Monday, December 24, 2012

untuk musim sejuk ini

Assalamualaikum w.b.t
salam sayang untuk korang.

cuaca sejak akhir2 ni sangatlah lembab, sejuk dan terasa basah.
tiba2 merasa rindu akan curahan cahaya mentari yang menyinar.

kain di jemuran sudah berhari2 melembab.
keringnya tidak segaring dulu lagi.

selalu saja bermalas2 untuk beralih dari gebar yang 
hangat membaluti tubuh di dinihari.

untuk bulan disember ini, aku rasa lebih dari 3 kali aku lewat masuk pejabat.
maafkan aku, bukanku sengaja.
tapi semuanya gara2 musim ini.

musim sejuk ini.

minda mudaku  dan perut kosongku sedang 
membayangkan keindahan bau  dan rasa
ikan rebus yang  digoreng, dijamah bersama pulut yang ditanak empuk.

ikan kering pon sodap...

atau boleh dinikmati dengan nasik puteh hangat.

 sekali sekala boleh juga membasahkan tekak dengan kuah ikan singgang, 
ditambah dengan beberapa batang bendi.


ikan yang disinggang segar, dicicah pula dengan budu 
yang digaul bersama cili padi, serai muda, halia muda, 
dengan sedikit perahan limau nipis.



atau sekadar untuk kudapan di waktu petang,
pisang goreng panas dinikmati bersama secangkir teh muda.
jika ada rezeki,
dapat menjamah ubi kayu rebus dan kelapa muda parut 


dan dibasahahi tekak dengan kopi o cap kerbau.



indah...
sungguh indah...

tapi, 
aku hanya mampu menjamah ini sahaja
untuk mengisi kekosongan perutku di kala ini.


syukurlah...
dari tiada apa2.


(terasa makcik2 bila membina ayat dalam 
bahasa yang bagaikan skrip dalam cite p.ramlee)








Tuesday, December 18, 2012

suaramu yang merdu, membuatkan hatiku ghindu

assalamualaikum w.b.t.
salam sayang untuk korang.

alhamdulillah aku dah selamat sampai ke Demong.
mata ngantuk nak tido ni.
sebab terlampau kenyang.

on the way tadi, singgah makan dekat pantai irama.
betul2 dekat pantai irama, bachok.
ada satu kedai makan superb best.

budu, ulam, ikan bakar, kari kepala ikan, gulai kawah.
sangat best.
3 kali aku tonggeng nasik tambah.
heee...

memang pebreto aku la budu dan ulam ni.
ada ikan cukup la.
dah tak perlu ayam bandar, udang ketam.

cukup sekadar itu saja. 

alhamdulillah... bertambah selera bila orang tolong bayarkan.
semoga pembayar tersebut dilimpahkan rezeki dari Allah...

sekejap tadi bertelepon dengan suamiku sayang.

dan pastinya ananda sayang nak cakap dengan mak.

dan... suara kamu sangat comel bila dalam talian.

tibe2 mak rasa sebak.
(eleh,  mak sokmo gitu.
feeling lebih )

baru setengah hari tak jumpa.

semalam novya tak berapa sihat.
tengah2 malam bangun tido, termuntah.
kesian mak tengok.

rasanya perut kamu tak selesa, kembung.
mungkin sebab kamu makan buah duku.
walaupun sikit, kesannya sangat hebat.

so, beringatlah mak, lepas ni jangan sesekali bagi novya makan duku.

mak yang dah tua ni pon terasa kesan kekembungannya.

sori sayang...
mak janji tak wat lagi lepas ni.

jumpa ari khamis ni ye sayang.

In shaa allah. 





Monday, December 17, 2012

bila ku rindu... aku menyebut nama mu ! ewaaahh !!!

assalamualaikum w.b.t

salam bahagia sayang2 kuh !

[ terpanjang pulok tajuk entry ni ]


minggu ni kerja terasa singkat sikit.
sebab besok nak ke demong beach resort. 
menjadi kurusetia untuk program pelan tindakan opis aku.

so, 2 hari menjadi setiausaha pejabat, 
lagi 3 hari jadi kurusetia kursus.

berat hati sebenarnya nak berjauhan dengan ananda.
cadangnya nak ajak suamiku sayang sekali.
sambil bawak ananda main air. 
(macam la kat rumah tade air).
kat sana nanti kan ada kolam renang. 

oleh kerana cuaca sejak 2 3 hari ni menghujan je.
makanya tak jadilah bawak ananda dan suami sekali.
kalau hujan2 cani, kecut nanti berendam dalam kolam.

kalau ikutkan novya, 
walaupun kecut mecut jarinya dan segalanya,
tetap taknak berhenti main air dalam kolam.
(berdasarkan pengalaman lampau).

