Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Wednesday, October 30, 2013

martabak raja kelate & sambal daging kg. laut

Assalamu'alaikum w.b.t
salam berkat kepada semua =)

minggu depan in shaa Allah 
pasukan bola sepak kelantan sekali lagi bakal menjulang piala malaysia.
amin...

selamat berangkat berjuang kepada semua pemain dan 
yang penting jugak kepada peminat2 tegar pasukan the red warrior.
semoga selamat pergi dan selamat balik.
dan selamat dari perkara2 yang tidak baik.

yang menonton dari telebisen pon harap2 baik aje.
jangan terlalu obses sangat ye.
tengok dengan jiwa yang tenang.

juga, semoga kerajaan negeri kelantan 
mengumumkan cuti peristiwa pada hari senin nanti. 
agar dapatlah aku dan rakyat jelata negeri kelantan
bercuti panjang. 

syorga... syorga...

baru2 ini,
takde la baru sangat pun.
kalau tak silap awal bulan oktober yang lalu.
aku pergi memborong martabak raja dan sambal daging untuk
ahli rombongan mesyuarat dari kementerian, Potrajaya.

sangatlah menjadi kebiasaan di opis aku
bila orang2 kayangan dari kementerian 
turun meeting kat sini,
pastinya akan ada buah tangan untuk dorang ni.
barang wajib adalah martabak raja, keropok.
sambal daging bergantung pada bajet sebab mahal sikit.
hehehe....

dan aku, 
telah mendapat arahan dari boss untuk membeli 
sambal daging dan keropok kepada ahli mesyuarat seramai lebih kureng 16 orang.
dan ada sorang ahli rombongan mesyuarat yang 
minta tolong belikan martabak raja dan keropok lekor untuk dibawa balik.

aku ni bukannya selalu borong sambal daging.
bukan setakat selalu, memang tak pernah.
kalau beli pon kirim kat orang je.

mujurlah ada sorang ahkak kat opis aku ni yang memang serba tahu.
tahu tentang kedai mana yang best dan tak best.
memang dia biasa dengan kerja beli membeli makanan.

makanya, 
menujulah aku ke tempat yang dimaksudkan...

ini rumah tempat martabak raja di buat.
berdasarkan cerita ahkak opis aku, 
dorang 3 beradik ni jadi tokey martabak raja.
tiga2 beradik ni memang guna resepi turun temurun jual martabak raja.
yang aku pergi ni adalah salah satu dari 3 beradik ni lah.
rumah dia dekat Kg. Tikat, jalan menuju ke Pantai Cahaya Bulan.

sorang lagi dekat dengan sekolah cina, Jalan Kelochor.
yang ni aku pernah pergi sekali.
akok pon hado - sodap.
ni nombor tepon ye.
kot2 ada yang nak tempah ke, nak pergi sendiri ke.
09-7484717/019-9104714
nik meriam nik omar

berbalik kepada yang rumah aku pergi baru2 ini,
meh kita tengok macamana dorang buat martabak ni ye.

yang ni yang panas2 baru angkat dari dapur.
biasanya setiap hari dorang terima tempahan yang banyak2 dari pelanggan.

kebetulan aku nasib baik,
ahkak opis aku dah biasa dengan tokey ni.
maka dapat la yang panas2 ni.
fresh, dan bau tak payah cakaplah.
berlenjer air liur.

ini yang sedang diproses di atas dapur.

dan ini juga.
tengok kepada keadaan kuali tu,
jelas menunjukkan jasa dan pengorbanannya yang 
tak berbelah bagi kepada pemiliknya.

lenguh jugak kot sepanjang hari tercongok hadap muka martabak ni.

ini martabak yang dalam peti.
yang dah disejuk bekukan.
yang tertulis 'pisang' tu,
martabak raja perasa pisang. 
sedap ke tak aku tak tahu.
aku pon tak pernah cuba martabak pisang.


