Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Sunday, April 20, 2014

kak long dah taknak jadi kak long

Assalamu'alaikum wbt.
hai la hai.
hari ahad lemau tak berapa lemau.

asik lemau je nih. 

cuti 2 hari tak ke mana2.
balik kampung makan lontong, di masak oleh ummi.
sedap seperti selalu.
lupa nak amik gambar.

haih, sejak mengandung ni memang kejarangan sangat aku amik gambar.
kalau dulu, sikit2 nak amik gambar.
anak menangis pun nak amik gambar.
gambar daun kering pun nak amik.

kisah anak ni satu hal.
anak yang bulan november ni.
ari tu elok2 je dengan rela hati suruh panggil dia kak long. 
kalau tersilap panggil adik,
"ni kak yong ya."
sound kita pulak.

semalam tibewww2 jeeww tak bagi mak ayah panggil kak long. 
panggil adik pun tak boleh.
ni baby. sambil tunjuk pada diri dia. 
haisshhh.. ape hal pulak tiba2 nak jadi baby ni. 
ayah cakap dalam perut mak ni baby.
yang ni kak long.
tiba2 wat muka sedddeeyyyhhh...
suka sangat merajuk, pastu wat muka sedih, terjebek2 nak nangis.

kalau betul la kak long masih feeling nak jadi baby, 
macamana la nanti gamaknya bila baby keluar.
berebut ngan baby nak bertempek ngan mak.
sudaahhh...
fingsan mak nanti.

tapi aku memang suka ajak novya duk bertempek.
paling bes ajak bertempek duk bawah ketiak mak.

disertakan 2 3 keping gambar yang mana ada. 

main sama2 ngan sepupu sepipi dan poksu.
novya selalunya akan bertempik dan menjerit2 bila
dorang bermain tidak mengikut piawaian kehendak dia.
jangan ingat semua benda dalam donia ni boleh ikut kehendak awak ye anak.
perlu tingkatkan lagi kemahiran bersosial.

kalau main kat rumah, 
biasanya time main tembak2.
sambil2 tembak tu novya cakap 
"adik main tembak2 ngan kawang2 adik".
"hoh, kawan2 mano pulok ni ??".
"kawan2 tu ya.", katanya slumber.
kawan2 sekadar imaginasi la kot.

tengok muka anak time dorang tido, rasa macam nak cium banyak banyak banyak
banyak kali.
sebab bila dorang dah bangun, bukannya lekat nak tatap muka anak lelama.
budak mana reti nak duk diam.

air liur basi bertempek, tahik mata menjejes, pun tetap nampak indah.

gelak nganga2 bila tengok mak buat cani.
dia pun nak buat jugak.
gelak nganga2 jugak. 
kelakar sangat kewwww ?

Sunday, April 13, 2014

anak september 16 minggu, anak november yang dirindu

Assalamu'alaikum w.b.t cecantik dan kekacak semua. 
hari ni ada baik kah ? 
semoga semuanya baik2 aje. 
sihat walafiat dan urusan kekorang dipermudahkan.

minggu lepas 4 hari aku bercuti dan berselebet  di rumah,termasuk 2 hari 
pada jumaat dan sabetu, kecuali keluar sekejap pada petang sabetu mencari gahar 
untuk novya. 

apakah itu gahar ? rehal.  yang wat letak al-quran tu. dalam kes ini untuk novya letak iqra'.
dalam kes ini mencari yang kale kuning, sebab novya request nak kale kuning. sebab katanya, "adik suko kaye kuning". 

2 hari bercuti pada hari kerja sangatlah heaven. tapi untuk kali ni tak berapa nak heaven sangat. sebab aku amik cuti kerana tak sihat. bukan boleh buat apa2. berselebet je dengan novya kat rumah. 

entah kenapa mengandungkan anak kedua ni, dah 3 kali aku tak sihat. selsema batuk demam kekura. tapi memang tak larat. yang tak menahan time nak bawa kete. jadi eloklah kiranya aku berehat di rumah. dan untuk hari khamis, pergi klinik dan doketor bagi MC. 