aku dah bagi hint awal2 kat novya.
yang mak nanti tade kat rumah 3 hari.
nanti tido ngan ayah.

yang pastinya, 
novya akan bermalam di rumah nekma.

rasa agak mustahil untuk ayah dan novya
tido berdua di rumah tanpa mak.
boleh ke ayah nak handle novya sendirian tanpa mak ?
heheee...

semalam dah tanya sekali lagi kat novya. 

perbualan adalah seperti berikut :

mak : adik, esok adik tido ngan ayah deh.
mak kena gi kursus.
ananda : uhhhh !!! tok wi !
mak : mak gi kejap jah. 3 hari ja. pahtu mak balik la.
adik tido umah nek ma deh.
ananda : tok wi ! (muka dah nak nangis).

berulang2 aku gitau dia aku kena gi kursus.
sambil mencipta ayat membodek.

mak : adik key pandai. nati adik nok gi skul.
mak gi kejap je pon. 
anok mok pandai. 

novya berlalu, 
pergi main papan gelongsor.
(masih lupa nak hupdate kesah beli playground set untuk novya).

tak lama lepas tu, 
terdengar novya bersuara,
"mak nok gi kuthus, adik duk nga ayah".

berulang2 lebih kurang 3 kali.

mungkin novya perlukan masa 
untuk memikirkan 
samada nak benarkan mak pergi atau tak.
hehe...

rasional betul anak aku ni.

harap2 novya ok sepanjang
mak tade bersama nanti. 

novya dah paham apa tu kursus.
bagi dia, 
bila mak cakap mak nak gi kursus, 
dia akan piki mak akan tinggalkan dia dalam 
tempoh beberapa hari.

macam cerita yang lalu dalam entry 

kali ni rasanya sedikit best
sebab boleh telefon dan berbual dengan novya.

bila aku telepon ummi atau papa
atau sape saja,
dialah orang paling sibuk nak bercakap jugak.
"nak hello mama".

so, boleh la mak telepon selalu.
mesti comel gillleess  suara novya dalam telepon.

yang pasti,
mak akan selalu ingat kamu
sepanjang mak kat sana.

tinggal 8 jam untuk pergi kerja pon dah rasa rindu tahap gaban,
apatah lagi 3 hari 2 malam tanpa novya.








my lollipop !


Sunday, December 16, 2012

kejutan kecil, besar maknanya.

assalamualaikum w.b.t
salam sayang untuk korang sume. 

akhirnya...
cik maghia elena yang best tu selamat menjadi isteri kepada suaminya.
alhamdulillah. 
manis sangat dorang kan?

semoga rumahtangga dorang sentiasa mendapat rahmatNya 
& jodoh dorang kekal hingga ke syurga.


ini adalah salah satu gambar yang agak sopan.
nak tengok gambar yang kurang sopan, 
maksud aku yang happening,
sila tengok kat instagram maria elena zarul.

sangatlah happening. 
mesti meriah dan gumbira sape2 yang berada di situ.

maghia memang roowwcckkk !!!


kembali kepada kehidupan aku 
yang happening jugok.

kesah kejadian semalam.

semalam aku terlebih rajin mengemas lemari dapur.
rearrange pinggan mangkuk yang mana tak guna, yang selalu guna.
bunyi macam banyak pinggan mangkuk kan?
macam ada patbelas set pinggan mangkuk.
kenyataannya hanya ada satu set pinggan mangkuk je. 
itu pun hadiah orang bagi masa kahwin.
hehee...
tak banyak pon, 
cukup untuk 3 beranak buat makan.

sedang aku asyik mencuci pinggan, 
kedengaran satu suara dari belakang. 

nasib baik tak terkejut.
tapi ada rasa terkesima jugak.

"mak uwat appo ?"

aduusss...
tolonglah.
kenapa budak ni comel sangat ?

tibe2 datang jenguk mak kat dapur.
siap membusy body tanya mak buat apa.

meleleh2 cair hati aku.

tak sabar nak balik jumpa budak comel ni.

bila naik kete,
sepanjang jalan bertanya.
walaupun soalan yang sama. 
benda yang sama dan benda yang dia dah tahu jawapannya.

kadang2 mak terbagi jawapan yang salah,
dia pulak marah kita.

contoh :
"ni ?" sambil tunjuk pada tingkap.
mak jawab "tingkap".
"etto la..." (kereta la).


mak jemah !

ini muka gembira.
 gembira sampai keluar air mata.

terngiang2 lagi dihujung cuping telinga, 
suara kecil yang bertanya,
 "mak uwat appo ?"


XoXo








Thursday, December 13, 2012

cuti2 malaysia = bercuti, berkahwin, berkhatan

assalamualaikum w.b.t

tawan2 sihat ke ?
semoga kita sentiasa di bawah rahmat kasihNya.

niat di hati nak hupdate 
kesah percutian kami baru2 ini. 
tade la baru sangat pon, dah sebulan yang lalu.
tapi...
masyaelahnya gambar2 takleh nak transfer masuk ke dalam PC.

kenapalah ye ?
dah sambung ke PC guna usb tapi bila bukak, 
folder gambar2 itu kosong sahaja.

sekosong lagu najwa latip.

aku pon tatau nak godek macam mana lagi.

kalau nak emel sume gambar2 tu, 
boleh je. 
tapi leceh.
bertambah dengan malas.

atau aku yang kejakunan tak reti nak buat macamana.

baiklah, 
nanti bila berjaya aku transfer gambar2 itu, 
aku citer la kesah percutian itu nanti.

cuti2 malaysia je pon. 
masih banyak yang belum diterokai.
pergilah bercuti !

sekarang ni musim cuti sekolah. 
dan aktiviti yang paling hot pada musim ini,
selain dari pergi bercuti,
adalah berhahwin dan berkhatan.

sebenarnya aku nak share
maklumat pasal berkhatan ni.

tapi...
tibe2 rasa macam tak best.
sebab bila aku google pasal berkhatan, 
ada terkeluar la pulak
gambaran yang tak sesuai untuk dilihat oleh umum.

kang time aku duk mencari2 maklumat
pasal berkhatan,
bos tibe2 muncul dari belakang
(bilik bos belakang meja aku),

terkeluar pulak gambaran yang tak sesuai itu,
maka akan berlaku pulak konflik di situ.

so, 
korang cari sendiri la ye. 
muaawwahahaa !!!

~ senangnya hupdate. 

silalah baca link dari wikipedia
pasal berkhatan itu kat sini

amaran sangat keras !
hati2 jika ingin bukak link di atas.


gempak tak amaran aku ?

selamat menambah ilmu di dada !


budak umor 10 tahun 
yang telah selamat dikhatankan - adik bongsu aku.
"tak sakit pon", katanya.









Sunday, December 9, 2012

kb burger bakar - kota bharu

assalamualaikum w.b.t

hai sayang2 kuh.
sihat kah korang semua ?
semoga kita sentiasa beroleh rahmat dariNya.

malam jumaat yang lalu,
kami 3 beranak keluar berdating. 

1 jak 2 3 menjak ni.
tiap2 malam jumaat berdating.
=)

alhamdulillah...

kali ni suamiku sayang nak 
acu cuba try test
burger bakar. 
yang dah lama glemer, dari kl, ke kb.
sume dah try dah.
kami je yang slow sikit.
naik ketapi wap. 
nak wat cano...


baiklah, 
maka berangkatlah kami menuju ke 
foodcourt nasik air hidang poksen 24 jam. 
terletak mengadap guardian, pizza hut dan sebelah bangunan kwsp, kota bharu.
kalau tak jumpa jugak, 
cari hotel sabrina court, atau klinik balkhis yang glemer satu kelate tu.



masa kami sampai tu orang tak berapa ramai lagi.
dalam pukul 8.15 mlm.
maybe dorang tunggu solat isya' dulu kot.

so, kami pon 
mencuit waiter untuk memesan makanan.

bagi mengelakkan ananda
mengganggu ibubapanya nak menikmati burger bakar nanti,
makanya, 
mak order la nasik goreng cina untuk ananda.

dan, 
untuk memesan burger bakar,
perlulah kita pergi order sendiri.

sistem kat sini macam food court la.
ada banyak pilihan makanan.

tapi yang len2 boleh order kat waiter,
burger bakar je kena korang gi order sendiri kat gerai dia.

dengan rasa ingin berbakti kepada suami,
aku pergi order burger bakar.
sangatlah berasap2 di situ.

pakcik yang amik order tu tanya, 
kena tunggu setengah jam ni, boleh ke ?

oleh kerana suamiku sayang dah lama berimpian nak makan burger bakar, 
so aku cakap ok lah. 

amik nombor dulu.

tapi aku order hanya untuk beliau sahaja.
tak sanggup den nak nunggu setongah jam dengan perut kosong nih.
lagipun aku tengok burger agak besar dan cam tak best je.
heeee...
sos meleleh2.
aku tak gomar burger pesen gitu.

orang nampak macam tak ramai,
tapi rupanya dah beratur panjang order burger bakar.
order via mobile kot...

kerana tak jadi makan burger bakar, 
aku order nasi air pokseng.
dan sila ambil maklum, 
nasi air itu sangat sedap.
recommended.

nasik goreng untuk novya dah sampai,
bagi mengelak beliau bosan, 
mak bagi can novya makan dulu.


sedap jugak nasik goreng ni.

nasik goreng memang pebret novya.

sementara tu, 
nasik air aku pulak sampai, 
so apa lagi.
makan dulu...



burger bakar masih tak siap2 lagi.

novya dah mula kenyang dan tanak abiskan nasik goreng.
dan sudah mula menunjukkan tahap kebosanan beliau.

ayah terpaksa bawak novya amik dan keluarkan angin 
sementara mak habiskan nasik air yang sedap tu.

nasi air aku dan abis,
novya dan pon abis amik dan keluarkan angin,
burger bakar masih belum siap jugak.

bergilir pulak mak melayan novya.
bawak novya 
cuci mata dalam guardian.

dan, habis cuci mata kat guardian, 
burger bakar masih belum siap.

baiklah, 
aku pergi tanya dan katanya sedang membakar.
"bungkus deh. tok jadi make sini".

dan, 
lebih kurang selama 45 minit menanti, 
akhirnya burger bakar pon siap.

ini yang size biasa2 saje. 
7.70 + cheese.


bertahan menahan perut yang lapar, 
sampai rumah terus suamiku sayang ngap.
dan komen beliau, 
" biaso jah, mace beger mc d. 
doh la sos meleleh2. payoh nok make.
kesimpulannya, beger bakar biasa sahaja."
sedap burger pasar malam lagi.

aku pon merasakan hal yang sama.
tiada yang special.
ku sangkakan dagingnya yang special dan lembut, 
atau rasa superb yang tiada dalam burger lain,
tapi lebih kurang macam burger mc d dan dagingnya agak berurat.

so, 
apa sebenarnya yang orang kata best tu ?

Thursday, December 6, 2012

hada labo vs organic aid vitamin e moisturizer

assalamualaikum w.b.t
hai sayang2 kuh !

hari ni kita akan saksikan pertembungan
antara hada labo dan organic aid moisturizer.

"rasakan jurus cakaran kucing terbang dari aku !!!"



baiklah, 
jika korang kurang jelas tentang 
apakah isu yang akan dibincangkan pada 
entry kali ni, 
makanya meh la aku menerangkan sikit.

aku telah menggunakan 
dua produk yang dah disebut di atas.
korang silalah merajinkan diri 
dengan membaca kesah dan review 
dari aku tentang kedua2 produk ni di pautan 

dan, 
sukacita dimaklumkan bahawa kedua2 produk ni sangat bagus.

konsep kedua2 produk ni sebenarnya 
lebih kurang sama je. 
untuk melembapkan kulit.

selama aku guna produk2 ni,
aku rasa dua2 bagus.

memang berkesan untuk melembapkan kulit yang kering.
seperti yang telah aku citekan dalam entry link kat atas sana.

tapi...
aku lebih suka dan selesa menggunakan
organic aid vitamin e moisturizer.

sebab ?
sebab memang best.
heeee...

cane nak cite ye?

hada labo untuk melembapkan jugak,
tapi tak mampu nak hilangkan parut.

hada labo jugak agak tidak 
membantu mengecilkan liang roma di muka aku.
yang mana masalah liang roma terbuka 
telah lama menghantui aku dan
memang aku tak sukakannya.

dan hada labo jugak 
membuatkan muka kelihatan
agak berkilat dan aku rasa macam mempunyai 
masalah wajah berminyak pulak. 
sedangkan tidak.

berbeza bila aku menggunakan 
organic aid moisturizer,
parut2 jerawat menghilang.

jerawat2 kecik yang baru nak menjengah 
ke muka aku pun tak jadi menjengah dan membesar.

paling best, 
liang roma aku lebih mengecil.
dan kurang terbuka.

dan yang best jugak,
kulit terasa macam berserrrriii...

so, 
jika ditanya 
yang mana best,
antara hada labo dan organic aid vitamin e moisturizer, 
aku akan pilih organic aid vitamin e moisturizer.

tapi...
aku guna pencuci muka hada labo.
seperti gambaran di bawah.



ini adalah pack besar. 
sebelum ni aku pakai yang trial pack, 
dan merasa sangat puas hati dengan pencuci muka ni,
so aku sambung penggunaannya dan beli yang besar terus.

kenapa best ?

sebab :
bintik2 hitam dihidung berkurang.
so, tak perlu lah aku nak kena tempek 
biore pore pack kat hidung
dan merasa sangat pedisss ketika nak membukaknya.

kulit muka terasa lebih bersih dan lembut.
dan yang paling best, 
bintik2 hitam berkurang.
aku ulang dua kali tu 
maknanya memang betul... betul... betul... la tu.

kepada korang yang 
sedang mencari2 kebaikan dan keburukan kedua2 produk ni, 
aku harap entry ini membantu.


* entry hada labo dan organic aid vitamin e moisturizing
memang laku sokmo.
- berdasarkan stats.

hupdate terbaru 
baca ni dan korang akan lebih paham =)