Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, April 8, 2013

andaiku bercinta lagi - mojo

Assalamu'alaikum w.b.t
salam hari isnin untuk insan-insan cantek dan segak. 
semoga kita sentiasa beroleh rahmat dari Allah =)

dah lama tak karoxx.
so, jom kita karoxx !!!

lagu untuk kali ni sangatlah istimewa.
komposer untuk lagu best ni adalah edry abdul halim.
pencipta lagu pebret aku : sedetik lebih =)

masa mula2 lagu ni kuar di copong/corong radio, 
aku tade la minat sangat. 
rasa cam biasa2 je.
dengan penyanyinya melalak bagai nak rak. 
apa benda la lagu mojo ni.
nama kumpulan pon tah pape rasanya.
heee...

lepas dengar penjelasan cheryl samad dalam AJL 27,
baru aku paham apa yang best pasal lagu ni.
katanya, 
lagu ni dicipta berdasarkan kesah sebenar kawan edry abdul halim.
isteri kepada kawan dia meninggal akibat kanser,
then edry ciptakan lagu ni untuk kawannya, 
oleh kerana memahami betapa kawannya ni sangat sayangkan arwah isterinya.
kalau didalami maksud lagu ni,
betapa dalamnya kasih sayang dia 
kepada arwah isterinya,
sampaikan dah tade ruang cinta untuk insan lain dalam hatinya.

dan lagu ni aku tujukan kepada abang abil.
seperti yang dah aku gitau kepadanya sebelum ni.


memang tiap kali dengar lagu ni akan teringat kak gee & abang abil.
sesuwai sangat2 ngan dorang.
bertuah kak gee dapat bersuamikan abang abil.
semoga allah mencucuri rahmatNya ke atas roh kak gee.
dan segala kebaikan abang abil terhadap kak gee, 
mendapat ganjaran pahala dari Allah.
dan semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada abang abil.
amin...


Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu


Source: http://www.lagubestbest.com/2012/05/andai-ku-bercinta-lagi-mojo-lirik-video.html#ixzz2Pq5xNRSK





No comments:

Post a Comment