MC ni satu hal. kalau ikutkan aku memang malas sangat nak ke klinik. memikirkan untuk menunggu berjam2 di klinik ( dalam kes ni untuk klinik kerajaan). setengah hari dah habis masa tersadai di klinik untuk dapatkan rawatan dan MC, setengah hari je dapat bersadai di rumah dengan selesa.

kalau terdesak sangat, barulah aku pergi klinik. tu pun selepas suami aku mengajak berkali2 dan memikirkan sayang pulak nak habiskan cuti tahunan awal2 tahun ni. tapi kerana kemalasan menunggu lama2 di klinik kerajaan, adalah baiknya ke klinik swasta. walaupun, memang sayang jugak nak habiskan duit. kalau klinik swasta, RM50 memang tak berbaki la. 
mujurlah suami aku boleh claim balik dengan opisnya. 

habis cerita bercuti 4 hari.
sekarang sub cerita pasal anak pulak.

anak september;

minggu lepas 8/4/2014 pergi check up bulanan seperti biasa.
kata misi awak baru masuk 16 minggu ni.
misi jamah2 perut sikit. katanya kecik lagi ni.
Hb bulan lepas 12. bulan ni turun 11. 
halamak, menurun nih. kena berjaga2 lah untuk next TCA. 
kalau boleh untuk kali ni aku nak stiker di buku merah aku warna puteh sampai bersalin.

masa novya dulu, kale hijau. tu pun sebab Hb kurang 9 je. 

tapi kekadang terpiki, elok jugak kalau kale ijau. misi2 dan doketor akan lebih mengutamakan kes kita kalau2 apa2 terjadi. kan ?

sejak 2 minggu lalu aku dah mula rasa perut mengeras.
selalunya masa nak tidur dan awal pagi time bangun tidur.
dan selalunya beliau menonjolkan diri pada sisi sebelah kiri.

kalau nak dibandingkan dengan masa kandungkan novya dulu, 
sangatlah lambat aku nak merasa kewujudan beliau.
masuk 7 bulan baru merasa.
seperti yang pernah aku cakap sebelum ni, mungkin kerana aku masih naif.

hari ni datang keje terjengket2, urat kaki rasa sakit. 
entah kenapa ianya terjadi. kerana terlalu rajin di rumah atau kerana terlalu rakus minum ais. 
nasib baik belah kiri. kalau belah kanan boleh excuse amik cuti pulak. sebab tak boleh drive.
hehhe... halasan sangat ye.
dah buat appoinment ngan opismate nak mintak tolong dia urutkan.
harap2 tahan sikit sakit ni.
kalau tak memang susah nak bergerak. nak2 kalau duduk lama2 pastu nak bangun berdiri.
sakit di sendi lutut. 
dah rasa macam orang tua pulak. 
hadehh...

semoga baby mak sihat walafiat dalam kantungnya. 
membesar dengan sihat dan sempurna sifatnya. 
jumpa awak september nanti sayang.

anak november ;

4 hari berturut2 duk berselebet di rumah bersama novya memang heaven. 
walaupun kadang2 ada jugak jam2 yang tidak heaven. 
biasa la budak2. time ngengada nak itu ini. mak pulak tak berapa sihat.
tapi apa yang boleh disimpulkan, jam2 yang heaven adalah lebih banyak berbanding jam2 yang tak heaven.

sudahnya, hari ni rasa rindu lebih pada budak noya tu.

bermula 4 hari lalu, amatlah beliau rajin tolong mak kat dapur. 
kerja paling disukai adalah cuci pinggan.
mak sabunkan dan novya bilaskan.

