Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Thursday, November 22, 2012

10 muharram = hari asyura


Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Sabtu, 24 Nov 2012) 

Antara perkara-perkara sunat dilakukan pada hari Asyura ialah;

1. Melapangkan masa untuk bersama keluarga atau belanja anak isteri,
suami dan  isteri-isteri. 
fadhilat - Allah s.w.t. akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 
jika suamiku sayang membaca ini, 
jom kita makan steak ari sabtu ni.
lepas tu nak beli baju baru 2 3 helai. 
$$$$$
-sambil mata bekelip2 manje-



2. Memuliakan fakir miskin.

fadhilat - Allah s.w.t. akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
in shaa allah.


3. Menahan marah.

fadhilat - Di akhirat nanti Allah s.w.t. akan memasukkannya
ke dalam golongan yang redha. 
in shaa allah.  
hari2 biasa pon memang perlu sentiasa menahan sabar.


4. Menunjukkan orang sesat.
fadhilat - Allah s.w.t. akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 
in shaa allah.


5. Menyapu atau mengusap kepala (ubun-ubun) anak yatim
fadhilat - Allah s.w.t. akan mengurniakan sepohon pokok di syurga
bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 
in shaa allah.


6. Bersedekah.
fadhilat - Allah s.w.t. akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari 
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
in shaa allah.




7. Memelihara kehormatan diri.
fadhilat - Allah s.w.t. akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
in shaa allah.

8. Mandi Sunat.
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'.
in shaa allah.

9. Bercelak.
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
in shaa allah.
tapi tak reti pakai celak. 


10. Membaca 'Qulhuwallah' hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah s.w.t. akan memandanginya dengan pandangan Rahmah diakhirat nanti. 
in shaa allah.


11. Sembahyang sunat empat raka'at.
fadhilat - Allah s.w.t. akan mengampunkan dosanya walau telah
berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
in shaa allah.

lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat raka'at kerana Allah Taala'
Pada raka'at pertama dan kedua selepas fatihah di baca 'Qulhuwallah' sebelas kali. 


12. Membaca.
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini . 
in shaa allah.


13. Menjamu orang berbuka puasa.
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 
in shaa allah.


14. Puasa.
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada api neraka.
in shaa allah.


In shaa allah..

Bukan semua yang tercatat diatas tu tepat. Tapi mana-mana yang elok tu ambillah ia sebagai amalan yang baik dan mana-mana yang tidak betul itu adalah kesilapan serta kealpaan manusia yang memang bersifat lemah dan baharu.

Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain. 
Sila share.

kopi pasta dari : blogtokwan.blogspot.com


Kejadian Besar Ketika 10 Muharram:

Hari pertama Allah menciptakan alam.

Hari pertama Allah menurunkan rahmat.

Hari pertama Allah menurunkan hujan.

Allah menjadikan 'Arasy.

Allah menjadikan Luh Mahfuz.

Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Nabi Adam a.s. dicipta.

Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan 
kerana melanggar larangan Allah.

Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.

Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.

Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan 
terselamat dari buruan Raja Namrud.

Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud

Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah 
meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.

Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya 
ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.

Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.

Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada 
tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.

Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.

Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus 
setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.

Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.

Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. 
Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.

sumber : wikipedia



ni asyura yang masih dalam kawah.
time2 yang gini dah sedap nak makan ni.



acara kacau asyura 
wisma persekutuan kota bharu
tahun 2009.
aku jadi ahli jong kucha jugak.

hari sabtu ni
10 muharram 1434h
24 November 2012
aku kena gi kacau asyura kat RTC Kota Bharu.
Kononnya nak cipta 
Malaysia Book of Record sebagai
The Largest Asyura Cooking Event.

aku gak malah sungguh nok gi kijo ari sabtu.
sebab hujung2 minggu gini je la boleh kelik
kapung jengok mok ayoh.
nok tubik derrak nga tok laki dan anok.

tape la, 
ku ikhlaskan hati ini.
demi Allah Ta'ala.






semoga mendapat manfaat kepada kita semua.
amin...




2 comments:

  1. Good sharing..tq tq...dalam good sharing sempat jea ketuk suami mkn steak n shoping2,,,pandaii...hehehehe

    ReplyDelete
  2. biasa la... kan isteri kena ada sifat manja pada suami.
    sape yang ajar ? en. abil fikri jugak yang ajar.

    ReplyDelete