Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, March 4, 2013

bertabahlah !

assalamu'alaikum w.b.t
salam kasih sayang untuk sahabat sekalian.

sama2lah kita doakan agar keamanan negara kita sentiasa dilindungiNya.

sedih dan sayu bila tengok wajah2 ahli keluarga perwira negara yang gugur di medan pertempuran di lahad datu.
kita hanya mampu bersimpati dan berdoa.
tak dapat nak bayang perasaan bila kehilangan orang yang kita sayang.
maksud aku, kehilangan yang selama2nya.
=(

mungkin bagi ahli keluarga perwira2 negara ni,
dorang dah bersedia jika wira2 ini rebah di medan perang.
sebab kita dah sedia maklum tugas mereka memang menggadai nyawa.
tapi pasti ada sekelumit perasaan sayu bilamana melibatkan kehilangan orang tersayang untuk selamanya.

meh amik tau sedikit sebanyak apa yang berlaku. 

akhir2 ni banyak aku dapat berita tak seronok. 
minggu lepas kawan suami aku meninggal.
kemalangan jalan raya di kuala lipis. 
minggu2 yang sebelumnya 2 orang kawan suami aku meninggal.
satu kemalangan, satu lagi kena serangan angin ahmar.
semuanya kehilangan yang mengejutkan. 

minggu lepas jugak aku dapat berita ayah kepada kawan ayah aku meninggal.
bunyinya macam jauh kan hubungan tu?
tapi aku kenal atok tu. masa kecik2 dulu selalu jalan2 umah anak dia.
aku pun panggil arwah, atok je.
masa aku balik kampung jumaat lepas,
ayah aku tunjuk gambar aku dengan arwah masa aku kecik2 dulu.
ayah aku cakap terjumpa gambar ni pulak.
hermm... sayu pulak rasa.


al fatihah untuk mereka. 




semalam baca blog abil4fauziah.
sekarang ni keadaan kesihatan kak gee semakin merosot. 
aku doakan semoga abang abil tabah dengan setiap apa yang berlaku.
dan dia memang tabah sebenarnya. 
aku kagum dengan tahap kasih sayang abang abil terhadap kak gee.
bertuah sangat2 kak gee =)
semoga Allah kembalikan kesihatan kak gee.
amin...















No comments:

Post a Comment