Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, November 25, 2013

keep calm bebeh.



1. Assalamu'alaikum w.b.t.  salam hari isnin yang berbahagia.  hari pembayaran telah tiba. 
yiihaaa !!!  bahagia kan?

2.  alhamdulillah.  syukur atas nikmat yang diberi.

3.  ini sahajo yang mampu aku hupdate untuk hari ni.  nak gi sopping.   jommm !!!

4.  hihohiho...

5.  xoxo

6. sopping la sangat kan. jangan nak berjimba2 sangat dengan duit yang dapat sedebuk tu.

7.  ingat ye kawan2, utamakan yang utama sebelum habiskan duit untuk perkara2 yang tak utama.  dan, aku memang tak layan buletin utama. eh, tiber tiber.

8.  utamakan dulu membayar hutang piutang, yang mana ianya wajib dibayar. 

9.  seterusnya asingkan untuk barang keperluan di dalam rumah tangga korang. 

10.  sambil membayar hutang piutang dan membeli belah barang keperluan, jangan lupa juga asingkan sedikit sebanyak duit untuk tabungan, keperluan di masa hadapan. dan kadang2 keperluan di musim hujung2 bulan, nak tunggu gaji bulan seterusnya masuk.

11.  pastikan duit tabungan ni disimpan dalam akaun lain. bukannya dalam akaun bank yang selalu korang korek2. contohnya simpan dalam tabung haji ke, asb ke. atau bank yang memang susah sangat untuk korang korek balik.  contohnya bank yang cawangannya jauh dari tempat korang.  seperti di bank negara australia, bank negara bangladesh atau... ok dah melalut. 

12.  kalau ada duit lebih2, boleh la soping barang2 kehendak. contohnya kasut baru, baju baru untuk anak, atau mungkin juga helikopter mainan untuk suami.

13. tapi kadang2 ada jugak yang TERbeli barang kehendak sebelum sempat mengasingkan duit gaji kepada pembayaran hutang piutang, barang keperluan, dan tabungan. 

14. antaranya adalah aku.

15. baiklah, ini sahaja pesanan untuk diri aku dan harap untuk korang juga.

16.  selamat bergaji.

17.  pastinya shopping mall akan bersesak dari biasa pada hujung minggu ni.  

18. selamat bercuti untuk adik2 yang sekolah.

19. selamat berpantang kepada adik2 yang bersunat.

20. selamat pengantin baru kepada pasangan mempelai yang menjadi raja sehari.

21. selamat berpantang kepada ibu2 yang selamat melahirkan anak comel ke dunia ini. (rindu momen ini).

22.  selamat mengandung kepada ibu2 yang sedang mengandungkan insan comel manis dalam perut korang. (rindu momen ini jugak).

23.  selamat segalanya. amin...




No comments:

Post a Comment