Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, July 29, 2012

biskut raya impian di hari raya

waaahhh....
tajuk dah macam nak raya besok kan?
melampau kot. puasa baru 9 hari, 
dah sibuk piki pasal biskut raya.

ala, orang lain tu,
belum tau bila puasa dah mula cari baju raya.
tapi tu tak dikira melampau.
bukannya tak sabar nak raya.
bimbang tukang jait tanak amik tempahan.
 - alassan !

kembali kepada topik kita.
dah macam rancangan meja bulat pulok.

saje je gatal nak kongsi biskut impian hatiku di pagi syawal.
biskut ni kalau tak raya pon boleh makan.
kalau kau rajin buat, kau boleh makan.
kalau kau malas buat, kau tunggu la raya, 
ada tuan umah hidang biskut tu, makanlah kau.

tahun ni aku tak pasti lagi samada berbancuh sendiri 
atau bertunjuk2 di kedai saja.
bergantung kepada suasana dan keadaan.
cabaran aku sekarang, si anak dara aku tu.
pantang bunyi sikit, mula la nangis.

bunyi blender, mixer dan vacuum memang dia pantang.
aku pun tak paham.
lemah semangat ke apa.
bunyi guruh petir takyah cakap la.

nampak gaya, buat biskut yang tak pakai mesin la. 
kita pakai tangan je.

orait... ni biskut impian di pagi syawal aku.



tade la banyak pon.  
ini je...

tart nenas harus ada.
paling aku suka tart nenas sulong (my eldest sister).
gebus dan bersembur dalam mulut.
aku pernah buat raya tahun lepas. 
tahun ni tak buat lagi.
harap2 menjadi lagi.
resepi sila amik kat sini : 


filling tu korang buat la jem nenas sendiri

almond london, bukanlah pebret sangat. 
pebret suami.
aku suka sebab ada kacang dan coklat tu.
tapi biskut ni aku tak pernah buat sendiri.
tempah dengan member opis.
sudah 3 tahun berutut2 buat tempahan dengan akak ni.
tahun ni beliau pregnant, tapi masih semangat wat biskut raya.
moga2 babynya rajin macam maknya =)

semperit a.k.a biskut dahlia.
harap2 ada macik2 yang hidang biskut ni.
lagi best kalau home made.
pure rasa butter.
sedapppnyaaa.....

biskut arab, gebu di tangan, cair dimulut.
buat sendiri aje.
malah tidak melibatkan apa2 mesin.
novya pon takkan susah hati.
tatau la kalau nanti dia sibuk nak tolong mak jugak.
tolong la sangat kannn..


cornflakes madu,
juga harus aku makan.
sendiri buat sendiri makan juga.

biskut yang mudah2 ni boleh la aku buat.
kalau bahan dah 5 6 jenis agak malas sebenarnya.
leceh.
aku suka yang simple mimple, no pimple.
heehee...

* balik keje nanti singgah kedai beli kulit popia nak buat 
popia simpul kashih shayam =)





No comments:

Post a Comment