bunyi seperti meringankan kerja mak, sebab 2 tugas mak, menyabun dan membilas dibahagi kepada dua orang.
tapi kadang2 memberatkan jugak. sebab novya sangatlah slow membilas pinggan itu.
tapi takpela, at least beliau nak tolong. 
dan mak bagi basuh pinggan mangkuk sesudu yang ringan2 je.
sekarang ni memang sinki sentiasa clear.
tengok ada pinggan mangkuk dalam sinki terus ajak basuh.

tolong mak kupas bawang. 
tapi, lebih kurang 5 minit di dapur, dah give up.
bukan sebab tak dapat kupas bawang, tapi sebab panas duk kat dapur.
"mak wat ya(la). adik nok tubik. panah". 
pulok. 

novya jugak seorang hantu donat.
bila tetibe datang selera nak makan donat,
maka donatlah yang dia nak.
nasib baik rajin tolong mak menguli donat. 
tapi aku bagi cenonet je untuk novya uli je. 
dengan bangga gitau ayah, "ayah, adik wat donat !".
bila makan memang beriya. sangatlah hantu donat.

semalam duk main2 dengan novya, 
tiba2 novya berkata, " yucu (lucu) ya(la) mak ni". 
tiba2 aku terkesima dan tergelak2 hingga mengalirkan air mata dan rasa nak selok.
sebab aku pulak yang rasa novya tu lucu dengan statement macam tu. 


wajah hantu donat baru bangun tido.

Tuesday, April 1, 2014

anak september : 14 minggu

Assalamu'alaikum wbt.
salam kerinduan purnama merindu.
kekakak kekabang sume sihat ?

hari ni mood nak hadap blog menjelma sikit.
dalam 3 camca besar.

tapi sebenarnya tak tau nak cite apa.
otak kering kontang. 

baby dalam perut ni dah masuk 14 minggu.
lebih kureng size buah lemon kata baby centre. 

Your baby, now roughly the size of a lemon, 
weighs about 43g. (Length: 8.7cm, head to bottom.)

http://www.babycenter.com.my/slideshow-baby-size#/11#ixzz2xbHXmcoZ

sekarang ni ada terasa kadang2 perut mengeras, biasanya belah kiri.
dulu masa kandungkan noya lambat jugak datang feeling 
merasa baby mengeras.
mungkin masa tu masih naif kot.
heheeh

kaklong suka tegur2 baby.
"hai, baby. ni kak yong ni..."
sesambil gosok2 perut mak pastu cium. 

sekarang novya dengan rajin dan berminat 
menonoton video penjagaan baby.
very the heksaited nampaknya.

kak yong dah besar panjang.
nanti boleh la harap nak jaga baby ye.

"kak long nak buh namo gapo ke baby?"
katanya, "nama sopia".
- sopia tu budak dalam youtube yang buat parody gwiyomi.
ommei2 orangnya.
"sopia gapo ?", tanya mak.
dengan yakin kak long  menjawab, "sopia kayomi".
k-pop sangat nama adik awak.

* jantina baby belum dipastikan lagi.

hampir masuk bulan ke4 ni, alahan takde sangat.
masa trimester pertama pun memang takde alahan sangat.
memang takde alahan kot.
sebab takde muntah2, berselebet sampai taleh nak bangun,
pening sampai rasa nak pitam.
cuma kadar kemalasan tu meningkat sedikit dari biasa.
antara yang tak best, drive kete gi keje.
belah pagi rasa ok la sikit.
tapi belah petang ya ampun, 
kalau ikutkan malas sangat nak drive.
biasanya dalam pukul 4 mula stat kepala denyut2.
nak2 sekarang cuaca panas, hangat.
seronaknya jika ada yang menghantar dan menjempu.
apakan daya...

harap2 masuk 2nd trimester ni kadar kemalasan 
akan berkurang dan kadar kerajinan meningkat.

ok, otak dah malas nak piki.
setakat ini sajo untuk kali ini.

* tak sabar nak balik umah ummi, 
makan nasik panas dengan ayam goreng berlado. 
hommaigeddd...
tak sabar.