Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ini memang barang baik !

Monday, June 18, 2012

BUSUK OH BANTAL BUSUK !


Jangan tutup idun semasa membaca entry ni.  Kerana tiada apa pon yang busok di sini.  Di sana aku tatau la.
Entry ni aku buat khas sebab ananda kesayangan, cik noya mak adalah salah seorang pemilik bantal busok.
Alkisahnya… pada suatu masa di dahulu kala, di dalam sebuah kampung yang aman damai, tinggal seorang bayi bersama ibu bapanya.  Bayi tersebut…
(berpujangga?  Tak mampu la)
Cont…
Bantal ni dibeli saja2 je. Sebab masa tu noya tade bantal tido. Bantal sedia ada yang digunakan masa beliau berumur 0-3 bulan dah lunyai dan leper. Walaupun bantal itu adalah bantal kekabu.
Masa mula2 noya dapat bantal tu, biasa la, budak2 bila dapat bantal yang comei2 macam soft toy gitu mesti akan berkenan punya.
Plus, noya memang suka soft toy.   Masa tu umur beliau 4 bulan kalo mak tak silap kira.  Sume soft toy/anak patung/ teddy bear dan yang sama makna dengannya, beliau panggil kakak. Dengan bunyi sebagai ‘tatak’.
Termasuklah bakal bantal busoknya ni.  Entah macamana mak pon tak sedar, rupanya2 noya dah tangkap cintan kasih tayam ngan bantal ni.  Bila isap susu, nak tido, mesti mintak kakak ni.  Noya suka gentel2 telinga dan tanduk kakak (kakak adalah sebiji bantal berupa seekor lembu. Yang bertanduk dan tidak berekor).
Lama kelamaan noya dan kakak tak dapat dipisahkan.  ke mana saja mesti kena bawak kakak. Agak2 kalau tade kakak tido tak lena.
Dah hampir setahun dorang bersama, dan semakin susah nk pisahkan dorang.  Sampaikan aku nak basuh si kakak pon susah. Berkulat la si kakak tu berbulan2 tak dibasuh. Dengan bercampur susu dan air liur basi noya.  Tambah2 noya suka gigit2 dan hisap telinga dan tanduk kakak. Sebab tu la kot gigi depan noya dah macam terserpih. Logic ke?
Pernah sekali aku basuh kakak, masuk lam washing machine je. Nanges2 noya bila tengok kakak masuk mesin.  Syahdu la pulak mak tengok.  Akhirnya, kakak tak sempat kering, dah terpaksa bagi kat noya. 
Aku cuba cari pengganti, kakak yang sama di one baby world.  Tapi macam dah tade stok. Hermm… elok jugak. Sebab kalau ada 2, dah tade sentimental value la kan?

Pernah jugak aku saja2 menguji tahap kasih sayang noya pada kakak.  saja2 usik noya, aku cakap nak jual la kakak, bagi kat orang lain ke.   Pandai pulak cik noya menjawab tanak. 
Hagak2 sampai bila kakak akan terus bersama noya?  Aku pun tatau. Insyaallah kalau jodoh panjang, sampai besau.  Entah2 sampai cik noya beranak pinak. 
Harap2 kakak  berbahagia bersama noya ye. 
Kalau hilang? Hoh… pingsan mak nak mencarinya. Harap-harap tidaklah kakak akan menghilangkan diri.  Kalau hilang, pandai2 la kakak mencari jalan pulang ke rumah. Hahaha!!  Dah macam kakak tu bernyawa la pulak.

Ni ada fakta tentang tabiat pelihara bantal busok ni.  Ringkasnya :
PUNCA :  
Menurut   Pakar Psikologi Kanak-kanak 
dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa
Dr. Mastura Badzis berkata tingkah laku yang 
bergantung kepada sesuatu benda 
dan tidak mahu berenggang dengannya
dipanggil clinging behaviour ,
Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja, 
sesetengah kanak-kanak menjadikan sesuatu objek selesa mereka.
Biasanya tabiat itu bermula di rumah 
dan berlaku kepada kanak-kanak yang kurang stimulasi 
dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka.

( sebenarnya aku pon pernah ada jugak, dulu.  Selimut pebret yang memang aku bawak ke mana2. Sehelai kain batik jawa lepas yang aku sangat suka peluk2 dan cium2 sebelum tido.  Sekarang masih ada. Tapi tersimpan kedap dalam lemari.)

perlakuan menggentel bantal atau kain ini 
seakan memberi kanak-kanak tadi ketenangan dan keselesaan kepada mereka. 
Dek keasyikan menggentel bantal tadi membuatkan mata mereka mudah terlelap ia
berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.
(aku sempat mengikis tabiat tu)


SELAMAT :
Menurut Dr. Mastura, satu lagi punca tingkah laku yang bergantung 
kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure).
mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali 
dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka.


sebenarnya ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat 
mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara.
ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan.

Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini
ketika umur mereka mencecah tiga tahun.
JIKA dibiarkan perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.
(aku ada sorang sepupu yang sampai sekarang masih mengelek bantal busoknya ke mana saja beliau pergi.  Walaupun dia dah berkawen.  Time nak tido, bantal busoknya itu akan dikeluarkan, dan dipeluk sesuka ati. Dan laki dia? Makan ati…kot. Hahaa!!)



gambar noya masa mula2 menerima kehadiran kakak dalam hidup beliau.
Kakak yang masih suchi =p


senyum sememek


kakak, diawal kemunculannya dalam hidup noya.  puteh dan gebu lagi.


bintang kecik : gambar terbaru kakak, nanti aku hupdate kendian.  
rase macam tade gamak nak tunjuk kurus dan tak terurus.

1 comment: