Monday, December 24, 2012

untuk musim sejuk ini

Assalamualaikum w.b.t
salam sayang untuk korang.

cuaca sejak akhir2 ni sangatlah lembab, sejuk dan terasa basah.
tiba2 merasa rindu akan curahan cahaya mentari yang menyinar.

kain di jemuran sudah berhari2 melembab.
keringnya tidak segaring dulu lagi.

selalu saja bermalas2 untuk beralih dari gebar yang 
hangat membaluti tubuh di dinihari.

untuk bulan disember ini, aku rasa lebih dari 3 kali aku lewat masuk pejabat.
maafkan aku, bukanku sengaja.
tapi semuanya gara2 musim ini.

musim sejuk ini.

minda mudaku  dan perut kosongku sedang 
membayangkan keindahan bau  dan rasa
ikan rebus yang  digoreng, dijamah bersama pulut yang ditanak empuk.

ikan kering pon sodap...

atau boleh dinikmati dengan nasik puteh hangat.

 sekali sekala boleh juga membasahkan tekak dengan kuah ikan singgang, 
ditambah dengan beberapa batang bendi.


ikan yang disinggang segar, dicicah pula dengan budu 
yang digaul bersama cili padi, serai muda, halia muda, 
dengan sedikit perahan limau nipis.



atau sekadar untuk kudapan di waktu petang,
pisang goreng panas dinikmati bersama secangkir teh muda.
jika ada rezeki,
dapat menjamah ubi kayu rebus dan kelapa muda parut 


dan dibasahahi tekak dengan kopi o cap kerbau.



indah...
sungguh indah...

tapi, 
aku hanya mampu menjamah ini sahaja
untuk mengisi kekosongan perutku di kala ini.


syukurlah...
dari tiada apa2.


(terasa makcik2 bila membina ayat dalam 
bahasa yang bagaikan skrip dalam cite p.ramlee)








No comments:

Post a Comment