Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, September 8, 2014

dah masuk waktu

Assalamu'alaikum w.b.t
selamat datang september yang penuh debaran. 
dup dap dup dap.
dah seminggu masuk september. 
haishh... debaran betul ni.

kalau dikira2 aku dah boleh bersalin bila2 masa je.

semalam debaran terasa lebih sikit sebab tentibe rasa macam nak beranak.
what the feeling ?
sebenarya aku dah lupa macamana rasa sakit nak beranak tu.
4 tahun berehat dari merasa pengalaman bersalin, mau nya tak lupa.
nak2 aku ni pesen insan yang mudah lupa dan tak berapa nak simpan memori lelama.

belum abis pantang dah lupa terus.
siriyes, lepas je luka2 bersalin tu sembuh, dah tak terasa kepedihan dan kesakitan tu,
maka aku lupa terus macamana rasa sakit bersalin tu.
terus rasa macam, "eh boleh bersalin lagi ni."
masa nak bersalin tu bukan main cakap kat shuben, 
"sakitnya, taknak bersalin doh."
hihi...

apa yang aku boleh ingat, feeling tu tak berapa best sangat.

ni yang terasa macam berdebar jugak ni.
tapi kita tak boleh biarkan ketakutan menguasai kita.
nanti akan menambahkan kadar kesakitan semasa nak bersalin.

tips untuk mengurangkan sakit semasa kontraksi bersalin :
- FIKIRKAN YANG KITA SEDANG BERJIHAD.
- ALLAH BERIKAN GANJARAN YANG BESAR KEPADA IBU2 
YANG MELAHIRKAN ANAK.
- PERASAAN TERUJA NAK LIHAT ANAK YANG KITA KENDONG 9 BULAN TU. 
TAKKAN TAK HEKSAITED KAN ?
- POSITIF, POSITIF, POSITIF.
- SEMUANYA AKAN SELAMAT.
tips ni aku reka sendiri. untuk menyedapkan hati aku. hiihi...

tapi kalau korang google, memang banyak tips2 yang dikongsi. 

dan kalau aku, jangan sesekali tengok video orang bersalin.
ngeri mak. buat hatiku lagi gundah gulana ada la.
nak2 kalau video yang macam susah je baby nak keluar.
kalau yang baby sekali push terus keluar, tu rasa tenang sikit.

kalau orang lain aku tak tau. yang jenis bertabah dan berani boleh la.

untuk anak ke2 ni, aku rasa persediaan yang aku buat terlampau lewat
berbanding masa anak pertama.

masa anak pertama, barang2 baby dan mak dah siap standby masa bulan ke7.
lengkap dengan beg ke hospital dalam kete.
2 bulan beg2 tu bertengggek dalam kete di usung ke sana sini.

untuk anak kedua ni, 
masuk bulan ke 9 baru terhegeh2 nak angkut beg masuk dalam kete.
baru je semalam beli pampers untuk baby.
dan masih lagi sedang memikir2 dan mengemas2 barang2 keperluan yang perlu disediakan.
ujung minggu baru ni dah siap longgokkan barang2 yang nak dibawa ke rumah ummi, untuk keperluan sepanjang pantang.
keperluan shuben dan novya belum kemas lagi.
harapkan machang dengan melor tu dekat je.
boleh la shuben ulang alik amik barang yang terlupa.

tapi yang harus tidak dilupakan, 
pastikan barang2 tu aku ingat aku letak kat mana, 
dan pastikan barang tu mudah untuk shuben aku jumpa.
sebab sifat suami2 memang stended, 
susah nak jumpa barang yang dicari.
cari punya cari, tak jumpa.
last2 isteri2 jugak yang nak kena amik.
saje le tew nak manjew2... katanya.

masuk bulan ke 9 ni,
tetibe mode rajin ter'on' dengan sendirinya.
aku sendiri heran.
kenapakah selama 9 bulan ni, 
di minit2 terakhir ni baru nak datang mode rajin.

bermula ari selasa lepas, sampai ari ni, 
mode nak mengemas dan mengemas menjadi2.

balik dari klinik petang selasa tu, 
entah macamana ada kekuatan dalaman yang datang tiba2,
maka terlaksanalah projek amalan 5s kat rumah.


rupa2nya selama 4 tahun aku menghuni rumah tu,
benda yang terasa macam banyak sangat tersimpan tu bukanlah harta yang berharga.
apa yang banyak dan bertimbun adalah kotak2 dan barang2 yang,
"eh, apesal la aku simpan benda2 ni.
tak de fungsi pun."

kebanyakan kotak2 adalah kotak2 kasut, kotak mainan novya, 
kotak botol susu, kotak beli barang online,
kotak minyak mestika pun hado aku simpan. 
apakah aku ni ?
plastik cantik, plastik jabir rokrak supit gelenya pun aku simpan.


memang tabiat aku dari dolu2 lagi sebenarnya suka menyimpan.
menyimpan kotak2 atau apa2 barang yang aku beli.
tag yang kat baju pun aku simpan.

masa sekolah rendah, 
tugas aku beli barang basah kat pasar.
sebagai upah untuk diri aku, 
aku belikan vitagen.
bekas air vitagen yang dah abis tu pun aku simpan.
susun dalam lemari.
apa jenis penyakit aku pun taktau.
last2 benda2 tu sume buang jugak. 

selonggok. 

selonggok lagi. 
masih dalam proses memenuhkan kotak ni dengan sampah sarap.

ruang bawah tangga berjaya dikosongkan dengan banyaknya.
dan separuh ruangan dalam bilik belakang tu berjaya dikosongkan. 
menjadikan bilik itu berguna sebagai sebuah bilik yang luas.

malam ni hajat dihati nak 5S kan tingkat atas pulak.
gambate !

alhamdulillah allah bagi kudrat untuk aku kemas2 barang yang tak perlu 
dalam rumah tu sebelum kedatangan orang baru.

harap2 dengan kerajinan mengemas ni,
membantu untuk memudahkan proses bersalin nanti.
orang tua2 pesan bila dah nak sampai masa tu, 
rajin2kan diri kemas rumah, cuci tandas, cuci longkang.
baru mudah nak beranak.
katanya la.
tapi sebenarnya memang bagus pun.
maklumlah nanti badan kita nak kena rehat sepanjang pantang.
dah kemas rumah awal2, takdelah rasa serabut nak piki pasal rumah yang berselerak.

baiklah, takat ni dululah catatan kemengandungan aku untuk kali ni.

insyaallah kalau besok tak bersalin dan ada masa, aku hupdate lagi.

nak cite pasal pergi mengurut, pasal hari kombokesen shuben,
pasal kak long yang makin hari makin teruja nak jumpa baby.



2 comments:

  1. Heee akak pun dok ingat doh sakit beranok tu gano.. tp kalu ore tanyo, just jwb = sakit kot tp dok serik nok branok lg hahahaha.

    Chup, sebelum memberanakkan diri.. keno singguh luuuuh kat car boot sale ambo, wat cukkup syarat :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. dey lagi ngepeng tu. insyaallah kak. sejak memboikoti tesco ni, lamo doh x gi alah kok tu.
      dah ada tapak ni makin serunak la nak menege ye. semoga bisnes makin berkembang2 gitew.

      Delete