Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, June 16, 2013

product review : talking muslim doll aamina

Assalamu'alaikum w.b.t

selamat tengahari dolls !
selamat berhujung minggu pada yang berhujung minggu.
selamat memulakan kerja pada yang kerja pada hari ahad.
semoga hari ni bertambah baik dari hari sebelumnya 
dan bertambah rahmat dariNya.

selamat berpuasa kepada yang berpuasa di bulan Syaaban.
dah boleh berlatih puasa dah ni.
tinggal beberapa minggu je lagi Ramadhan nak tiba.
semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini.

baiklah,
merujuk kepada entry di bawah :
hari ni nak sambung story pasal aamina ni.

selamat berkenalan dengan kawan baru novya.
mak menamakannya aminah.
dan novya memanggilnya aminah jugak.

nasib baiklah novya menerima baik kehadiran aminah.
tersengeh2 bila mula2 tengok aminah.
pastu dengar pulak aminah bersin.
suka noya dengar.

sekarang pon konon2 picit idun novya,
novya pon cakap "hamduyah"
(alhamdulillah).

semoga novya dapat berkawan baik2 dengan aminah.
dengan kakak jugak.

tapi betul lah,
walau apa pun yang datang, kakak tetap di hati novya.

bak kata beyonce, irreplaceable.
to the left, to the left...


berkawan baik2 ye. 


sekarang, bila nak gi umah nekma,
kena bawak dua2 ni.
kakak opkos la memang kena bawak.
dan jugak aminah.



novya bawak aminah naik buai laju2.




maaf, gambar agak cekci.


ni cara guna talking doll.
boleh baca kat sini.

doll ni taleh dibasuh sebab peti suaranya terpasang siap
di badannya.
so ingatan untuk mak dan novya,
kena cermat2 la sikit.
jangan tercicah gulai kari sudah.

kalau kakak tape la, boleh dibasuh.
cuma novya je, yang masalahnya.
tak bagi basuh kakak.

tapi kadang2 dia pulak tanya,
"mok, bakpo adik tak bagi basuk kakak"
hadoii.. patut mak la tanya soalan tu kat novya.


kebolehan aminah.






bagi ibuk2 bapak2 yang berminat, 
boleh beli kat Super Muslim Kids.
* ini bukan entry tajaan.

semoga entry ini bermanfaat untuk semua =)

xoxo


Wednesday, June 12, 2013

Lawatan sambil belajar ke Pulau Mutiara - day 1

Assalamu'alaikum w.b.t
hi dear readers.
semoga sihat walafiat dan penuh berkat pada 
hari ni dan hari2 mendatang.

hari ni nak kongsi pengalaman
lawatan sambil jalan2 
ke pulau pinang baru2 ni.
tade la baru sangat.
dah 2 minggu dah.


perjalanan bermula pukul 8.00 pagi dari rumah ummi.
perjalanan melibatkan 2 buah kenderaan.
seramai 13 orang peserta mengambil bahagian dalam lawatan ini.


faizal taher pon join sekali lawatan ni.


view dari puncak titiwangsa.
subhanallah.
sangatlah cantek awan2 ni.
rasa macam nak main lompat2 kat atas awan tu.
kenyataannya,
kalau ko lompat, 
pastinya jatuh bedebuk ke bawah dan 
bukannya ke atas.

antara peserta lawatan.
berskirt ala2 hindustan lagi.
(eh, harry potter pon ada ?)


semua peserta lawatan teruja melihat keindahan alam ciptaan Allah.
masa kitorang sampai kat puncak titiwangsa tu,
jam lebih kurang 10.30 pagi.
matahari dah mula menayangkan wajah ayunya dari balik bukit.
tapi suhu kat atas puncak ni memang menyamankan.
sejuk... mungkin macam kat tempat mat saleh kot.
verangans la sikit.

salah seorang peserta lawatan iaitu novya delisha munawwarah 
telah dengan redhanya memulakan perjalanan tanpa 
memandikan diri.
sebab itu beliau memalingkan muka dari kamera kerana
tidak mahu wajahnya yang ayu tapi berair liur basi diambil. 


peserta lawatan yang akan ditinggalkan di pulau pinang.
bukan yang kecik tu, 
tapi yang dewasa tu.
motif ke pulau pinang pon kerana dia la. 
(kalau tinggalkan yang kecik tu, meraung la mak.)





seronok melihat keindahan alam semulajadi sepanjang jalan.
tengoh aku pulak sebagai pemandu,
dengan gigih dan bertabah memandu walaupun jalan berbukit bukau
dan naik turun bukit.
semangat untuk berjalan2 ke Pulau Pinang mengatasi segalanya.
cayalah tengoh !
pasni boleh la pergi legoland pulok.




alhamdulillah...
akhirnya sampai ke Pulau Pinang.
ini buktinya.



