Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Thursday, February 23, 2017

train to busan - serius tak bosan

Assalamualaikum wbt. 
hai kamis. 
besok jemaat. 
bahagia.

rentetan dari azam berazam yang aku janjikan semalam
untuk tidak berlama2 di alam maya, 
dan tidak mahu  berikat tali dengan talipon pintar - aku berjaya. 
tahniah, tahniah ! (kalau rasa gembira tepok tangan !)

layan train to busan. 
serius, memang tak bosan langsung. 
(adakah menonton filem boleh dikategorikan sebagai aktiviti alam nyata ?)

kenapa cerita seram, cerita2 hantu selalu je menyentuh hati ?
kebanyakan cerita seram menjentik hati penonton untuk memikirkan sesuatu. 
pengorbanan. 

kamis lepas layan the conjuring. 
cite ni pun satu hal jugak. 
sengkok sebak dalam dada. 
nilai kekeluargaan dan kasih sayang. 
pengorbanan ibu.
momen bahagia menjadikan seseorang tu terselamat dari berbuat 
perkara tak baik. 

sama macam jumpa dementor la pulak. 
kalau jumpa dementor, semua kebahagiaan kita akan disedut. 
macamana cara nak melawannya ?
ingat kembali momen2 paling bahagia yang kita ada, 
dan lepaskan patronus charm - yang hanya boleh dihasilkan dengan memikirkan perasaan 
paling membahagiakan kita. 
expecto patronum ! - aku punya patronus adalah seekor kuda - bay mare.
macam mana aku berjaya hasilkan patronus aku ?
dalam pottermore.com. 

muwahahaha ! 

ok, 
berbalik kepada train to busan yang memang tak bosan.

aku percaya semua penonton termasuk aku amatlah sakit hati giler 
amat kat pakcik yang selfish nak mamp*s tu - cuba bersopan. 

memang giler kentang pentingkan diri la pakcik tu. 
masa seok-woo lakonan gong yoo pergi tumbuk pakcik tu sebab 
geram sangat pakcik tu tak bagi dorang masuk gerabak selamat tu, 
aku rasa dengan aku sekali nak join tumbuk pakcik tu.
dan semua orang dalam gerabak tu yang selfish tak pepasal jugak.

sampai ke penghujung cerita pakcik tu dengan sikap pentingkan diri dia. 
takde langsung rasa nak tolong orang. 

pakcik gelandangan tu pun reti tolong orang,
last2 dia korbankan diri dia untuk selamatkan budak dan perempuan yang mengandung tu. 

yang aku geram sangat, 
kenapalah dalam ramai2 yang kena gigit zombi tu, 
pakcik tu asyik terselamat je. 

kalau tak mesti hero tu tak jadi zombi, 
mesti anak dia tak sedih. 
mesti aku pun tak ditinggalkan dalam perasaan sedih selepas habis tengok cerita tu. 

watak sang-hwa suami kepada sung-gyeong pun sangat menyentuh hati jugak.
punyalah dia take care wife dia yang sedang pregnant. 
betapa dia sayang wife dan anak dalam kandungan tu. 
sehabis daya dia cuba protect wife dia. 
- teringat pulak citer twilight - edward cullan ngan bella swan - gentleman gentlebirth(eh?) sangat. 
tapi dia rela korbankan diri untuk selamatkan wife dia dan penumpang lain. 

part dia nak kena kokak ngan zombies tu sayu je. 
time scene tu pun memang aku dah geram sangat nak gi tumbuk2 pakcik 
kuwang ajaq pentingkan diri tu. 
hergghh !!
stress mak. 
sakit ati betul la ngan pakcik tu. 

sedih gile masa ni. 
nasib aku jiwa kental. 
takde la meleleh air mata. 
kena control, kalau dibiar meleleh, 
memang susah la nak berhenti. 

kepada yang belum tengok train to busan, 
silalah tengok. 
walau cerita ni dah basi, tak kesahlah. 
yang penting kita dapat mesej dari sesuatu cerita tu. 
the conjuring pun harus tengok jugak. 

kita orang tua ni tengok cite seram jadi tak berapa seram.
lebih kepada menjiwai watak. 
sebab tu jadi teremosi sedih je.

budak2 tengok cite seram memang rasa seram. 
kaklong tengok semalam senyap terkedu je. 
ingatkan dia sedih tengok budak tu nangis sebab ayah dia tinggalkan dia. 
rupanya dia cakap dia takut tengok zombies tu. 

dah habis bebel. 
time kaseh yang baca sampai habis. 
=)

No comments:

Post a Comment