Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Tuesday, October 23, 2012

hada labo ~ selepas 3 minggu

tajuk entry macam drama radio la pulak...

lebih kurang 3 minggu aku menempek mukaku 
dengan hada labo.

sila baca kisah 

aku dengan baik hati 
 nak kongsi apa yang aku rasa selepas 3 minggu 
menempek hada labo ke muka aku 
dengan rajin dan bahagianya.

1. lingkaran gelap bawah mata hilang. 
    perkara pertama yang aku perasan, warna kulit di bawah mata
    menjadi sekata dengan warna kulit muka di bahagian lain.

    senang cite, memang nampak kesan gelap bawah mata hilang.

    okai ?

2. kesan jeragat berkurang.
masa aku pregnant dulu, aku ada masalah pigmentasi 
di bahagian leher. 
lepas bersalin tak hilang2 jugak. 

kebetulan, sambil2 aku tempek hada labo kat muka,
aku tempek jugak di sekitar leher dan tangan.
dan, baru2 ni aku terperasan,
pigmentasi yang selama ini menghantui diriku dah tak menghantui ku lagi.
pigmentasi yang macam bintik2 jeragat tu dah berkurang.
satu kesan yang baik.

3.  liang roma terbuka.
masalah liang roma terbuka ni memang dah lama sangat2 menghantui aku.
memang sangat hantu.
tapi, aku pon not sure samada hada labo berjaya atau tak mensyyuuhkan hantu 
liang roma terbuka aku.
sebab aku tengok sama je...
liang roma aku masih sama macam dulu.
tanpa segan dan silu terbuka.

4. muka berkilat.
muka aku jadi berkilat bila tempek hada labo.
nampak macam kulit berminyak pun ada.
tapi, mungkin sebab lepas aku tempek hada labo, 
aku tak tempek bedak.
(aku rimas pakai bedak).

5. kulit nampak berserrrri.
memang aku perasan dan ada orang lain pon perasan.
bukan aku perahsaaan hokkeeyy...

6. kelembapan kulit meningkat 
sesuai la sangat pada korang yang selalu terperap dalam aircond. 
kesian kulit kita terpaksa mengecut sebab sejuk. 
kan ?

7. bulu mata melentik/panjang.
logik ke ?
tapi sejak aku pakai hada labo, 
aku perasan bulu mata aku jadi melentik dari biasa. 
nampak lebih terserlah giteww...
aku bukanlah sapu direct kat bulu mata, 
tapi mungkin sambil2 aku tempek2 kat muka,
terkena secara tak langsung kat situ.
ada logik ke ?
atau aku je yang perahhsaan ?

8. aku suka hada labo.

9. recommended untuk korang yang memerlukan 
kelembapan pada kulit.




<---2007      2004--->



2012
(abaikan speck yang senget tu.)
dagu nampaknya macam nak mendouble je.


dalam hati korang : macam sama je....
aku : memang pon. 
^.^




sambungan kesah adalah di sini :


8 comments:

  1. skli imbas bunyi mcm goreng berlado pun ado kihkih

    ReplyDelete
  2. bkpo xpakai bedak ci.memela berminyak kalu xpakai bedak gak

    ReplyDelete
  3. sedap tu goreng berlado. ikan keli pulok tu.

    teq, tgh kmpul duit nk bli bedok revlon. slagi duit x cukup, x mau jnama lain(mace ngepeng pantene).

    ReplyDelete
  4. mahal la jugok, banding nga bedak hok duk guno loni patbelas ya jah.

    ReplyDelete
  5. yup apa akk ckp terjadi.. termasuk ler bulu mata tu... tp riang roma sy berjaya ditutupkan oleh habo labo.. xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang bulu mata tu sama eh ? tak sangka pulok.
      tahniah kepada riang roma awak kerana telah tertutup dengan riangnya.
      hikhikhik...

      Delete