setibanya di Pulau Pinang,
melilau cari tempat menginap.
penginapan untuk di Kepala Batas dah setel seperti
yang untuk di Pulau Pinang ni tak setel lagi. 
yang mana aku contact sume penuh.
berkebetulan dengan cuti umum dan cuti ujung minggu.

dengan kepenatan dan perut kelaparan,
dengan bertabah kami mencari hotel yang berpatutan.


banyak hotel dan rumah yang dibina di batu feringgi ni. 
tapi sumenya memang mahal dan tak mampu kot.
hish... kalau la aku ada duit,
aku nak beli satu.
jadi istana singgah aku bila mai jalan2 Pulau Pinang.
verangans part ii.

akhirnya, 
berjaya jugak kami dapat hotel bajet.
bilik kira ok la, selesa la jugak.
siap hangkut beg masuk bilik,
apa lagi...
bukak bekal makan nasik.
ummi memang selalu sediakan nasik kalau jalan jauh2.
lauk penting, ayam goreng berlado.
cukup untuk membukak selera.


rehat kat bilik barang 2 3 jam,
tengoh ajak gi jalam2 pulok.
katanya apa guna datang kalau nak terperap dalam bilik.
memang bersemangat inspira betol la tengoh aku ni.

kitorang gi jalan2 ke 
telok bahang.
mula2 tu kesesatan jugak.
nasib kami agak baik bila ada sorang pakcik tengah 
ronda2 ngan kete kancilnya,
dengan baik ati menawarkan diri untuk menunjukkan jalan.
terima kasih sangat kepada pakcik tu.


novya telah tertidur semasa rombongan lawatan kesesatan di jalanan.
makude dengan kasih sayangnya menawarkan diri 
untuk mendukung novya.
al maklum la, nantikan makude jadi orang Pulau Pinang.
dah taleh men ngan novya selalu.

ahli rombongan sedang menuju ke jeti untuk menaiki bot.
meronda2 sekitar pantai.
harga satu bot adalah RM80.

tapi bergantung kepada jarak korang nak ronda tu.
yang paling mahal RM 150++,
boleh pergi tengok penyu dekat pantai duyung.
(kalau tak silap aku la.)

ketua rombongan.
ummi dengan berhati2 melalui jeti rapuh ni.
takut jeti runtuh satu hal,
satu lagi takut tumit selipar yang runcing tu 
melekat kat celah2 papan.

herm... jangoklah mok aku ni.


muka bahagia dapat naik bot.
tapi sebenarnya tak berapa bahagia sangat.
sebab tak pakai life jacket.
tawakal semoga selamat pergi dan balik.


peace yoww !!!


syada, irsyad, irfan.


atok adalah orang yang paling bahagia pada hari tersebut.
sebab novya nak duk ngan atok sokmo.
perjalanan dari Kelantan ke Pulau Pinang pon novya 
naik kete ngan atok.






comey tak kak ton ??!!


faizal taher in the boat !!!

bot kami berhenti sampai sini je.
tapi tak turun pun. tade jeti.
jadi kami malas membasahkan kaki. 
duk je sekejap tengok anak2 monyet berlarian2 di gigi pantai.
then pusing balik ke jeti.

ahli rombongan - tak termasuk aku.


do contact him kalau rasa2 nak naik bot.


kebulatan menjelma di wajah kami.
habis selebet tudung mak.
novya masih dengan mood mengantuk.


"A grandfather is someone with silver in his hair and gold in his heart"


habis round ngan bot,
kitorang round2 area jeti tu.
rupanya jeti tu dekat dengan pintu masuk ke taman negara Pulau Pinang.


yang last tu paling best :
"tidak nampak kayu : ada orang ambil".


novya berusaha buat peace.


masih dengan peace. 


dan masih kekal peace.
alahai atok pon...
muka memang bahagia betol. 
sengeh sokmo.

ayah su dan mok teh.


berpimpinan tangan sokmo.






boleh contact nombor di atas untuk menginap.
dekat dengan kedai makan. banyak pilihan.
dan boleh jalan kaki untuk ke pasar malam, down town ke apa aku pun 
tatau dorang panggil apa.

tapi memang seronak kalau nak shopping kat situ.
tengoh dengan semangat nak jalan2nya telah berjalan ke kaki kesana 
dengan makude pada belah malamnya.
ahli rombongan yang lain dah selebet penat nak tido.

kat situ (pasar malam tu), ada tempat massage.
kaki tangan sume boleh diurut.
baju, handbag, jamtangan, aksesori,
souvenir, kedai makan, bla.. bla.. bla..
maksudnya macam2 ada.

aku memang dah surrender.
malas la nak gi. 
dengan novya yang pasti akan meragam.
bek lepak dalam bilik tengok tv.
(dalam hati memang nak ikut sangat,
tapi tade sape nak jagakan novya).

itu sahaja untuk catatan hari pertama 
lawatan sambil jalan2 kami ke Pulau Pinang.
InshaAllah akan hupdate untuk hari kedua pulak.
2 minggu dari sekarang.
muwehehe...

harap entry ni bermanfaat.







