Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, January 19, 2014

anak kecil berhati suci.

Assalamu'alaikum w.b.t








serius, 
rindu amat kat budak ni. 
tak sabar sangat nak balik peluk cium ketat2.

sape tak rindu bila mak sibuk duk cuci pinggan mangkuk kat dapur,
datang dari belakang,
peluk paha mak (sebab ketinggian awak takat tu je),
dan berkata, " tayyang... mak.
atau 
kadang2 berkata, "mak buat ape tu...".
atau 
kadang bila mak konon2 sibuk nak masak, 
datang dan berkata, "adik toyong (tolong) mak boyeh(boleh)..?".
atau 
bila dah bosan dan tade idea nak main,
datang kat mak dan berkata,
"tayyang... mak".
atau 
tiba2 datang pada mak dan berkata, "time ka...teh mak".
(time kaseh mak).
tiba2, tanpa apa2 sebab.

kalau mak belikan mainan ke, baju baru ke, apa2 ke logik la jugak.
ini entah kenapa2, tade sebab apa2, 
tiba2 cakap time kaseh mak.
tapi, 
walaupun tanpa sebab,
kerana tanpa sebab tu membuatkan ucapan tu jadi lebih istimewa.

time kaseh novya...
time kaseh Allah.

dalam sehari tu berkali2 duk ulang kata
tayyang mak.

sape tak nindu...?

* gambar jaman muda masa umur setahun gamaknya. mak lupa. 

No comments:

Post a Comment