Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, September 23, 2013

si intan payung, pengarang jantung

Assalamu'alaikum w.b.t
Salam kasih sayang untuk korang !
semoga isnin hari ini penuh keberkatan.

hari ni story mory kesah anak dara mak hujung minggu lepas.
bawak anak dara makan angin di hari bekerja tapi mak bercuti.
sangat heaven bila bercuti di hari kerja. 
terima kasih kepada opismate yang selalu menjadi back up singer bila mak bercuti. 

bawak anak makan angin, tapi bukanlah pergi tempat berangin pon.
pegi tempat biasa2 je. 
lapangan terbang sultan yahya petra.
sambil2 bagi can anak mak main playground kat keepci 
sambil mak menjamah 
ayam goreng pak cik colonel sanders.

yang tak biasa pada hari tersebut adalah
novya dengan rela hati nak pakai tudung.

amik gambar dulu. 
sebab mak rasa anak mak comel sangat bila bertudung.
puji anak sendiri. 
boleh tak ? =p
gambar  diambil lebih kurang pukul 1.30 ptg.
sebelum keluar outing.


dah sampai keepci.
menikmati eskrem dengan bahagiye gembire.
masih bertudung.

amboi2, dah pandai kenyit2 mata pulok.


kenyang makan,
layan main papan gelongsor.
seperti biasa, keterujaan terlampau bila dapat main gelongsor atau ke playground. 
playground set yang kat rumah tu dah berbulan tak dirungkas.
*masih belum berjaya nak hupdate story beli playground set novya. 

bertambah2 bahagiye bila playground ini ana yang punya !

lepas kenyang makan,
dah bosan main gelongsor (walaupun hakikatnya novya tak pernah
bosan main gelongsor, mak yang bosan meneman),
buat aktiviti outdoor pulak.
bergaya di tepi pokok 
dan sesi peluk memeluk pokok.

masih dengan imej bertudung.
berdasarkan rekod sebelum ini, 
tempoh paling lama novya bertudung hanya 20 minit.
belum sempat keluar rumah dan minta bukak tudung.
 kali ni langsung tak merungut nak bukak tudung.
feeling ayu kot. 
hiihii ...

rasa bersalah pulak bila pakaikan baju lengan pendek 
sedangkan novya pakai tudung.
tapi kesian pulok anak mak, 
takut nanti dia rimas berlengan panjang.
untuk permulaan ni rasanya tak pe la kot kan ?
nanti bila dah biasa bertudung, 
slow2 ajar pakai baju lengan panjang.
boleh tak macam tu?
minta pendapatan korang.

si cantik manis buah hati, pengarang jantung, 
intang payung, kasih sayang mak ayah.
rajin bertanya, suka berkata2.

alhamdulillah, 
sepanjang perjalanan pulang pun novya tak merungut nak bukak tudung.
tapi, 
sampai je rumah, jejak kaki masuk rumah,
belum sempat melabuhkan punggung di kerusi,  
terus ditarik kain tudung dari kepala. 

memang dah tak sabar2 agaknya nak bukak.
tapi oleh kerana mak asik puji,
"ommei anok mok paka tudung",
terus ditangguhkan hajat tersebut.

mak doakan anak mak jadi anak yang solehah 
yang penuh kasih sayang.

keep calm 
and 
dream big

No comments:

Post a Comment