 48.00 

sebagai kesimpulan, 
aku rasa berbaloi untuk amalkan CLH ni.

angin dalam badan boleh keluar dengan mudahnya,
tubuh badan rasa lebih ringan dan bertenaga,
tidak menganggu sistem pengahadaman,
malah membantu melancarkannya
dan mudah untuk ditelan/diambil.

review ni adalah ikhlas dari hati aku.
tanpa ada unsur keuntungan. 

XOXO








2 comments: