Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, March 3, 2014

tanggungjawab kak long

Assalamu'alaikum w.b.t
salam tengahari yang agak lapar.
memang rasa lapar tapi kemalasan nak turun ke bawah dalam cuaca panas
membuatkan aku sanggup makan tengahari dengan memakan roti berkrim saje.

untuk makluman kebahagiaan bersama,
aku nak maklumkan yang aku dalam fasa mengandungkan 
ananda yang kedua.
alhamdulillah setakat masa ni kandungan dalam usia 10 minggu.
alhamdulillah jugak alahan tak teruk dan setakat ni takde muntah2.
cepat penat dan rasa nak berehat lama adalah perkara biasa.
mungkin itu lebih kepada faktor mengahda2.

novya dah sedia maklum yang beliau akan jadi kakak.
dan dengan baik hati merelakan diri dipanggil kak long.
yang berbunyi kak yong apabila disebut oleh beliau.

suka membahasakan dirinya kak long.
namun ada masa2 bila terlupa atau saje nak manje2,
diminta untuk panggil adik, meoww atau baby.

mak saja nak test tahap kebertanggungjawaban dan kesediaan 
novya untuk jadi kakak.
"nanti baby tubik, mak kena jago baby jugok.
tak po ko mok tok caro ko kak long ?"
dengan beryakin novya menjawab,
"takpo! eh, nati kak yong ya(la) jago baby".
macam pandai jeww... detik hati mak.
"kalau baby tiyok(menangis) kak long nok wat gano ?"
"kak yong oyat gini ko baby, tenyak (senyap) baby, tenyak"
sesambil tangan menepuk lembut bahu mak.

nampak gaya macam novya dah paham tanggungjawabnya.
rasa diperlukan untuk menjaga baby bersama mak.
harap2 begitulah yang akan terjadi,
bukan sebaliknya.

akak aku baru je selamat melahirkan baby awal bulan februari baru ni.
dan aku tengok novya amat teruja dengan kehadiran baby baru 
dalam rumah umi.
tiap jumaat nak gi umah umi nak tengok baby.
sampai je ajak mak tengok baby.
sesambil tengok tu bila ada rasa nak pegang,
dengan jari telunjuk, novya pegang pipi gebus baby.
tersengih2 kat mak.
suke le teww...





holo lolo....
comey nyo dorang tido.
tetiba rasa nak tido jugak.


entry takde gambar sendiri sebab memory card tepon tiba2 tak leh detect dalam phone.
mencik !

1 comment:

  1. tahniah umbim...bessstnyee...ehemmm..
    bakpo senyap jadi tenyap tu

    ReplyDelete