usai memborong martabak raja, 
kami menuju ke Kuala Besar pula untuk membeli keropok lekor.
Kuala Besar ni jalan masuk ke dalam sikit. 
tapi masih di antara laluan untuk ke Pantai Cahaya Bulan.
Kuala Besar ni tempat ikan2 segar sampai dari laut.
dekat area tu ada satu medan ikan bakar.
yang agak besar jugak.
sesape nak cuba makan ikan segar boleh ke sana.
tapi sowri mowri, peta tidak disertakan.
heee...

yang tergolek kat atas rak hujung sana adalah keropok lekor yang dah siap direbus.
keropok lekor kat sini memang best.
rasa ikan yang banyak.
dan bila makan, cepat rasa kenyang.
harga seringgit je sebatang.

tokey kedai... kot.
keropok keping dorang pun sedap jugak. 
sos pencicah pun ada dijual sekali. 
sebotol RM3 - tiada dalam gambar.

sekali lagi,
usai memborong keropok lekor, 
kami menuju ke Kg. Laut, Tumpat.
apa yang hebat di Kg. Laut ?
pastinya sambal daging a.k.a serunding.

ahkak opis aku ni memang selalu sangatlah beli sambal daging kat sini.
aku pun 2 3 kali jugak dah try sambal daging dorang ni.
biasanya ahkak opis aku akan order melalui telefon,
dan dorang akan kirimkan sambal2 daging tu kepada pemandu bot.
dan ahkak opis aku akan amik kat jeti bot belah Kota Bharu ni.

maklumlah, Kg. Laut ni duk tepi sungai je.
malah lebih dekat kalau naik bot dari Kota Bharu nak ke sana.
tapi aku tidaklah pergi ke sana naik bot. 
pergi dengan kereta lebih mudah nak borong banyak2.

kalau diikutkan memang banyaklah pilihan kedai sambal daging kat sini.
kilang sebelah menyebelah je.
tapi yang aku selalu beli adalah dengan 
RS Enterprise.
Tepi Sungai, Kampung Laut (1),
Palekbang Tumpat.
no. telefon : 019-9567171/019-9567111.

teruja amat dapat tengok macamana dorang wat sambal daging.
berkuali2.

tu dia. 
sambal daging yang dah hampir kering.
pakai kuali tembaga ye.
supaya tak mudah hangit,
kuali tahan lama, dan lebih superb.

yang ni masih basah2 lagi dan perlu tunggu untuk kering.

ni mesin menggaul.
sambal ikan yang masih basah berjerup lagi.
untuk bahan yang masih basah lagi dorang akan guna mesin menggaul ni.
sebab tak larat beb nak gaul pakai tangan. 
berat tau.

ini sambal ikan yang hampir kering.

dan yang ni ?
ini adalah periuk untuk merebus daging yang akan diracik2 
untuk dibuat sambal daging.
guna kayu api - jimat gas.

tadaa !!!
beef floss yang dah siap. 
panas2 lagi. 
sedap... rangup.
siap boleh cuba.

hasil borongan aku.
rengges bahu mengangkut naik ke opis.

dan ini keropok sira yang aku borong kat
rubiah mohd adib 
3507G, Jalan Sultanah Zainab, Kampung Sireh, Kota Bharu.
no. telefon : 019-9630412/012-9648644

satu bundle ni ada 30pcs RM 25.00.

sekawan martabak raja yang superb sedap.
RM 13 sebiji.

left over sambal daging yang tokey kedai bagi free untuk tester.
bawak bekal makan untuk teman perjalanan.
RM 50 sekilo - daging tempatan.
RM 40 sekilo - daging import.

selamat datang ke kelantan.
negeri serambi mekah.

2 comments:

  1. Bim.mcm opeh sy jgk.time ore besar trun kna g nyarila..
    Murtabak kg.tikat jgk sy bli ko dato hk petisyen pilihnrya aritu.
    Bkpo eh sohor sgt.bg kito biaso jh.
    Sbb kito mke sokmo kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. kito mugo mudoh nk bulih. demo time mari sini jah blh bli. hok asli.

      Delete