Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Tuesday, July 17, 2012

erti kata ramadhan


seperti kebiasaannya, pada hujung minggu aku akan pulang ke teratak ayahanda.  
salah satu sebab aku beria2 nak keje di kelate, supaya mudah nak  menjenguk umi papa, menanyakan kabar adinda2, dan aku sangatlah bahagia bila berada di kampung =)
selain dari kerana sebab utamanya = dapat duk serumah ngan suami terchinta. ngehh...ngeh...

walaupun tiap2 minggu aku balik, 
umi sokmo akan tanya nak makan apa, atau dia sendiri yang akan masak spesel2 punya.
itulah mak. kan? 
seronok dapat kumpul sama2 pastu makan2, cerita2, gossip2. 

sebenarnya dalam entry ni aku cuma nak kongsikan maksud perkataan RAMADHAN
tercetusnya isu ni bila adik aku sibuk2 duk tanya ayahanda maksud nama dia.
aku pulak tak bertanya pon maksud nama aku sebab yang aku tau nama aku ramadani 
sebab aku lahir bulan ramadhan. memang betol pon...
ayah aku cakap perkataan ramadhan tu ada maksudnya jugak.
maksud ramadhan ni panas.
panas, yang membakar nafsu dan dosa2.
dalam hati aku... "ouh... "
tak sangka pulak itu maksud nama aku.
selama ni tak terpiki pon nak cari maksud perkataan ramadhan.
tapi kenapa maksud ramadhan tu panas ye. 
kenapa tak bermaksud baik ke, sabar ke. sebab kan bila orang berpuasa kena banyak bersabar dan berbuat baik.

MAKANYA !!...
aku menggoogle dan mencari fakta maksud perkataan ramadhan.
inilah hasilnya.... (Asik2 publish entry hasil carian google je =P )

Ibnu faris menyebut asal perkataan yang pangkalnya ra'-mim-dha' bermaksud :
"ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya".
Ramadh bermakna kepanasan batu kerana kepanasan cahaya matahari. 

Al Raghib menyebut : "Ramadhan dari perkataan ramadh iaitu teruknya kesan panas matahari".
kata Assamin Al Halabiy tentang sebab  dinamakan ramdhan : 
kerana kebetulan pada masa puasa mula difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas. 

Ada pula berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan.

Al Qhadhi Abu Yaala al Farraa' menyebut tentang rahsia penamaan ramadhan : 
"dikatakan ramadhan kerana ianya membakar dosa2 dan menyahkannya".

ada kaitan ke dengan sikap aku yang cepat panas? 
tapi walaupun cepat panas, tapi cepat pulak sejuknya.
panas2 kuku je... huiii...hui...

kita pon dah hampir nak menjengah ke bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni.
so aku mintak ampun dan maap kepada anda2 yang sudi membelek blog aku ni.
kot ada salah silap dari kata2/ayat2 aku samada secara live atau siaran tertunda. 
jugak dari gerak geri aku. kot2 ada yang tercubit tercuit mana2. 

semoga ramadhan akan memberi 1001 satu kekuatan untuk kita
menempuh kehidupan di bumi Allah ini. 
amin....

* kenapa taleh tempek gambar ?





No comments:

Post a Comment