Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Wednesday, October 3, 2012

hada labo !

sape penah tengok iklan hada labo ?
comey kan bunyi sebutan "hada labo !"

produk ni aku baru je kenal.
memberku khadijah yang perkenalkan.
dia dah try, dan memberikan komen positif.

tapi semasa diperkenalkan dengan produk ni, 
aku tak beli terus.
sebab masa tu masih lagi dengan setianya menggunakan
organic aid moisturizing cream.
sekarang pon aku masih lagi menggunakan cream ni. 
rasanya nak setia kepada cream ni je sebab memang berkesan.
halusssss dan selesa memakainya.
yang penting berkesan.

tapi, 
aku tergoda jugak nak try hada labo ni.
walaupun aku rasa fungsinya lebih kurang sama dengan cream organic aid. 
melembapkan.

tape la, coba je la kan.
cream organic aid aku pakai waktu malam.
hada labo aku pakai waktu siang.

so, aku bersama memberku khadijah mengusyar di watson.
dan kebetulan ada pulak trial pack.
bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal dan selimut,
kami tanpa ragu membeli trial pack hada labo.





yang no.2 tu katanya lotion tapi sebenarnya toner.
orang jepon memang panggil toner lotion.






1-wash

keterangan produk



2-toner/lotion

keterangan produk
               

3-moisturize

keterangan produk


walaupun memberku khadijah sedia memilikinya, tapi masih teringin membeli jugak.
sebab trial pack dalam packing yang kecil dan mudah kalau nak bawak g opis.
kalau packing biasa, botolnya agak besar dan tak efisien. (?)

170 ml


trial pack yang aku beli tu dengan harga RM 19.90.  
kira berpatutan la jugak.
dapat complete set = wash, toner, moisturizer.

dah 3 hari aku pakai.
kalau nak buat review pon tunggu dalam seminggu dua lagi.
baru best nak cite.
kulit aku dikira ok dan tade masalah sangat. alhamdulillah.
so, kemungkinan takkan nampak perubahan yang ketara.

cuma aku tak suka liang roma yang agak terbuka nih.
so harap2 hada labo dapat membantu mengurangkan 
keterbukaan liang roma aku nih.

tapi,
apa yang best bila tepek benda ni kat muka,
terasa kelembapannya ye.

pernah tengok iklan hada laba ?
tadi dah tanya. heehe...
lepas model dia tempek2 hada labo kat muka, 
dia tempek tapak tangan kat muka, 
melekat2 antara tapak tangan dan muka dia.
hadoisss... boleh bayang tak apa yang aku cuba sampaikan ni ?



tengok la iklan ni dolu.


hada labo menggunakan produk dari tumbuh2an dan tiada alkohol.
sangat sesuai untuk insan2 yang berkulit sensitip.
tade bahan kimia dan pewangi. 

 tayah tempek banyak2.
sikit dah cukup, jimat.

aku try buat macam model tu buat,
dan memang betol.
melekit2 ye, kia tepok2 sikit, baru la hada labo 
meresap elok lagi ke dalam kulit kita.
best pulak main tempek2, pastu merasa kelembapan kulit kita.

cara membuatnya (macam buat kueh pulak):
tempek2 kan hada labo ke wajah korang 
menggunakan tapak tangan.
lepas tu, letakkan tapak tangan di pipi,
senggengkan kepala korang 45 darjah,
(kalau letak kat pipi kiri, senggengkan ke kiri, 
dan sebaliknya).
tekap sekejap, then korang tarik tapak tangan korang.
rasa dan lihat kelembapan di wajah korang.

saya suka ! saya suka !
tak sabar2 pulak rasanya nak tempek lagi kat mukaku  ini.


insyaallah nanti aku buat review yang lagi detail 
pasal hada labo ni ye.


sila la mebelek2 kesah hada labo kat website dorang ni.


hada labo adalah dalam bahasa jepun. 
jika alih bahasa ke bahasa melayu 
hada : kulit
labo : makmal


PERFECT x SIMPLE


ikuti sambungannya di bawah ini : 
hada labo vs organic aid vitamin e moisturizer








No comments:

Post a Comment