Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, April 25, 2021

ohoi... 2021

assalamualaikum
ohoi ohoi...
apakah ini. 
dah 2021 oi...
waduh waduh...
sedar emangnya sedar.
-
yang ayat atas tu draf pada 16 Mac 2021.
hari ni 25 April 2021.
apakah hidup ini ?
come on lah suchi.
can you be more productive?
please, 
for the sake of your own life.
bo lah bermalas-malasan, 
bersenang linangan.
cer jadi bersemangat.
macam dedulu.

--
satu je nak cakap buat masa sekarang ni,
aku nyampah gile nak kerja. 
sesungguhnya,
aku tak suka, 
aku benci. 
i hate waking up every morning knowing i have to
go to a work place,
a place i know i'm not belong there.
tobat xdok hati nok gi kijo.
counting every second to escape from there.
---
pukul 4.30 aku rasa bebas, 
aku rasa lega, 
aku rasa waaaaaaahhhh aku seronok boleh keluar dari tempat yang
memang aku nyampah, aku benci, aku tak suka,
aku tak rela ditempatkan. 
tapi next morning kitaran itu kembali.

motivasi kerja aku sekarang berada pada tahap paling rendah 
sepanjang aku bergelar seorang kuli batak penjawat awam.
jujur.

kerja banyak takpe asalkan suasana kerja bahagia.
kini, di sini, aku rasa diri sangat tak berguna.
ya, useless.

aku bagi masa satu tahun untuk aku mencari titik kebahagiaan
untuk stay di sini. 

jika dalam masa setahun masih tak jumpa, 
perlukah aku blah ?
----
sesungguhnya tidaklah elok untuk aku merungut nasib aku.
bersyukurlah sekurang-kurangnya aku ada kerja yang memberi aku pendapatan pada
setiap bulan.
boleh buat belanja anak2, mak ayah.
memetik kata2 iman, bersyukul kepada allah mak.

ye, aku bersyukur atas segala ketentuannya.
namun,
redha itu belum ada. 

ikhlas dari, 
suchi yang masih sedang sumak since feb 2021.

Tuesday, October 23, 2018

selamat 2018

assalamualaikum w.b.t

halahai...
alhamdulillah sihat walafiat lagi blog ni ye. 
almost 1 year sunyi sepi tak diintai tak dijengah.
apatah lagi nak membelek. 

atas alasan apa lagi nak diberi ?
yelah, alasan kesibukan dan ketidak cukupan masa lah.
atau mungkin juga alasan ku telah melupakan dirimu kerana 
aku sudah ketemu pengganti yang lebih baik dari mu. 

huhu...
ayat pencurang terhebat.

sekadar untuk perkongsian,
mac lalu aku dah selamat alhamdulillah melahirkan bayi perempuan 
pada 19 Mac 2018 bersamaan 1 Rejab 1439H jam 5.08 petang 
semasa dalam perjalanan masuk ke perkarangan Hospital Raja Perempuan Zainab II, 
Kota Bharu Kelantan  di dalam kereta Perodua Axia berwarna merah bernombor pendaftaran
XXX 3736.

gittewww detailnya ye.

nama anak ini ialah safiyya aisyah munawwarah binti hishamudin. 

itula tu, 
nak sangat titipkan kenangan perjalanan bersalin anak ke3 ni. 
sebelum mak nyanyuk kan.

tapi insyaallah ingatan itu masih malar segar lagi.
masih segar hijau dalam minda ni setiap apa yang terjadi pada hari tersebut. 

tersengeh sendiri pun ada kadang2 tu. 
halahai anak,
sungguh tak sangka macam gini awak keluar.

dengan tenang dari awal pagi mak melayan contraction. 
memang tenang dan rasa enjoys je.

halah,
lapor lah plak.

k lah, 
wa cau lu.
len li wa hupdate gi k.
xo

draf : 23.10.2018
hadoih......


Wednesday, December 13, 2017

catatan sekolah novya : ohoi, dah habis darjah 1

Assalamualaikum wbt.

terbaca entry catatan sekolah novya.
tergeletek hati mak. 
tersenyum sorang2 mak membacanya.

dulu mak buat entry tu dalam hati gundah gulana sayu risau. 
tapi bila mak baca sekarang, 
mak rasa bangga, u did it novya !

dari seorang anak yang menangis setiap pagi di pintu sekolah, 
kepada seorang anak yang tersenyum manis ke sekolah dan balik sekolah. 

dan novya sendiri pernah bagitau mak,
kaklong dah faham kenapa mak hantar kaklong pergi sekolah. 
i'm so proud of you my dear. 

2 tahun menimba ilmu di little caliph.
banyak sangat perkara positif yang teachers terapkan dalam diri kaklong.
mak rasa mak sendiri tak mampu nak berikan ilmu2 yang sebanyak itu. 
jadi segala tangisan dan air mata kaklong yang dulu bertukar menjadi satu kenangan yang manis untuk dikenang. 

dan mak rasa tak sabar2 untuk bagi kaklong baca catatan sekolah novya.
supaya kaklong tahu yang kaklong dah berkembang menjadi insan yang baik dari sebelum ini. 

tahun depan, 2018 kaklong dah masuk darjah 2. 
ohoi, cepatnya masa bergerak. 
yang cerita darjah 1 pun belum sempat nak catat lagi. 

alhamdulillah mak dan ayah rasa berbaloi dengan pengorbanan ongkos dan masa dengan menghantar kaklong di sekolah yang kaklong belajar sekarang.
walaupun pada awalnya mak dan ayah meragui kemampuan kami untuk menampung perbelanjaan sekolah kaklong, alhamdulillah allah permudahkan. 
walaupun ini baru permulaan, belum masuk uni lagi.
tapi takpe. mak ayah akan cuba yang terbaik demi pendidikan anak2 mak ayah. 

dan mak percaya asas yang baik adalah penting untuk masa depan yang baik. 
bukan masa depan di sini saja, yang lebih penting adalah penentuan di alam sana nanti. 
mak ayah inginkan yang terbaik untuk anak2 walau kami bukanlah ibubapa yang terbaik untuk dijadikan role model.

semoga tahun 2018 allah bukakan hati kaklong untuk menerima ilmu akhirat dan dunia dengan sebaiknya. 
dilembutkan hati untuk menerima teguran dan ajaran yang baik.
didekatkan dengan kawan2 dan guru2 yang membawa ke arah kebaikan. 
diberikan ganjaran pahala yang banyak agar impian kaklong untuk masuk syurga dimakbulkan allah. 

maafkan kesilapan mak ayah dalam mendidik dan menegur kaklong. 
kami tidak sempurna tapi kami cuba untuk jadikan kaklong insan yang jauh lebih baik dari diri kami sendiri. 


ini yang dah beberapa minggu sekolah kot. 
dah buat grading ujung musim sekolah ari tu. 
insyaallah boleh upgrade tali pinggang nanti. 

aktiviti hari pertama sekolah.

salah satu aktivit wajib dalam jadual sekolah setiap hari. 

siap buat peace sambil senyum.

ini perhimpunan hari pertama sekolah sesi 2017.
itu kaklong yang matured dah tak nangis ke sekolah. 

gambar2 lain sepanjang 2017 nanti mak tepek sini buat tatapan kaklong. 

* mak terlebih rajin hari ini. 
2 entry sekali. 
good job untuk mak.