Monday, December 17, 2012

bila ku rindu... aku menyebut nama mu ! ewaaahh !!!

assalamualaikum w.b.t

salam bahagia sayang2 kuh !

[ terpanjang pulok tajuk entry ni ]


minggu ni kerja terasa singkat sikit.
sebab besok nak ke demong beach resort. 
menjadi kurusetia untuk program pelan tindakan opis aku.

so, 2 hari menjadi setiausaha pejabat, 
lagi 3 hari jadi kurusetia kursus.

berat hati sebenarnya nak berjauhan dengan ananda.
cadangnya nak ajak suamiku sayang sekali.
sambil bawak ananda main air. 
(macam la kat rumah tade air).
kat sana nanti kan ada kolam renang. 

oleh kerana cuaca sejak 2 3 hari ni menghujan je.
makanya tak jadilah bawak ananda dan suami sekali.
kalau hujan2 cani, kecut nanti berendam dalam kolam.

kalau ikutkan novya, 
walaupun kecut mecut jarinya dan segalanya,
tetap taknak berhenti main air dalam kolam.
(berdasarkan pengalaman lampau).

aku dah bagi hint awal2 kat novya.
yang mak nanti tade kat rumah 3 hari.
nanti tido ngan ayah.

yang pastinya, 
novya akan bermalam di rumah nekma.

rasa agak mustahil untuk ayah dan novya
tido berdua di rumah tanpa mak.
boleh ke ayah nak handle novya sendirian tanpa mak ?
heheee...

semalam dah tanya sekali lagi kat novya. 

perbualan adalah seperti berikut :

mak : adik, esok adik tido ngan ayah deh.
mak kena gi kursus.
ananda : uhhhh !!! tok wi !
mak : mak gi kejap jah. 3 hari ja. pahtu mak balik la.
adik tido umah nek ma deh.
ananda : tok wi ! (muka dah nak nangis).

berulang2 aku gitau dia aku kena gi kursus.
sambil mencipta ayat membodek.

mak : adik key pandai. nati adik nok gi skul.
mak gi kejap je pon. 
anok mok pandai. 

novya berlalu, 
pergi main papan gelongsor.
(masih lupa nak hupdate kesah beli playground set untuk novya).

tak lama lepas tu, 
terdengar novya bersuara,
"mak nok gi kuthus, adik duk nga ayah".

berulang2 lebih kurang 3 kali.

mungkin novya perlukan masa 
untuk memikirkan 
samada nak benarkan mak pergi atau tak.
hehe...

rasional betul anak aku ni.

harap2 novya ok sepanjang
mak tade bersama nanti. 

novya dah paham apa tu kursus.
bagi dia, 
bila mak cakap mak nak gi kursus, 
dia akan piki mak akan tinggalkan dia dalam 
tempoh beberapa hari.

macam cerita yang lalu dalam entry 

kali ni rasanya sedikit best
sebab boleh telefon dan berbual dengan novya.

bila aku telepon ummi atau papa
atau sape saja,
dialah orang paling sibuk nak bercakap jugak.
"nak hello mama".

so, boleh la mak telepon selalu.
mesti comel gillleess  suara novya dalam telepon.

yang pasti,
mak akan selalu ingat kamu
sepanjang mak kat sana.

tinggal 8 jam untuk pergi kerja pon dah rasa rindu tahap gaban,
apatah lagi 3 hari 2 malam tanpa novya.








my lollipop !


No comments:

Post a Comment