Monday, June 10, 2013

Talking Muslim Doll Aamina & Yousuff

Assalamu'alaikum w.b.t dolls !!!
happy monday !
biasanya ari senin,
aku selalu tengok kawan2 mengepostkan
kelemauan hari senin mereka. 

come on la babe,
its just a day after sunday.
bukannya apa2 pon kan.



so, have a nice day dolls !!!

dear novya, 
recently,
mak memfollow blog dr. halina,
isteri angkasawan negara kita yang dikatakan segak dan kacak tu.
2 hari mak berjaya habiskan baca blog beliau dari first entry to latest entry.
semangat kan ?

for your info,
mak join sekali larian angkasawan masa tahun 2005 tau.
apakan daya, yang first round,
berlari beberapa kilometer tu pun mak dah flat.
ada hati nak jadi angkasawati.
takpe la, janji dapat baju pree...

baiklah, 
motif entry ni adalah nak share sesuatu yang mak rasa agak ohsem !
talking doll, macam baby alive tu.
tapi yang ni versi islam.
ohsem kan ?

mak suka picit2 baby alive yang ada display kat parkson.
siap ajak novya join sekali.
novya pon kemain berminat tengok anak patung tu bercakap,
siap gelak2 lagi.

teringin jugak nak belikan untuk novya,
tapi bila piki dengan harganya, biarlah.
tak dok pekdoh pon (ayat penyedap hati).

terbaca entry kat atas terus terasa cam bestnya ada anak patung camni.

* bella sangatlah comel. lebih2 lagi bila dengar dia speaking london. 
boleh tengok dalam keek dr. halina.

islamic siap bertudung lagi.
dan yang menarik lagi,
ada bunyi - boleh bercakap.

boleh baca surah al-fatihah, al-ikhlas.
bila kita picit hidung dia akan bersin dan cakap alhamdulillah.
comey giles kot.
hihii...
(mak lebih excited dari anak).

Aamina & Yousuf bukan setakat boleh menyebut perkataan seperti "Alhamdulillah" dan "Subhanallah", mereka juga boleh MEMBACAKAN SURAH berserta dengan TERJEMAHAN. Tak cukup dengan itu, mereka juga boleh MENYANYIKAN lagu-lagu ISLAMIC ♪ ♫♪ ♫♪ ♫

Aamina & Yousuf boleh menyebut perkataan-perkataan berikut dan mengajar anak anda bila perkataan-perkataan ini digunakan :)
[✔] Assalamualaikum
[✔] Bismillahirahmanirrahim
[✔] La’illahailallah Muhammadur Rasulullah
[✔] Alhamdulillah
[✔] Subhanallah
[✔] Insya-Allah
[✔] Jazakallah
[✔] Mashaallah
[✔] Surah Ikhlas with TRANSLATION
[✔] Surah Fatiha with TRANSLATION
[✔] FOUR Islamic Song!


so mak dengan besar harapan di hati untuk memiliki doll ni,
mengusulkan kepada ayah.

dan,
ayah dengan bermurah hati meluluskan pembelian ini.
dah macam nak guna peruntukan ofis pulak.
siap permohonan kelulusan bagai.

tapi, 
maklumbalas dari ayah agak menyentuh hati.

ayah : Boleh gak syg order, 
tapi kalu nak ganti kakak rasa x terganti.  Boleh jadi kawan tambahan je rasa.

mak : mungkin la kot. tapi takpe la. 
kot2 lama2 ti noya berubah hati. tapi tu la, kesian pulak kat kakak 
kalau noya dah melupakannya.  harap2 tak.

* kisah hati kakak dan novya ada dalam entry 

maklumbalas mak lebih menyentuh hati rupanya =p


dengan semangatnya mak order
aamina doll dari Super Muslim Kids.
berapakah harga doll ohsem ni ?
RM 175.00 termasuk postage.
(semoga perbelanjaan ini bermanfaat ke arah kebaikan).

fyi, talking doll ni ada 2.
satu yang lelaki nama yousuff.
satu lagi yang perempuan nama aamina.

dan, 
mak dengan bertabah hati sedang menanti parcel tiba.
inshaaAllah besok sampai.

dan macamana penerimaan novya terhadap doll baru ni.
sebab semalam dah bagi hint.

mak : adik nok kakak baru ? cantek...
novya : tanak. 
mak : kakak baru wangi. kakak ni dah busuk. 
kita bagi orang lain deh.
novya : occeeii !!!

adakah cinta pandang pertama akan merubah segala2 ?
nantikan episod selanjutnya...

* sedih pulak kalau nanti novya lupakan kakak.
sobs... sobs...