Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Wednesday, December 18, 2013

Kenapa Perlu asid folik ?

Assalamu'alaikum w.b.t
selamat hari gaji. 
eh, ingatkan dah gaji ari ni.
ada orang tu kompiden bawak duit 10 hinggit je ari ni datang opis
sebab ingat ari ni dah gaji.
hehee...
nasib dapat breakfast free kan kak ?

ari ni nak feeling jadi doketor boleh ?
nak share info tentang satu jenis ubat yang baik untuk semua. 

Folic Acid/Asid Folik 
disebut juga sebagai Folate.
dikenali juga sebagai Vitamin B9
yang diperlukan oleh tubuh untuk :
- membina sel2 baru dalam tubuh.
- penting untuk membina DNA baru.
- membaiki DNA yang rosak dalam sel.

harus diambil oleh wanita hamil sebaik sahaja hamil
(selepas korang kompemkan melalui urine pregnancy test (UPT) atau scan).
sekurang2nya untuk 12 minggu pertama (trimester pertama).
kenapa ?
kerana pada tempoh ini perkembangan otak dan sistem saraf dalam rahim
berkembang dengan cepat. 

selepas memasuki trimester kedua, pengambilan folic acid boleh dihentikan.
namun masih boleh diteruskan kerana ia tidak mendatangkan mudarat kepada tubuh.
ini kerana ia larut dalam air.
maknanya jika korang terlebih amik,
ia tidak akan disimpan dalam hati (pusat simpanan nutrient),
ianya akan dikeluarkan melalui air kencing.

folic acid sangatlah diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina sel2 baru.
kekurangan folic acid kepada ibu mengandung boleh memungkinkan
kemudaratan kepada bayi yang dikandungkan. 
antaranya :
- bayi yang dilahirkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifida dan neutral tube defect.
- masalah bibir dan lelangit bercelah (lip and palate palate).
- kecacatan jantung (congenital heart disease).
- risiko lahir pramatang.
- perkembangan fizikal bayi dalam rahim terencat.
- menyebabkan peningkatan kandungan homocysteine dalam darah yang 
akan menyebabkan keguguran secara tiba2.
- kehamilan yang mempunyai komplikasi seperti pendarahan disebabkan
oleh placental abruption atau sawan ketika hamil (pre eclampsia).

dos yang diperlukan adalah :
wanita biasa : 400 microgram/mcg = 0.4mg sehari.
wanita hamil atau menyusu : 600-800 microgram/mcg = 0.6-0.8mg sehari.
dos maksimum bagi :
lelaki : 1000microgram/mcg = 1mg sehari.
hoh, okkeii... aku mati2 ingat folic acid ni untuk wanita2 sajo.

namun dos boleh ditingkatkan bergantung kepada doktor yang merawat terutama
bagi wanita yang mempunyai risiko tinggi :
- mengalami kecacatan pada bayi pada kehamilan yang lepas.
- suami atau wanita itu sendiri mengalami masalah kecacatan tiub neural/neutral tube defect (NTD).
wanita itu mengambil ubat sawan (epilepsy).
- wanita itu mempunyai penyakit ceoliac disease, diabetes, sickle cell anaemia
atau thalassaemia.

Folic Acid dan Kesuburan.
-membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki.
- mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki.
kecacatan kromosom pada sperma lelaki apabila disenyawakan dengan telur ovum
akan menghasilkan janin yang tidak hidup lama yang 
memungkinkan risiko keguguran di awal kehamilan.

untuk mengurangkan risiko ini, suami dinasihatkan untuk mengambil
folic acid antara 700-1000mcg = 0.7-1mg sehari.

folate/folic acid adalah suplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis bagi lelaki.
bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum,
pembentukan plasenta dan ketika janin ditanam dalam rahim.


ini folic acid yang aku amik dari farmasi Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu.
kebetulan kerja dengan Jabatan Kesihatan Negeri,
apalah salahnya jika memanfaatkan peluang yang ada untuk mintak stok ubat.
biasanya kirim je kat abang din, nanti abang din gi amik je kat farmasi KKBKB.

ubat2 demam, batuk, selsema, panadol, ubat cacing, ubat biasa2 boleh kirim2 je.
sape yang nak stok ubat, cakap kat aku.
aku boleh supply.
eh, tiba2.
hee...

yang ni 5mg untuk 1 biji pil. 
maknanya dah terlebih sangat dari dos yang sepatutnya.
tapi takpe, ia tidaklah memudaratkan. 


sumber bahan untuk entry di atas adalah dari web 
untuk maklumat yang lebih lengkap korang boleh baca di web di atas.

apa yang aku kongsikan disini adalah apa yang telah aku paham dan aku rengkaskan.
bukti :

dengan gigih menyalin nota dan maklumat yang dirasakan penting dan perlu.
tulisan ada gaya doketor kan ?


halaman kedua.
siap ada bp set atas meja. 
memang kena ngan gaya ala2 doketor. cuma kalau ada stethescope lagi kena. 
ok, verangans.
sambil2 salin nota, 
book hotel untuk bos.
kali ni harap2 tiada masalah bayaran dengan pihak hotel macam yang pernah aku 
(tajuk panjang tak muat poster).
fyi, aku masih belum dapat duit yang dorang cakap nak refund tu. 
malas nak cakap banyak. 
lupakan saja. 

page ke3.
tulisan dah terlebih over dari doketor.
sebab dah malas sangat nak menulis. 
aku spesis penulis yang pemalas nak menulis.
semakin lama menulis, semakin pencakar ayam tulis aku.

oh ye, 
rujuk di sini juga untuk lebih memahami.
juga senarai makanan yang megandungi folic acid.

semoga bermanfaat untuk semua. 
xoxo


2 comments:

  1. ooooo bakpo ahkak sero makan cili ni kakakaka.

    Ahkak make acid folic semenggu 2 3x jah telan sebab sero nok mutoh lps mkn huhu.
    (tapi 2hari lps abam mkn 4biji sekaligus, katanya ubat selesema dia... erkkkk mazhab mano tok tau... kot nyo tukkar dgn vitamin c hahaha).

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa !! cili kering x pedah mana.
      time pregnant mace2 sero. ore pun time pregnant dlu x make2 pun. lpas tau ni baru rs insap sikit utk make.
      hoh, boleh jadi ubt selsema ke ?

      Delete