Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, February 24, 2013

peningkatan kemahiran menulis

Assalamualaikum w.b.t
sekali lagi. 

tajuk macam skima sikit bunyinya.
novya semakin rajin menulis.
kemahiran menulis dah meningkat.
dari hanya melukis garisan lurus yang tak berapa lurus,
ke bentuk bulatan besar yang kadang jadi bentuk bujur pon.
kadang tatau bentuk apa.

sekarang semakin meningkat ke satu tahap 
di mana dapat mengawal pergerakan tangan 
dengan membuat lukisan bulatan kecil.

good job novya.

part yang best bila time melukis bulatan2 kecik tu, 
siap bagitau mak.
"mak, adik kukis namo adik".
sambil tunjuk lukisan bulat2 kecil tu.
sambil2 lukis siap eja namanya.
"N, O, B, B, N"
boleh la...

meh tengok muka budak gigih menulis.

muncung boleh ikat ngan riben.

nampak mulut tu ?
tengah mengeja la tu.

tadaaa !!

tukar tangan kiri pulak.

rambut dah macam kak limah.

ini pon.

wall art. 

yang ni dah macam tandatangan pulak. 
dengan huruf N di depan.


perasan tak bulatan kecik2 tu ?
itu lah nama novya. katanya...

ini baru 1/4 dari dinding2 yang diconteng.
ada banyak lagi.
nanti mak hupdate lagi ye. 




selamat hari jadi Ummi

Assalamualaikum w.b.t
Salam kasih sayang di hari ahad yang basah.
hujan agak lebat hari ni.
ingatkan musim hujan dah habis.  

bila pagi ahad bercuaca hujan,
memungkinkan aku untuk liat bangun pagi. 
kenapa hari cuti tak hujan ye ?
kan seronok, berbungkus dalam selimut. 

awal februari lalu 
hari jadi ummi.
so kita selebret la kecik2 ngan adik beradik
anak beranak.
hujung februari baru nak hupdate. 
rajin sangat kan?

selamat hari jadi untuk ummi.
hari jadi yang ke 25 tahun.
love you always!

sebahagian dari cucu2 ummi.
yang baju pepel tu tengoh aku.
yang sedang termenung tu my ayahanda. 



acara menikam kek.


keepci mok ngoh sponsor, 
kek ngan cocktail aku sponsor.


25 ye.


cucu mama.


kek ke 2 yang lebih spesel. 


yang meleleh2 tu nampak cam menggiurkan.

memang sedap.

Ya Allah, 
semoga ummi sentiasa sihat,
lapang hatinya,
dipermudahkan urusannya,
dirahmatiMu selalu.
amin ya rabb...


alamak, hadiah belom bagi lagi. 
=p




Thursday, February 21, 2013

laporan mingguan : minggu ke3 februari 2013

Assalamualaikum w.b.t
Hai insan2 cantik dan segak !
Semoga korang semua dalam keadaan yang baik2 dan dirahmatiNya.

seronoknya esok cuti. 
kepada korang2 yang duk kololumpu (KL),
selamat bekerja.

sekejap je kan satu minggu lepas satu minggu habis.
sebab ?
mungkin sebab selalu sangat menghitung hari untuk tiba 
di hari akhir bekerja pada setiap minggu.
=)

tapi seminggu yang baru habis hari ni bagi aku
agak tak best.

hari ahad aku kerja.
biasa la, bila hari ahad memang biasanya agak kalut dan ribut.
bak kata mat salleh - sunday blues.

hari senin terpaksa EL.
hantar ayahanda pergi klinik.
dari hari jumaat lagi demam.
aku dah bawak pergi klinik tapi doktor pulak tade. 
ari senin baru doktor masuk kerja.
dan sebagai seorang customer yang setia, 
ayah aku tanak ke klinik lain.
nak jumpa ngan doktor kat klinik tu jugak.
katanya sekali je doktor tu suntik,
mesti akan sembuh. 
selalunya macam tu la katanya.
makanya sebagai anak yang baik,
aku amik cuti untuk bawak ayahanda ke klinik.

hari selasa masuk kerja macam biasa.
kerja bahagia macam biasa. 
bahagia ke ?

hari rabu sekali lagi terpaksa amik EL.
demam ayah aku masih tak kebah2.
makin menjadi2 batuknya.
lagi tak best,
adik2 aku pun demam sekali.
yang tak best jugak, 
umi pon demam jugak. 
malah bukan setakat demam, batuk tak henti2.
makan ubat batuk pun tak makan saman jugak...
malam tak dapat tido, esoknya sakit kepala.
tambahan pulak umi ada penyakit darah tinggi.

yang bertambah tak best pada hari rabu tu, 
badan novya pun panas jugak.
hadoiii... rasanya baru je novya lepas demam.
dah demam balik.

dengan ada 1 badan,
hari tu aku rasa nak belah kepada 4.
satu pergi ofis,
satu jaga novya,
satu balik kampung (macam jauh je bunyinya) jaga 
umi ayahanda dan adik2.
satu lagi pergi holiday. 
tak dapat oversea, in sea pon tapo.

tapi, 
nak wat cano, itu sekadar anganan.
terpaksa la tinggalkan novya kat nekma,
tinggalkan ofis - nasib baik ada ofismate yang sedia membantu.
(terima kasih puan nik dan puan nurul yang selalu jadi back up singer su).
dan aku balik kampung.

sampai teratak ayahanda bonda, 
dah rasa macam pergi hospital.
masing2 berbungkus dalam selimut,
bunyi batuk2, bunyi rengekan orang tak sihat.
- aduuhh... aduh...
(aku suka buat bunyi2an macamtu bila demam.
sebab ?
terasa sedikit lega bila dapat buat bunyi camtu.
walaupun kadang2 bunyi tu macam mengada2 je kan ?)

rumah dah 2 hari tak berkemas, kain tak berbasuh berjemur berlipat.
so, tukar profession jadi bibik la pulak.

hantar adik2 pergi klinik.
sedia makan untuk orang tak sihat.
tapi... beli bungkus je pon.
hehee...

hari khamis masuk kerja balik. 
alhamdulillah novya pun dah sihat sikit.
harap2 tak melarat.

adik aku telefon tadi katanya pesakit2 di kampung dah hampir sembuh.
ayahanda pon dah boleh jalan2 amik angin petang.
dah boleh drive.
bawak umi gi klinik.
(dah puas aku pujuk umi gi klinik hari rabu, tapi dia tanak.
rupanya nak bermanja dengan ayah aku...
nak suami dia jugak yang hantar kan).
heheee...

besok cuti.
bahagia !

sabtu cuti.
masih bahagia.

ahad kerja lagi.
bahagia la jugak.

isnin.
insyaallah dapat kerja lagi.
tapi tak berapa bahagia sebab audit nak datang.
huhhh...


anyway,
alhamdulillah atas
sambutan yang boleh dikatakan menggalakkan
dari kawan2 untuk shopping di 
Suchi Cotton Scarf.

kepada yang belum like,
jemput la like ye =)
kalau ada yang berkenan boleh la beli belah.

terima kasih atas sokongan anda
dari setiap sudut.
ye anda.
anda yang sedang senyum itu.
anda tahu siapa anda =)

sangat berkenan dengan tudung berpayung2 yang tomei2 ni. 
tapi aku perlu bertabah. 
pelanggan harus diutamakan.

~XOXO~